AKADEMIK DI UiTM πŸ“š (PART 1)

Assalamualaikum semuaa!! Dalam entri kali ni, saya akan explain beberapa academic terms yang korang perlu tahu kalau korang nak masuk UiTM. Cehh cakap macam saya ni arif sangat pasal UiTM. Saya pegawai kat UiTM kee?? Hahahahaha tiberrr πŸ€£... Tak tak tak. Apa yang saya share ni pun benda2 yang basic, yang semua student perlu take note lagi2 untuk pelajar baru yang tak pernah experience belajar kat dalam universiti. Okay, jom kita mula!!!

Benda pertama yang korang perlu tahu adalah berkaitan cara assessment di UiTM dilakukan. Kalau kat sekolah dulu, sijil yang paling penting adalah SPM. Gred2 yang diperoleh dalam slip SPM kita tu memang 100% berdasarkan markah kita masa jawab paper SPM yang bulan 10 sampai bulan 12 tu, melainkan subjek yang ada kerja kursus seperti Pendidikan Seni. Jadi, gred untuk subjek yang ada kursus tu merupakan hasil tambah markah kerja kursus dan markah peperiksaan SPM sebenar. Jadi, konsep penilaian di universiti ni lebih kurang sama je, tapi peratusannya memang berbeza. 

Biasanya, untuk penilaian setiap subjek di UiTM, pecahan peratusan terbahagi kepada 2 iaitu Continuous Assessment (penilaian berterusan) dan Final Assessment (penilaian akhir ataupun peperiksaan akhir). Pecahan tu bergantung ikut subjek. Ada subjek yang penilaiannya, 40% Continuous, 60% Final. Ada jugak subjek yang 50% Final, 50% Continuous. Penilaian berterusan ni merangkumi beberapa assessment iaitu:

1. Quiz
Quiz ni bukannya yang siapa nak jawab, sila angkat tangan, semua tu πŸ€£. Nama penilaian ni je macam kuiz, tapi bukan kuiz yang seronok2 tu. Hahahaha. Kaedah kuiz ni biasanya dijalankan mengikut kreativiti lecturer. Tetapi, typical kuiz yang selalu dilakukan adalah ujian bertulis. Kuiz ni biasanya sehelai je kertas. Soalan pun dalam satu dua je. Biasanya, kuiz ni merangkumi subtopik sahaja. Julat markah kuiz ni biasanya dari 10 ke 15 markah je. Tetapi, daripada kuiz ni, peratus yang diambil biasanya dalam 2% ke 3%. Kuiz ni bukannya sekali je untuk satu subjek tu. Biasanya akan ada tiga atau empat kuiz untuk satu subjek. Sebabtu peratus yang diambil untuk setiap kuiz adalah sikit. Bila total up semua kuiz, berbelas belas jugak peratus untuk kuiz tu. 

2. Test
Test ni pulak adalah ujian bertulis ataupun korang boleh anggap macam korang jawab peperiksaan pertengahan tahun. Soalan dia pun biasanya seperti format final exam tetapi soalannya lagi sedikit daripada peperiksaan sebenar (Ikut laa lecturer nak keluarkan soalan macam mana). Test ni tak macam kuiz, sebab kalau kuiz ni biasanya, 20 ke 30 minit dah boleh siap. Tapi, typical test mengambil masa dalam 1 jam ke 2 jam. Julat markah untuk test biasanya dalam 50 markah ke bawah dan peratus yang diambil biasanya dalam 10 ke 15 peratus sahaja. Test jugak dilakukan bukan sekali. Ikut subjek jugak. Ada subjek yang ada satu je test. Ada yang sampai 3 kali test macam subjek Calculus II (waktu sesi saya lah, sebab dengar cerita, penilaian Calculus II sekarang just ada 2 je test). Test ni biasanya bukan macam the exact mid-term exam macam kat sekolah tu yang keluar dari bab awal sampai bab yang dah belajar. Untuk test ni, let say kalau test 1 keluar dari bab 1 sampai bab 3, test 2 nanti dah tak akan keluar dah soalan bab 1 smpai bab 3. Dia akan keluar bab seterusnya pulak. Itu typical test laa, tapi apa2 pun, semuanya bergantung kat pensyarah masing2. Setakat ni, semua lecturer yang mengajar saya, tak pernah lagi bagi test yang keluar semua bab.

