BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

    Setelah sekian lama tak update any entry, finally, I'm here guys!! Hahahaha 😂 Bukannya tak nak post, tapi tahun ni sangatlah hectic ye bagi saya, lagi2 I'm currently on my fifth semester of degree. Lagi 2 sem je nak habis. Sebab tu lah kurang dah masa nak diluangkan untuk blog ni 😭😭. Maafkan saya!

    Tapi saya berterima kasih dekat anda2 yang sudi singgah di blog ni dan baca entri2 saya. I really appreciate it! 💖

    Oh! Sebelum saya lupa, saya nak doakan agar semua diberikan kesihatan yang baik di musim2 pandemik yang tka berkesudahan ni... Jangan lupa untuk sentiasa pakai mask dan hand sanitizer kalau nak keluar. Nak keluar tu pun, bila penting je laa.. Tolonglaa jangan keluar sesuka hati dan naikkan kes lagi 😭. Sampai bila lah kena terkurung kat rumah ni. Kemahiran sosial saya pun dah ke laut ni.. Hahahahaha.. Anyway, STAYATHOME YE GUYS!!


    Okay.. Untuk entri kali ni, saya nak cerita berkaitan akademik lah untuk student2 penerapan ni. Sejujurnya lah kan, lepas dah tiga semester belajar sebagai seorang pelajar penerapan degree, I would say that it's so challenging. Lagi mencabar masa diploma. Sebenarnya ada beza ye kalau anda2 sambung degree through penerapan dan secara biasa. Nak tau apa beza tu? Haa, baca lah sampai habis >.< hahahahaha

    Baiklah, saya mulakan dengan experience saya lah. Waktu hari pertama dekat kampus Seremban tu, kami kena dengar satu taklimat berkaitan subjek2 dan pengecualian kredit. Jadi, Koordinator Kursus (KK) bagi kami course outline ataupun senarai2 subjek lah yang kami perlu register dari awal sem sampailah ke penghujung degree. Tapi, dekat student portal UiTM pun boleh tengok semua subjek yang bakal diambil.


Senarai subjek / Course Outline untuk CS247 

    Haa, course outline ni akan tunjuk senarai subjek2 yang perlu/wajib diambil dari semester 1 sampai lah semester 7. Jadi, senarai ni boleh jadi rujukan lah kat pelajar2 from UPU.. TAPI!! Untuk student penerapan, senarai ni bukanlah senarai yang perlu diikut sebab macam saya dah cerita sebelum2 ni, penerapan ni adalah mod belajar bagi student lepasan diploma UiTM. So, akan adalah subjek yang boleh dipotong / tidak perlu lagi diambil sebab ada beberapa subjek degree yang sama dengan subjek masa diploma.. Proses ni kita panggil as Pengecualian Kredit (PC).

    Mungkin ada yang tanya, pelajar from matriks ke, asasi ke or STPM, boleh ke nak buat PC?

    Jawapannya adalah tidak dan mereka2 ini perlu ambil semua subjek dan mulakan pengajian dari semester 1. Lagi2 subjek kokurikulum. Untuk student penerapan, dia syok sikit sebab masa diploma dah ambil koko kan? Jadi, masa degree ni, masuk2 je first sem nanti, tak perlu lagi register subjek koko sebab koko ni salah satu subjek yang boleh dibuat pengecualian 😉. Maka, ringanlah sikit jadual anda yang penerapan2 ni.. Huhuhuhu.............. 

Ye ke.....??😔 (nanti saya cerita kenapa persoalan ni timbul.. Hahahahaha)

    Okay, berbalik kepada pengecualian kredit. Kalau korang perasan kat course outline tu dan if korang dah baca ceritera2 subjek saya dalam entri2 yang lepas, korang akan perasan ada beberapa subjek yang familiar atau serupa. Contohnya subjek macam Calculus I, Calculus II, Linear Algebra I, Maths Logic dan lain2 lagi. Haa, subjek2 ni semua students daripada course maths dah ambik masa diploma dulu. Jadi, subjek2 macam ni lah yang boleh dipotong. Sekarang, moh kita tengok rumusan senarai subjek, lepas dah potong subjek2 yang redundant masa diploma.

