BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!

    Dalam entri yang ni, saya nak share cerita berkaitan tawaran penerapan saya. Sebabnya keputusan penerapan nak keluar tak lama lagi kan?? Sebabnya lagi keputusan final exam akan keluar this FRIDAY!! Itu hint yang result penerapan akan keluar tak lama lepas tuuu.. Huhuhuhu.. So, basically penerapan ni adalah sejenis permohonan yang dibuat semasa semester akhir diploma di UiTM jugak (ye lah, sebab nak mohon degree pun kat UiTM kan 😅). Kalau korang nak tau another backstory saya mohon kursus apa and apa yang saya consider untuk menentukan masa depan saya (cewahhhhh 😜), boleh baca kat entri yang ni >> [KENAPA CS247???]

    Before saya share pengalaman saya dengan lebih lagi, saya nak ingatkan korang2 yang ini adalah 100% pengalaman saya sendiri. By means, saya hanya cerita pasal pengalaman saya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda CS247 di UiTM Kampus Seremban. Maksudnya, cerita saya mungkin berbeza (bukan mungkin, memang akan berbeza) dengan orang2 lain. But I hope, my story will at least give you guys some insight on apa yang korang boleh expect bila korang dapat tawaran penerapan nanti 😉... 

    Jadi, untuk penerapan ni, barulah saya tahu yang jangka masa atau proses permohonan dia sangatlah singkat. Dalam erti kata yang lain, once korang terima je tawaran, semuanya akan kabut. HAHAHAHAHAHA. But don't worry! Lepas korang baca entri ni, mesti akan hilang masalah kelam kabut korang tu (okayy sorry... paragraph ni mcm exaggerate and melebih sikit 😆)

    Takdelah.. Tak kelam kabut mana pun. Ada je masa korang nak settlekan dokumen2 penting and stuff but korang kena cepat lah.. Sebab apa?? Haa, meh sini saya cerita.

    Kalau korang ni peka as UiTM's student, mesti korang perasan kan yang setiap semester, result final exam akan keluar pada hari Jumaat. Yup! Tarikh tu tak kan berubah (selain daripada diberitahu awal).. Jadi, apa yang berlaku pada saya adalah, keputusan final keluar pada 14/02/2020 (Jumaat). Kami juga dapat tahu yang keputusan penerapan akan keluar pada 18/02/2020 (Selasa). So, between gap 4 hari tu memang nebes laa kan tunggu. Dahlaa tunggu result final exam, pastu direct nebes sebab penerapan ni pulak. Hahahahaha.. Double the nervousness (?) 😂

    Masa tiba je 18hb tu, tepat pukul 12 pagi terus cek kat laman web kemasukan UiTM... Cek punya cek, dia keluar 'TIDAK BERJAYA'!!! HAHAHAHAHA.. Serius masa tu dah nangis teroksss.. Macam tak percaya sangat.. Rupa2nya, saya salah semak 🤣.. Typical Hazwan sangat gelabah dia tu.. HAHAHAHA.. N yah.. Masa tu, kawan2 dekat group Whatsapp pun cakap yang result tak keluar lagi. Bila tengok dekat laman web tu betul2, rupa2nya dia tulis kat situ result keluar pukul 3 petang. Hahahaha.. Jadi korang2, sila jangan kelam kabut macam saya yeee 😅. But before nak tunggu pukul 3 petang tu, actually boleh dah check korang dapat course apa.. Sebab pada hari tu, bil yuran degree korang telah digenerate. Korang boleh klik kat link ni and masukkan nombor matriks baru korang >> Semak Bil UiTM

Laman web nak cek bil yuran korang dah masuk ke belum... N dekat sinilah korang boleh tau dulu in advance korang dapat course apa 😊