3. Assignment / Project / Lab Report 
Haa ni biasalah. Sama je macam kerja kursus yang korang buat kat sekolah tu. Akan ada guideline, dan korang perlu jawab ikut guideline yang lecturer korang bagi. Serius sama macam korang buat projek kat sekolah tu. Ada kerja yang memerlukan korang buat produk, presentation dan macam2 lagi. Biasanya, weightage untuk penilaian yang ni memang sangat besar. Ada yang sampai cecah 30%. Jadi, make sure korang buat yang terbaik.

Jadi, itulah tiga main assessment untuk penilaian berterusan. Penilaian2 ni akan dijalankan sepanjang 14 minggu korang belajar kat UiTM. Hasil tambah semua peratus yang korang peroleh dalam continuous assessment ni, student uni panggil as 'carrymark'. Carrymark ni lah markah yang akan membantu korang untuk topup markah korang jika hampir terciduk masa jawab final exam πŸ˜…. Huhuhuhu. Untuk subjek yang takde final exam pun actually agak bahaya sebab penilaian korang adalah 100% pada continuous assessment. Tapi, kalau korang betul2 faham dan pandai dalam bahagi masa, 100% continuous ni lagi okay sebabnya korang ada banyak masa untuk siapkan assignment, study untuk test dengan quiz, rather than nak pulun study masa final paper kan??

Final exam tu biasa laa. Macam korang nak jawab SPM tu. Duduk dalam dewan. Nerves tu memang nerves masa nak jawab. Lepas habis paper memang rasa merdeka. Tapi, rasa merdeka sekejap je laa sebab result keluar pun cepat. Tak macam SPM, result keluar dalam masa 3 bulan (sebab result SPM memang selalu keluar bulan Mac). Untuk UiTM, result memang keluar masa cuti sem la kan sebab kalau tak, macam mana korang nak naik sem seterusnya kan? Hahahaha. Tapi cuti sem biasanya sebulan je. So, result memang keluar awal. Jadi siap sedia laa yee πŸ€­.. huhuhuhuhu..

Okay, sekarang, nak cerita pasal grading system pulak. Sistem gred kat UiTM ni lebih kurang je macam SPM cuma dia berbeza sikit sebab dia guna pointer.

Haa korang tengok. C- tu kira gagal ea. That's why kalau ada subjek yang continuous assessment dia 50%, korang dah boleh predict dah korang punya gred untuk subjek tu and berapa lagi markah final exam yang korang kena dapat untuk lulus. Sebab pensyarah akan beritahu carrymark korang sebelum korang final exam. Jadi, lepas je dapat carrymark, memang korang boleh predict, apa akan jadi kat gred korang. Sebab tu korang kena struggle dan cuba achieve full marks untuk carrymark sebab continuous assessment ni guided oleh lecturer tau. Sepatutnya tak menjadi masalah kalau korang nak achieve markah penuh untuk carrymark korang. Tak dapat penuh pun, sekurang-kurangnya kena lebih separuh laa gituu.

Okay, sekarang ni, saya nak explain apa tu nilai gred. Sebelum tu, korang kena tau istilah credit hour (atau jam kredit atau credit unit). Setiap subjek, ada jam kredit tersendiri. Jam kredit ni maksudnya bilangan jam bertemu dengan pensyarah korang. 1 jam kredit ni mewakili 40 jam. Aikk, kenapa 40 jam? 40 jam ni adalah total perjumpaan bersama pensyarah dari minggu pertama sampai minggu 14. Katakan untuk subjek koko, nilai jam kredit adalah 1. Jadi, perjumpaan koko korang dari minggu 1 sampai minggu 14 adalah selama 40 jam. Haa tu maksud dia. Sebabtu dalam jadual harian korang, koko tu seminggu sekali je dan masa dia 2 jam. Memang tak cukup 40 jam kalau 2 jam darab 14 minggu, tapi baki jam yang tak cukup tu biasanya akan ditopup oleh pensyarah2 korang sendiri mengikut cara masing2. Haa gituu. Tapi pasal masa ni korang tak perlu risau pun sebab ni tak penting bagi korang. Apa yang penting, semua kelas harian dan program2 di bawah subjek yang korang ambil, mesti WAJIB HADIR.