Sorry laa berconteng-conteng sikit sebab ni adalah senarai yang saya dapat semasa hari orientasi gitu.. So, dalam senarai ni adalah beberapa pembetulan dan sebagainya.. Senarai ni pun ada yang tak lengkap dan salah kira total credit hour tu. Tapi takpe, dah tiba masanya nanti, saya akan mula ceritera subjek yang saya ambil masa degree ni, kayyyy?? 😉

    So, kalau tengok gambar kat atas ni, saya mula dengan bahagian 3, ataupun boleh kata start dengan sem 3 lah sebabnya saya boleh potong 30 jam kredit daripada 123 jam kredit. Untuk pengetahuan korang, jumlah credit hour minimum untuk korang dapatkan sijil diploma adalah 90 credit hour dan untuk degree pulak adalah 120. That's why untuk course CS247 ni, total credit hour adalah 123 yang bersamaan dengan 42 subjek (korang boleh tambah semua jam kredit dekat gambar course outline mula2 tadi).

    Ini adalah salah satu kelebihan student yang belajar dengan background penerapan sebab korang hanya perlu belajar subjek2 dengan total 93 jam kredit sahaja.. 30 jam kredit yang boleh PC ni bersamaan dengan 11 subjek tau! Banyak tu..

Ni pulak senarai subjek2 yang boleh buat PC.. Yang ada tanda 'X' merah tu maksudnya tak ada kena mengena lah dengan saya.. Sepatutnya ada satu lagi subjek yang perlu ada dalam list ni iaitu untuk course CSC435 (Object-Oriented Programming / JAVA). Yang Fundamentals of Computer Problem Solving ataupun C++ dalam list kat atas ni sebenarnya kod CSC415.. Apa2 pun, kedua-dua subjek programming ni, saya dah pernah ambil masa diploma. Untuk CSC435, subjek setara diploma adalah CSC238 dan untuk CSC415, subjek setara dia adalah CSC128


    Next question... Yang masuk degree as penerapan ni memang confirm terus naik sem 3 ke?

    Jawapannya sekali lagi adalah tidak. Kenapa?? Yaa benar.. Nak buat pengecualian kredit ni perlu ikut keputusan peperiksaan anda masa diploma jugak. Untuk subjek2 maths, anda sekurang-kurangnya perlu dapat gred B solid dan ke atas yee.. Kalau Calculus I masa diploma dapat B- macam mana? Boleh PC tak?? Jawapannya adalah tidak 😔. Mesti B dan ke atas, B+, A-, A dan A+.. Jadi, kalau tak boleh PC nak kena buat apa? Haa, kalau macam tu, nak tak nak, anda kena ambil semula subjek tersebut masa degree dan anda berkemungkinan kena mula dari sem 2 instead of sem 3.

    But ada sesetengah subjek yang asalkan anda lulus, boleh je buat pengecualian.. Contohnya untuk kes saya, kedua-dua subjek programming yang saya pernah ambil, asalkan lulus (lulus tu C solid dan ke atas, C+, B-, B, B+, A-, A, A+), boleh je buat PC. Tapi, dinasihatkan untuk korang, kalau nak buat PC ni, make sure results diploma korang untuk setiap subjek, cuba untuk dapatkan B solid dan ke atas. Jadi kepada anda2 yang masih belajar di peringkat diploma UiTM ni dan bercadang untuk sambung degree dekat UiTM jugak, I hope that you guys can do your best to achieve the best results, supaya urusan degree korang lebih mudah 😊.. Tapi jangan lah sampai korang terlalu push diri tau.. Kalau tak dapat nak potong semua subjek pun tak apa, yang penting awak2 semua buat je yang terbaik dulu, kayyy??!!