    Cara nak tau nombor matriks baru korang, korang bukak dulu Bank Islam korang dan pergi dekat bahagian Bill Presentment.. Macam biasa korang nak bayar bil UiTM tu.. Haa, tgk yuran baru yang dah masuk. Lepas tu, semak like nombor rujukan bil korang tu. Jadi, ambil lah 10 nombor awal dekat bil tu sebab tu refer korang punya nombor matriks yang baru. Bila korang masukkan nombor matriks baru dekat laman web tu, dia akan keluar lah maklumat course apa yang korang dapat. Cuma, dia tunjuk kursus jee. Dia tak bagitau kampus mana.. Nak tau dapat kampus mana, still kena tunggu dan semak dekat laman web kemasukan UiTM >> [Portal Kemasukan UiTM]

    Okay, berbalik kepada cerita kita. Yup, tepat je pukul 3, memang excited laa kan nak cek dapat kampus mana.. Sebab pukul 12 tgh hari tu menjerit macam orang gila sebab Alhamdulillah!! Dapat jugak course yang memang saya nak which is CS247 Computational Mathematics. Cuma tu lah, nak tau kampus mana tu yang nervous. And yasss, pukul 3 tepat pun saya pergilah cek.. Alhamdulillah sekali lagi!! Dapat kat UiTM Kampus Seremban!!!! Dekat sikit, bukan sikit, banyakkk daripada rumah dan from my previous UiTM masa diploma 🥰

    So, lepas je dekat skrin tunjuk yang dapat kampus Seremban, memang dah tak fikir banyak.. Terus accept je tawaran dan teruskan prosedur2 mohon online yang perlu. Jadi, saya nak bagi tips kat sini. 

    1.    Make sure korang betul2 tekan butang terima tawaran. Better pakai komputer atau laptop. Elakkan pakai phone supaya jari korang tak terslip dan tertekan salah button. (Yup.. My friend ada yang kes macam ni dan dia terpaksa call pihak UiTM untuk benarkan dia re-do balik the process. Jadi, sila berhati-hati ye)... tapi kalau dah pakai laptop pun, please double check everytime korang nak sahkan sesuatu supaya tak tersilap.

    2.    Sila save segala dokumen2 yang diperlukan. Ataupun untuk rasa lebih selamat, save korang punya skrin dengan menggunakan option 'PRINT' dan save as PDF. Tapi, tak perlulah simpan everytime skrin korang tunjuk benda baru.. Hahahahaha.. Mana2 yang korang rasa penting, sila save. But any downloadable file or any PDF file yang disediakan dekat website tu, sila simpan yeeee. Jangan gatal2 nak skip or amalkan prinsip print n skip. A BIG NO NO!! Simpan je dalam folder komputer korang sebab takut jadi apa2 di masa akan datang, for example, dokumen hilang walaupun dah print... Kalau dah simpan dalam laptop, atleast kalau jadi apa2, boleh cetak numerous time kann..

    3.    Baca every page dengan teliti before korang klik button proceed n stuff. Ni pun sama lah.. Untuk elakkan korang tersalah tekan button dan tersalah baca informasi.

    4.    Semak benda2 basic dengan teliti like nama penuh korang, nombor K/P dan lain2. Terus report/inform/call kepada pihak yang sepatutnya kalau ada silap. Sebab tak nak menyusahkan diri waktu hari pendaftaran yang real.

    Jadi, itulah 4 basic tips yang korang kena apply pada waktu dan hari keputusan penerapan tu keluar... Ini belum masuk nak settle dokumen2 penting, nak buat medical checkup and stuff.. Memang agak banyak.. Plus, korang hanya diberi masa kurang daripada seminggu untuk prepare everything. Sebab selalunya, yass, korang perlu mendaftar di kampus masing2 pada hari AHAD, MINGGU YANG SAMA 😆😆... Yupp.. Hanya 4 ke 5 hari je korang diberi masa untuk prepare kelengkapan korang sebabnya, Isnin tu dah mula sesi kuliah koranggg (Ikut negeri lah.. Sebab N9 still ikut Sabtu Ahad as weekend, so sebab tu lah Isnin dah start kelas).. 