Sambung pasal grade ni. Untuk setiap sem, usually student akan anticipate untuk tau GPA dan CGPA. GPA adalah Grade Point Average dan CGPA adalah Cumulative Grade Point Average. GPA ni adalah gred purata yang korang dapat per semester.
GPA = Jumlah nilai kredit bagi satu sem dibahagi dengan Jumlah jam kredit bagi satu sem

Nilai kredit tu pulak adalah hasil darab jam kredit dengan nilai gred. 

Okay, untuk buat korang lebih faham, meh saya tunjuk contoh GPA dan CGPA bagi seorang pelajar waktu semester 1.

SUBJEK
JAM KREDIT
GRED DIPEROLEH
Calculus II
4
B
Math Logic
3
A-

Untuk Calculus II, nilai gred untuk gred B adalah 3.00. Jadi, nilai kredit bagi subjek ni adalah jam kredit (4) darab dengan nilai gred (3.00) yang bersamaan dengan 12.00.
Untuk Math Logic pula, nilai gred untuk A- adalah 3.67. Jadi, nilai kredit bagi subjek ni adalah jam kredit (3) darab dengan nilai gred (3.67) yang bersamaan dengan 11.01.
Maka, GPA pelajar ni untuk sem 1 ni adalah:
GPA = (12.00 + 11.01) / (4 + 3) = 3.29

CGPA pulak adalah gred purata yang terkumpul dari awal semester, sampaila semester akhir yang pernah kita tempuh. Biasanya, orang akan tengok CGPA lagi2 kalau dah last semester sebab itu adalah summary gred kita sepanjang kita belajar di satu2 institusi.

CGPA = Jumlah nilai kredit bagi semua semester dibahagi dengan Jumlah jam kredit bagi semua semester

Meh saya tunjuk contoh CGPA pulak. Katakan pelajar yang sama tu, dia naik sem 2 pulak.

SUBJEK
JAM KREDIT
GRED DIPEROLEH
Statistics
4
A+
Calculus III
4
C+

Apa2 pun, kita kena kira GPA dulu.
Untuk Statistics, nilai gred untuk gred A+ adalah 4.00. Jadi, nilai kredit bagi subjek ni adalah jam kredit (4) darab dengan nilai gred (4.00) yang bersamaan dengan 16.00.
Untuk Calculus III pula, nilai gred untuk C+ adalah 2.33. Jadi, nilai kredit bagi subjek ni adalah jam kredit (4) darab dengan nilai gred (2.33) yang bersamaan dengan 9.32.
Maka, GPA pelajar ni untuk sem 2 ni adalah:
GPA = (16.00 + 9.32) / (4 + 4) = 3.17

Maka, CGPA pelajar ni dari sem 1 sampai sem 2 adalah,
CGPA = (12.00 + 11.01 + 16.00 + 9.32) / (4 + 3 + 4 + 4) = 3.22

Dalam slip keputusan semester 2 pelajar ni, akan tertera:
GPA: 3.17
CGPA: 3.22


Jadi itu lah dia konsep GPA dan CGPA. Lebih besar nilai jam kredit, lebih risiko yang akan anda hadapi. Katakan dalam contoh kat atas ni, jam kredit untuk Math Logic ditukar kepada 4. Jadi, nilai kredit untuk subjek Math Logic tu adalah, jam kredit (4) darab dengan nilai gred A- (3.67) yang bersamaan dengan 14.68. Maka, GPA pelajar ni untuk sem 1 adalah,
GPA = (12.00 + 14.68) / (4 + 4) = 3.34
Kemudian, katakan keputusan semester 2 nya masih sama, maka CGPA pelajar ni adalah,
CGPA = (12.00 + 14.68 + 16.00 + 9.32) / (4 + 4 + 4 + 4) = 3.25