    Untuk students maths, akan ada satu subjek yang even dah pernah ambil masa diploma, masa degree ni tak boleh PC. Subjek tu adalah MAT522 (Ordinary Differential Equation or ODE).. Kod setara diploma adalah MAT300.. Kenapa subjek ni tak boleh PC? Sebenarnya syllabus dia lebih kurang je, tapi sebabkan dalam MAT522 (degree) ni ada tambahan dua tiga chapter baru, jadi nak tak nak, korang kena lah belajar subjek ni semula. But actually takdelah tambah banyak sangat.. Memang benda nya macam ulangan je.. So, boleh laa nak skor jugak subjek ni, tapi ye lah... still tak A+ pun.. Hahahahaha 😂

    Anyway, alhamdulillah saya berjaya untuk PC semua subjek yang boleh di-PC-kan untuk degree ni.. Jadi bila start dengan sem 3 ni, tempoh belajar pun akan jadi lebih pendek lah. Daripada 7 sem, lepas lompat, tinggal 5 sem je.. Sama dengan tempoh masa diploma jugak which is dua tahun setengah. Sebab kan biasanya degree ni, tempoh belajarnya tiga tahun ke atas. So, dekat sini, student penerapan ni jimatlah sikit masa belajar dia.. But there's a BIG BUT!! Apakah itu?

    Sedihnya, PC ni korang boleh buat HANYA JIKA korang menyambung pelajaran di bawah fakulti yang sama sahaja. Contohnya, masa diploma korang belajar course di bawah FSKM, tapi degree nanti korang dapat, let say, fakulti pendidikan, korang tak boleh untuk buat PC kecuali subjek kokurikulum.. If you guys FSKM masa diploma, degree pun kena course bawah FSKM, barulah boleh lompat sem. Memang kebiasaannya, student yang tukar fakulti ni, mereka akan mula dengan semester 1. Walaupun mungkin akan ada subjek yang content & syllabus nya sama masa diploma, still tak boleh buat PC ye..

    Jadi, kalau masa korang nak mohon borang penerapan nanti, kalau terasa nak lari fakulti, fikir betul2 tujuan korang belajar. Adakah korang belajar nak kejar masa, ataupun nak kejar minat.. Jujur saya cakap, lepas dah 3 sem bergelar student penerapan ni, saya selalu fikir, "habis cepat2 pun nak buat apa??".. Sebab dulu selalu lah fikir nak habis cepat kan, tapi dah lama2 tu, macam2 fikir.. huhuhu.. Adalah sedikit penyesalan di situ.. Hahahahaha 😅.. Apa2 pun, semua keputusan di tangan anda dan kalau boleh, pilih ikut minat sendiri 😉.. Masa2 macam ni dah tak sesuai kalau nak ikut kawan 😅

    Dalam next entry, saya akan ceritakan sedikit beberapa disadvantages yang saya rasa, kalau sambung study as student penerapan ni. Tapi nak diingatkan, ni keburukan daripada pandangan saya seorang tau.. Maksudnya bukan lah cerita saya ni mewakili semua student ke apa.. Hahahaha.. dan bukan juga saya nak kata penerapan tu tak bagus ke apa, but its just my opinion and my experience yang dah lalu liku2 belajar sebagai pelajar penerapan nii.. Don't take it too serious, instead, revise and review it by your own. At the end of the day, you are the decision-maker 💓.

    Diharapkan segala perkongsian saya dalam blog ni dapat memberi sedikit info untuk kebaikan anda2 yang sanggup membaca entri saya ni. Terima kasih sekali lagi saya nak ucapkan kerana sudi singgah di blog ini 😉.


Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di komen atau boleh ajukan di media sosial saya:

📌 Instagram : @hazwaniesta

📌 Telegram : @hazwaniesta

📌 Whatsapp : 017-7074073

(Jangan risau, nombor telefon tu bukan nombor personal saya yee.. huhuhu)

Yang mana saya tahu, saya cuba jawabkan. Kalau saya tak tahu tu, maaf yee. Apa2 pun, terima kasih semua ❤️.








Comments

  1. Hi. I wanna ask regarding Pengecualian Kredit. Macam mana nak apply ya? Kena isi borang something2 dulu ke boleh apply online dekat student portal? Saya student lepasan diploma course Photo but degree ambil graphic so lompat to sem 2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)