    Penerapan ni takde MDS2 lagi untuk minggu awal.. Bukan takde langsung MDS, ada je.. Nama dia Pemantapan Destini Siswa (PDS) but PDS ni tak lama pun. Macam kat Seremban ni, dia gabungkan tiga2 kampus dekat N9 which are Rembau, Seremban dan Kuala Pilah dekat Kampus Seremban. Lepas tu, program dia tak sampai sehari pun. Like legit dari pagi sampai petang jee dan dia buat pada hari Sabtu, lepas korang seminggu dah duduk kampus baru tu (depends on campusses la kott).. Sebab untuk penerapan ni, dia terus je kepada sesi pengenalan kuliah or simple orientasi macam tu laa.. Sebab yes, korang memang kena masuk kelas yeee, untuk belajar on your legit first day menapak kat UiTM baru.. Hahahahahaha.. Kiranya proses dia like, Terima Tawaran > Pergi daftar kat kampus (AHAD) > Pergi masuk kelas dan BELAJAR (ISNIN) 😂😂... Haa macam tuu...

    On my next entry, saya akan share lebih pasal pengalaman saya settlekan part rumah sewa, kolej dan perkara2 yang berkaitan dengan akademik such as pengecualian kredit n stuff. Sehingga berjumpa lagi di next entry for PART 2. Byeeee :)

    

    Anyway, GOOD LUCK GUYS FOR THIS FRIDAY!!! Semoga SEMUA pelajar UiTM memperoleh keputusan yang cemerlang, 🥰... Dan yang mohon penerapan tu, GOOD LUCK jugak saya ucapkan! Semoga impian dan cita2 korang bakal tercapai ~~ dan yang paling penting, 'Welcome to Degree Life'.. Hahahahahahahaha.. Cliche but yah.. Saja nak wish 🤣. Just nak cakap yang journey belajar, bila naik every new level ni, memang tak mudah, tak susah.. Apa yang penting, jangan lari daripada tujuan belajar korang dan jangan cepat leka. Fokus dekat study and dekat tanggungjawab kita as student kayyy? :)


Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di komen atau boleh ajukan di media sosial saya:

📌 Instagram : @hazwaniesta

📌 Whatsapp : 017-7074073

(Jangan risau, nombor telefon tu bukan nombor personal saya yee.. huhuhu)

Yang mana saya tahu, saya cuba jawabkan. Kalau saya tak tahu tu, maaf yee. Apa2 pun, terima kasih semua ❤️.



Comments

  1. Assalamualaikum...saya nk bertanya penerapan ni jangka masa die berapa lama ye...saya dapat tawaran uitm segamat tp saya masih binggung nk pilih uitm atau matriks...terima kasih baca soalan saya❣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf sangat2 sebab lambat balas T.T

      Untuk penerapan ni, kalau contohnya awak dari diploma FSKM dan sambung ke degree FSKM jugak, awak boleh buat pengecualian kredit dan boleh terus lompat ke sem 2 atau 3, bergantung kepada keputusan subjek exam awak.

      So, kalau boleh lompat sem, ni, usually tempoh belajar akan sama je macam diploma. Kalau diploma awak dalam 2 tahun setengah, degree pun akan lebih kurang 2 tahun setengah jugak.. Sebab kalau ikutkan, tempoh degree usually 3 tahun dan ke atas..

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
    2. hi, saya dah dapat penerapan tapi dalam surat tawaran 7 semester untuk networking. kalau nak buat pengecualian credit ni kena apply ke? or nanti dia cut sendiri ?

      Delete
  2. Hiii, nak tanya, berapa lama rayuan penerapan buka eh? Sebab nak mohon penerapan tapi belum muet lagi. Muet dalam bulan oktober nanti, and next sem dah last sem dah. Kalau dapat result maybe dalam february 2022 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii :) Maaf sebab lambat balas T.T

      Saya tak ingat berapa lama tempoh permohonan utk penerapan dibuka. Kalau awak student last sem diploma, selalunya permohonan dibuka awal dalam seminggu dua lepas sem baru naik dan ditutup sebelum final exam lah. Kalau untuk rayuan penerapan pulak saya tak berapa sure berapa lama permohonan dibuka.