Kalau korang perasan, GPA semester 1 yang lama dan baru tu ada perbezaan yang ketara dalam 0.05. Untuk sistem sebegini, 0.01 pun amatlah bernilai ye sebabnya kadang2, perkara macam ni la yang menyebabkan seseorang tu hampir2 untuk achieve dekan (pointer 3.50) tapi tak kesampaian sebab beza 0.01 macam tu. Sebab tu, untuk jam kredit yang tinggi nilainya, korang perlu buat yang terbaik. Kita tengok beza nilai kredit pun dah boleh agak dah perubahan dia ketara ke tak. Let say korang dapat A+ dengan nilai gred 4.00 dalam subjek yang jam kreditnya 3. Jadi nilai kredit bagi subjek itu adalah 12. Kalau jam kreditnya 4, nilai kredit akan jadi 16. Jadi ada perbezaan nilai kredit sebanyak 4. Banyak tu. Jadi, walau apa pun yang berlaku, sentiasa do your best to achieve the best results for your own selfπŸ’ͺ

.

Okaylah, sampai di sini dulu lah entri saya berkaitan istilah2 penting bila masuk uni ni. Dalam next part (bukan next entry... hehehehehe), saya akan sambung berkaitan apa itu dekan, dean's list, ANC dan sebagainya. Saya juga akan cuba buat entri tentang road to 4flat pada masa akan datang (walaupun saya bukanlah calon 4 flat itu.. hahahaha). BYEEE!!! πŸ₯°πŸ₯°

Comments

  1. bang, kalau contohnya carrymark saya 40% (total 60%), dan final exam pulak saya dpt 42/100 markah (16.8%). kalau campur carrymark dgn final exam, dpt 56.8%. Tapi final saya tu bwh 50, so kene repeat ke x payah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab lambat reply yee :(

      Gred keputusan untuk satu2 subjek tu memang dah digabungkan carrymark + final. Even final tu awak dapat bawah separuh, markah final awak tu akan ditukarkan kepada percentage, ikutlah pemberat subjek tu.. Kalau macam kes awak ni, berat final tu 40% kan lah.. so awak dapatlah 16.8/40. Jadi, tak ada masalah pun awak dapat berapa masa final. As long as total peratusan carry mark + final mesti lebih 50 untuk lulus :) Jadi maksudnya, tak perlu repeat pun sebab awak dapat 56.8%, which is atas 50% :)

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  2. Bang, credit hours saya bagi sem ni 18, katakanlah saya fail 1 subjek yg credit hours nya 4 dan saya perlu repeat subjek ni sem depan, adakah pengiraan GPA saya bagi sem ni credit hours nya masih 18 ataupun jadi 14?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab lambat reply ye :(

      Sekiranya awak repeat, result awak untuk sem tu akan still tunjuk 18 credit hours dan pengiraan GPA untuk sem tu pun akan dikira sekali subjek yang gagal tu.

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  3. Aslm. Sy nak tny. Kalau habis semester 1, nanti naik semester 2, adakah sy akan duduk pada kelas yang sama atau akan berubah mengikut keputusan akhir ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf sembat lambat reply ye :(

      Keputusan peperiksaan akhir awak tak akan affect awak punya kelas :)

      Sistem kelas dekat universiti ni lain dengan waktu sekolah yang student pandai kelas depan, student kurang bijak kelas belakang.. Tak2 >.<