      Tapi kalau bab muet awak tak perlu risau. Awak boleh je mohon dulu penerapan tanpa ada keputusan muet. Yang penting awak kena daftar / ambik muet sebelum habis diploma / nak mohon for degree. Sebab nanti masa mohon, untuk bahagian keputusan muet, awak kena pilih something like 'belum ada keputusan'. So, once awak dah ambik muet, mpm akan terus send data / result awak ke uitm. Tak perlu awak nak update permohonan ke apa :)

      Tapi make sure ambik muet tu selewat-lewatnya dalam tempoh permohonan penerapan awak sebab saya pun ambil muet masa semester akhir diploma saya (waktu nak mohon penerapan tu).

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
    2. kiranye boleh la ye? sebab saya nak mohon penerapan, penerapannye tutup 2 dec tapi paper muet saya 7 dec. Saya dah daftar dah muet tinggal nak tunggu hari peperiksaan je. jadi saya ni qualified lagi ke untuk mohon penerapan? risau tak bole mohon je T^T

      Delete
    3. hi mayo, currently in the same situation. awk dh tahu ke awk qualified or not? me wanna know also, tq.

      Delete
  3. Kalau under penerapan. Macam document mini transkrip tu tak yah sediakan ker? Sebab dalam senarai document yg diperlukan tu dia cakap. Hanya untuk ipt lain selain uitm je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam saya, memang masa tu tak sempat pun nak ambil mini transkrip, lagipun saya duduk di Johor dan kampus saya di Arau. Jadi, memang mustahil la dalam masa 4 ke 5 hari nak daftar degree kena dapatkan transkrip tu kan.

      So, masa daftar tu, ajk yang jaga pendaftaran tu kata transkrip kalau tak ada pun tak apa. Apa yang penting adalah awak sediakan sahaja slip keputusan final setiap sem dekat student portal tu. Paling penting slip keputusan final sem akhir sebab nak tgk dekat bahagian 'Note' tu sama ada berstatus 'Complete' ataupun tidak.

      Tapi, kalau ada mini transkrip tu lagi bagus. Macam saya, saya minta tolong rakan saya yang duduk di Perlis untuk minta mini transkrip original di hea kampus Arau dan rakan saya cuma scan sahaja dokumen tu dekat saya. So, saya sediakan mini transkrip yg di'scan' tu sahaja.

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  4. Hi.. penerapan ni utk fakulti yg sama je eh? kalau dari fakulti sains gunaan ke fakulti sains kesihatan, tak lulus utk penerapan? hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Oh tak semestinya. Sebab nanti, waktu nak mohon, website tu akan tunjuk banyak jenis course yang awak boleh mohon dan course2 tu daripada pelbagai jenis fakulti. Kalau awak pernah baca entri saya sebelum2 ni, saya letak je course fizik bawah fakulti sains gunaan sebagai salah satu pilihan saya walaupun saya diploma fskm :) Lulus tak lulus itu semua bergantung kepada persaingan sahaja. Setakat yang saya tahu, tak ada kaitan dengan pertukaran fakulti sebab ada sahaja kawan batch fskm saya sekarang sambung degree dalam fakulti pendidikan dan fakulti perniagaan. Apa2 pun, saya doakan semoga awak berjaya ye :)

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
    2. nak tanya, kalau saya dari FSG ke FSKM saya boleh buat pengecualian credit juga ke?