      Kelas dekat uni disusun ikut 'waktu' dan 'hari' dan bukannya ikut kepandaian student. Dekat uni ni, sepatutnya awak boleh daftar mana-mana kelas yang awak nak, ataupun kalau awak rasa tak selesa belajar dengan pensyarah A masa dalam kelas A, awak boleh je tukar, masuk ke kelas B dengan pensyarah lain, selagi pendaftaran subjek belum tutup. TAPI! itu semua perlu ikut ketetapan fakulti dan kampus awak jugak :) Ada juga student yang masa daftar kelas, nak tengok waktu jadual sebab nak susun bagi banyak free time. Hahaha.. Tapi, macam saya cakap, apa2 pun bergantung kepada ketetapan fakulti kampus awak.. Jadi, awak tak perlu risau dengan perkara ni. Apa2 pun, just do your best and I wish the best untuk awak! :)

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  4. Assalamualikum Abg, nk tnye.. Adakah markah koko diambil kire dalam pengiraan markah GPA? Dan markah koko ni mmg kene skor ke utk dapat dean list?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf sebab saya lambat reply T.T

      Ya awak. Markah koko ni sama je macam subjek2 lain, ada gred dari A+ sampailah F. Jadi, untuk dapatkan dean list, awak memang kena dapatkan lah sekurang-kurangnya B+ dan ke atas untuk subjek koko ni dengan syarat subjek2 lain pun awak dapat gred yang tinggi. Kalau koko awak ni dapat C, maksudnya awak perlu repeat lah subjek koko, sama macam subjek biasa.

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  5. Assalam bang, saya ni student asasi je. Saya fail satu subjek so tak boleh register course baru sebab credit hour dah cukup. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  6. nak tanya, untuk student boleh check carry marks dekat web ke? macam mana eh? ke tunggu je lecturer bagi markah dekat whatsapp group?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sebab saya reply lambat T.T

      Untuk carry mark, memang tak kan boleh check dekat mana2 laman web. Jadinya, awak memang kena mintak dekat lecturer utk tengok carrymark. And selalunya and sepatutnya, carrymark perlu diberi oleh lecturer sebelum final paper subject lecturer tu supaya awak boleh planning utk target markah final exam awak. Apa2 pun, awak kena berhubung dengan lecturer2 awak berkenaan carrymark dan markah continuous assessment :)

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
    2. ooo faham, thank youu sebab jawab persoalan saya.

      Delete
  7. assalam bang, saya student diploma....kalau assesment saya dari 1 hingga 3 rendah....adakah dekat final nanti sye kena target yg tinggi atau tidak....macam mana pulak kalau saya gagal di final...adakah saya kena repeat sem....btw saya pelajar sem pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf sebab baru ada masa untuk reply awak T.T

      Ya! Sememangnya awak kena target yang tinggi2, tak kira apa2 assessment pun :)

      Tips yang saya boleh bagi adalah sentiasa semak weightage subject2 tu. Dia ibarat macam SPM lah.. Paper 1 tu continuous assessment and Paper 2 tu final exam awak.. Markah dua2 paper still 100, tapi dia ambik berapa percent je daripada 100 markah tu, ikut pemberat yang ditetapkan. Contohnya, kalau subjek tu, pemberat dia 40% continuous dan 60% final, jadi awak kena lah berusaha untuk dapatkan lebih daripada separuh 40%. (>20% lah maksudnya) Jadi carrymark ni lah yang akan membantu awak nanti untuk plan and target, berapa percent daripada 60% tu, yg awak kena dapat masa final, utk topup carrymark awak.

      Kalaulah ada subjek yang carrymark dia 50% and final 50%, haa kat situ pun awak boleh target elok2. Kalaulah carrymark awak let say 45%, jadi awak kena struggle utk dapatkan 5% je dalam final untuk awak dapat gred lulus which is C. Tapi, tak mungkin awak boleh dapat 5% je, saya percaya semua orang mesti boleh dapat sekurang-kurangnya lebih daripada separuh percent yang diperuntukkan tu <3

      Kalau pasal gagal pulak, awak hanya perlu repeat SUBJEK sahaja. Awak tak perlu repeat sem. Maksudnya, kalau awak gagal satu subjek masa sem 1, awak kena ambil semula subjek gagal tu masa sem 2, bersama-sama dengan subjek2 wajib daftar sem 2, selagi mana awak tak melebihi credit hour untuk setiap sem.