      Delete
  5. Hi, sy nk tanya. Kalau mohon degree uitm, tapi belum dapat sijil tamat belajar diploma uitm lagi , boleh ke nk mohon? sebab masa penerapan uitm haritu tak sempat nak mohon (permohonan dah ditutup). Jadi nak mintak mcm degree biasa , bukan penerapan. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Saya minta maaf sebab tak berapa pasti tentang kes macam ni. Tapi setahu saya, boleh je mohon sebab awak daripada diploma UiTM dan nak mohon degree di uni yang sama. Jadi, boleh je buat permohonan tanpa sijil tamat belajar sebab kami yang daftar penerapan, pada hari pendaftaran tu pun, kami masih tak ada sijil tamat belajar dan juga transkrip rasmi. Sebab selalunya kalau sambung di uni yang sama ni, pihak uni akan terus ambil data yang mereka dah ada.

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  6. Hi, nak tanya, nanti dah masuk penerapan kan kita skip semester, masa kita skip semester tu kita masuk kelas dgn batch penerapan ke campur dgn batch current semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)

      Kalau kita skip semester, kita memang akan masuk kelas dengan batch penerapan sahaja. Tapi, macam saya yang lompat ke sem 3 ni, ada je student sem 2 dan sem2 lain yang sekelas dengan saya. Student2 tu sama ada repeater atau first-timer yang baru register utk subjek tu. But the majority of students in your class adalah daripada batch penerapan awak sendiri.

      Harap menjawab soalan awak :)

      Delete
  7. Hi nak tanya,boleh tak kalau nak tukar Kampus Yang lebih dekat or kena accept je apa Ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Sememangnya kena terima je tawaran yang diberikan sebab keputusan tu muktamad. Penukaran kampus adalah tidak dibenarkan sebab dalam dokumen panduan pendaftaran uitm (yang awak akan dapat masa terima tawaran online) memang dah dinyatakan macam tu.

      Tapi, penukaran kampus/kursus hanya boleh dilakukan atas alasan yang betul2 munasabah dan kukuh. Awak boleh copy paste link borang di bawah ni untuk tengok info berkaitan penukaran kampus.

      https://iceps.uitm.edu.my/images/iceps/form/student/Borang_S3_Permohonan_Pertukaran_Program_Mod_Kampus_251219.pdf

      Atau lebih mudah, dinasihatkan awak berurusan (secara telefon atau emel) dengan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas.

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  8. Hi, sy nk tanya.. mcm mana nk beli no pin online ? Dh try cari link tapi selalu jumpa yg 2020 punya je. Klw ada, boleh share link x ? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Untuk pembelian no pin secara online saya tak berapa pasti melainkan kalau awak ada account bsn online (mybsn). Sebab setahu saya no pin ni boleh dibeli melalui kaunter bsn atau mesin atm di bsn sahaja.

      Awak boleh rujuk link di bawah ni untuk lihat macam mana pembelian no pin boleh dilakukan:

      https://www.bsn.com.my/page/pin-purchase?lang=ms-MY

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  9. Salam saya nak tnye . Diploma saya dua tahun setengah . Biasanya nk smbung degree brpa tahun pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Selalunya untuk pengajian degree ni tiga tahun dan ke atas. Tapi kalau awak boleh buat pengecualian kredit (lompat sem), tempoh belajar awak akan kurang ikut berapa semester yang awak boleh lompat. Kalau macam saya, alhamdulillah, tempoh degree saya sama seperti diploma (2 tahun setengah = 5 sem) sebab saya mula dengan sem 3 walaupun total semester untuk course degree saya adalah 7 sem :)

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  10. Hi, nak tanya boleh ke penerapan saya ambil fakulti lain mcm sains kesihatan but diploma saya fakulti sains gunaan? Memang ada pilihan ke kalau saya dri fsg nak ke pengimejan perubatan? Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Hi, nak tanya berapa final result yg membolehkan awk terus jump semester 3 ? semakin tinggi result, semakin bnyk sem ke boleh skip ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Kalau awak nak tahu jawapan dengan lebih detail, awak boleh baca entri saya yang "BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)".