      Kalau awak repeat terlalu banyak subjek, jadi, beberapa subjek yang awak perlu ambil masa sem2 tertentu akan dianjak ke sem2 hadapannya. Haa, bila anjak2 ni lah, kita panggil sebagai 'extend sem'.. bukan repeat sem. Maksudnya awak akan ada satu sem tambahan untuk belajar subjek2 yang dianjak tu.

      Harap awak faham dengan penjelasan saya.. Hahaha.. dan harap saya menjawab persoalan awak juga :)

      Delete
    2. terima kasih sebab beri penjelasan

      Delete
  8. assalamualaikum bang , saya nak tanya . contohlah kalau carrymark untuk satu subject tu 40% , then saya dapat dalam 32.4 ke kan . macam mana saya nak agak berapa saya kena score untuk final eh? . saya tak berapa faham cara agak markah final based on carrymark ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Total marks untuk final exam ni bergantung ikut subjek. Ada yang 80 markah. Tapi most subjects total marks ialah 100%.

      Jadi, macam kes awak ni, carrymark dah 40%. Maknanya baki lagi 60% tu akan diambil daripada final exam awak.

      Katakanlah awak dapat 90/100 untuk final exam awak, so, pemberat untuk final awak adalah (90/100) x 60 = 54%. So, total marks awak akan dapat adalah 54 + 32.4 = 86.4%. Maksudnya, untuk subjek tu, awak akan dapat A lah :)

      Tapi, markah final exam ni awak tak kan tahu. Awak hanya boleh tahu markah carrymark sahaja. Once final exam habis, then awak hanya perlu tunggu dapat keputusan semester sahaja.

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  9. terima kasih ye dalam perkongsian, sangat membantu !! :)

    ReplyDelete
  10. Saya lepasan STPM, sekarang sambung degree dan baru dapat result semester 1. Semester 1 saya dapat 3.25, ada 1 subjek C dengan kredit 2.0.

    Perlu ke saya repeat paper tersebut kalau nak dapat dekan di hujung semester nanti? Atau saya perlu maintain 3.5 ke atas pada setiap sem akan datang? Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saya nk tnya, kalau contoh saya ada main subjek yg relate dgn course saya ambik tu, and dlm course outline subjek tu mmg ada dri sem awal smpai sem akhir. Bila saya fail and kena repeat subjek tu adakah saya akan confirm kena extend sem? Contoh saya student accounting and fail subjek far410. Next sem (sem2) saya kena repeat sujek far410 tpi saya still fail lagi. So saya kena repeat far410 di sem3 lgi. Jdi far460 (sepatutnya ambil di sem 2) dan far510 (sepatutnya ambil di sem 3) akan terus di tolak ke sem dpn yg lan smpai lah saya lulu far460 tu. Jadi saya takda pilihan selain extend sem kan?.

    ReplyDelete
  12. hi, saya nak tanya berapa minimum credit hour per semester untuk degree ya? atau berdasarkan course masing masing?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum saya nk tanya, klau saya dapat betul2 atas pagar markah 50 which gred C dan lulus, boleh ke saya nk repeat paper utk dpatkan gred yg lebih elok utk paper tu?

    ReplyDelete
  14. sorry, tumpang tanya..kisahnya macam ni, saya x cukup 1 credit hour untuk elektif..boleh ke saya mintak extra credit hour dgn faculty utk membolehkan saya grad nanti? atau memang kene extend belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan. Credit hour boleh ditambah tapi kena pergi office fakulti awak ya.

      Delete
  15. Salam bang, kalau gagal subjek elektif, perlu repeat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan, apa apa subject gagal wajib repeat sampai lulus

      Delete
  16. Hi. D+ & D gagal ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan. Gred C- kebawah adalah gagal

      Delete
  17. Salam nak tanya kalau tambah credit hour tu bayaran dia berapa ya?