      Tapi begitulah, semakin tinggi result awak, memang banyaklah sem awak boleh lompat sbb awak akan buang banyak subjek berulang masa degree ni. Maksudnya, awak tak perlu belajar beberapa subjek masa degree sebab ada yang awak pernah belajar masa diploma. So, gred utk final exam masa diploma untuk setiap subjek tu disarankan untuk dapat B solid dan ke atas supaya boleh buat pengecualian kredit masa degree nanti.

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  12. Assalamualaikum saudara Hazwan pada pendapat tuan, berapa banyak kebarangkalian(percentage) untuk pelajar bukan dari FKSM masuk ke FKSM. Saya berminat untuk sambung ke CS211 (netcentric), process penerapan dah bermula 😂 so saya ingin pendapat saudara Hazwan tentang perkara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Untuk bagi exact percentage tu, saya pun tak pasti lah tapi boleh sahaja kalau awak nak cuba apply. Setakat ni, kawan2 saya yang dari FSKM ramai juga yang sambung ke fakulti berbeza macam fakulti pendidikan dan fakulti bisnes. Kebanyakannya mereka letakkan fakulti berbeza tu as pilihan pertama lah.

      Syarat pertama awak kena pastikan dahulu sama ada awak layak ke tak mohon course2 bawah FSKM sebab most FSKM courses, hanya student FSKM dan student fakulti bidang STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) sahaja yang boleh mohon. Apa2 pun sebenarnya bergantung kepada kelayakan awak dan rezeki :)

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  13. Hi saya nak tanya. Haritu saya tak sempat nak daftar muet sesi 3, so saya tengah tunggu pendaftaran muet sesi 1 2022 ni pada 7/12/2021 ni. Jadi, kalau saya nak mohon penerapan tu juga boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..saya ada soalan nk tnya
    Kalau habis final hujung bulan 2 utk diploma n ada mohon penerapan...jadi penerapan akan start bulan 3 atau 9 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 3, sebab kemasukkan penerapan sesi 2 kemasukkan bulan march

      Delete
  15. Assalamualaikum saya nak tanya...ada member saya sorang nk sangat masuk palapes tapi dia dh accept penerapan..agak2 dia still boleh join lagi tak palapes ni....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, saya nk tanya, saya dh mohon penerapan hri tu, and skrang saya pon dh abis final exam sambil menunggu result final sem and result penerapan. Di dlm borang penerapan tu kan ade 3 pilihan , mcm mana klau saya dpt pilihan 1 , tpi saya tolak? Adakah saya akan ditawarkan secara automatik pilihan kedua/ketiga sya ? ..... just bertanya kot2 ade info, atau pengalaman rakan2 awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai saya nak tanya. If kita from course account contohnya then degree taknak ambil acc dah. Nak ambik benda lain kalau by penerapan ni maksudnya kita akan start from sem 1 la kan? Takdelah pengecualian kredit apa semua kan

      Delete
  17. hi nk tnye, utk apply penerapan kene dapat band brpe ye for muet?

    ReplyDelete
  18. klu nk smbung degree nnti boleh pilih ke kampus mana??

    ReplyDelete
  19. Hai saya nk tanya harap balas pls min….boleh ke student yg dah habis diploma in uitm nk mohon penerapan utk batch bawah kita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasenya.. cuba tanya lecturer awak utk lenih sahih n terperinci

      Delete
  20. Hi, nak tanya if kita accept penerapan ni kiranya kita takkan tau kita dapat upu apa or kita akan dapat tau nanti ? then kalau kita dah masuk penerapan tapi lepas dapat result upu kita rasa macam nak tukar dengan pilihan upu but still in UiTM, boleh ke ?

    ReplyDelete
  21. Hi saya nk tny
    Saya penerapan from asasi uitm n result dh kuar but sy tak nak course tu.. so bole ke nk tukar course lain?

    ReplyDelete
  22. Great and that i have a swell supply: How Much Should House Renovations Cost dream house renovation

    ReplyDelete
  23. Hai.. Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau penerapan yg kita dpt tu dekat kampus yg kita tak nak atau jauh dari rumah, boleh ke kita walk in untuk tukar kampus yg kita nak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)