    ReplyDelete
  18. salam nak tanya. minimum credit hour untuk satu sem berapa ? and kalau dah buat pembayaran yuran boleh tambah subjek lagi tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesiapa tahu ke jawapan kepada soalan ni? sebab saya pun nak tahu jugakk😭

      Delete
    2. wassalam tak silap dia depends by course?? Maybe? Tpi mcm sy masscomm 20 -24 if im not mistaken. And if dh byr yuran xboleh tmbh subjek

      Delete
  19. Nak tanya, markah koko time sem 1 tak dikira ke sbb time sem 1 kan tiada subjek koko lagi ?

    ReplyDelete
  20. klau saya terlepas dateline cont assessment mcm mana bang… agak bnyk tk sempat jawab.. jadi saya pubya markah 50% tu dh burn ke … adakah kemungkinan utk saya gagal tu tinggi ? huhu harap balas. πŸ™πŸ»

    ReplyDelete
  21. Maaf nk tnya, kalau fail 1 sub kira repeat sub. Pstu apa yg menyebbkan student repeat sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb total credit hout subjek yg gagal tu melebihi dri total credit hour yg dibenarkan per sem.

      Delete
  22. Hello saya nak tanya if carry mark saya 40% but I dpt belas2 hmmm risau, but still blh lulus ke? Saya x faham maksudnya kalau final exam kita banyak yg betul maksudnya adakah percentage tu akan tinggi?

    ReplyDelete
  23. hi nk tanya kalau carrymark 60% and 40% final exam. mcm mana nak tahu 60% dengan 40% tu bersamaan dengan berapa jumlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh kalau 60% n 40% its means 100% so add on je both carry mark yg dpt nnti tu

      Delete
  24. hi nak tanya nanti masuk sem 2 dapat lecturer sama yang sem 1 ataupun tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak lain2 but if the lecturer from sem 1 tu boleh ajar subjek yg you ambil masa sem 2 possibility tu ada around 30-40%

      Delete
  25. Hi. taktahula akan direspon ke tak. saya nak tanya. sem 1 saya dekan. then sem 2 saya drop sebab saya ada hal keluarga masa hari final exam. then saya takpergi dan alasan saya tak kukuh. menyebabkan subjek saya tu terus gagal. so sem2 saya drop ke 1.97. saya nak tanya, lepasni ada kemungkinan ke saya nak dapat kelas pertama kalau saya jaga pointer saya untuk sem lepas2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. possibility tu jauh awak sorry to say tpi 2nd class insyaAllah. No worries awak berkorban untk family Allah akan balas yg trbaik

      Delete
  26. Hi saya nk tanya. taktau la akan direply atau tidak . tapi untuk uitm, if dah pernah repeat 1 sub elek, next sem kena tambah lagi 1 elek ke? macam each sem saya ambil 2 elek. so sem 4 saya failed 1 elek dan saya repeat untuk sem 5 (1 elek yg repeat + 1 elek baru). so this sem 6, sy perlu ambil 3 elek tapi if saya nk ambil 2 elek dlu boleh ke? lagi 1 elek tu saya bawak ke intern. maksudnya dalam proses intern, saya datang kelas jugak for 1 elek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak kena habiskan silibus atau elektif tu before intern... PA takkan benarkan awk sambung masa intern hbiskan semua subjek bru dorang lepaskan untk apply intern

      Delete
    2. ouhh begitu. baik terima kasih

      Delete
  27. Hi assalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya ada 7sem. if every sem kita dapat gpa 3.3 but stuck 1 sem ja pointer turun sikid 2.89, ada peluang tak untuk dapat 3.5 cgpa time tamat nanti ? now saya baru nak masuk sem 6.

    ReplyDelete
  28. Salam nak tanya kalau repeat subject nnti ada effect ke utk gpa lepas habis belajar ke ambik yang terbaik

    ReplyDelete
  29. Salam nak tanya, kalau test kita dapat markah teruk tapi kalau masa final exam kita buat betul betul and cemerlang possibility nak dapat cgpa bagus tu ada tak? even test kita selalu corot πŸ˜”

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)