KENAPA CS247???

 Assalamualaikum semua!!!


    Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdulillah... Kalau tak sihat, cepat2 laa pergi cek kat klinik or hospital. Zaman2 sekarang ni, macam2 jenis penyakit boleh hinggap, lagi2 musim korona korona ni.. Haihh.. Semoga satu dunia ni terselamat daripada korona dengan cepat dan semoga yang positif tu, cepat sembuh~


    Okay lah. Untuk entri kali ni, saya nak share kenapa dalam banyak2 course yang ada kat UiTM ni, saya amik CS247. Oh! Lupa.... Entri ni kiranya dah mula2 nak masuk ke alam degree saya. Sebabnya ceritera diploma saya dah habis dalam entri yang lepas. Gituhhh~

    Sebenarnya, sepanjang diploma ni, takdelah plan apa2 untuk sambung degree sebabnya masa diploma tu, sama je macam SPM dulu... Jenis follow the flow. Bila dah tiba masanya, terus gelabah tak tau nak buat keputusan.. Hahahahaha 😅.

    Masa sem 5 laa baru aku nak tergedek-gedek fikir nak sambung apa.. Sebab apa?? Sebabnya permohonan nak ke degree bukak masa sem 5 tu. Hahahaha. Oh, buat yang tak tau kenapa saya mohon masa tengah belajar, haa permohonan jenis macam ni kita panggil as 'Permohonan Penerapan'. Maksudnya, kita boleh mohon nak sambung degree masa kita tengah last semester diploma. Selagi korang belum sampai last sem diploma korang, korang tak leh mohon tauu. Actually, ada banyak kategori student yang boleh mohon penerapan ni, dan kebanyakkan kategori ni fokus untuk student UiTM. Contohnya, yang boleh mohon penerapan ni, student last sem diploma UiTM, student last sem degree UiTM, student lepasan diploma or degree UiTM. dan ada beberapa lagi lah. Sesiapa yang mohon penerapan ni, kiranya jenis yang nak jimat masa laa. Tak perlu tunggu permohonan UPU ke apa. But only if korang still nak sambung kat UiTM laa sebab korang nak mohon pun nanti dekat laman web UiTM atau student portal UiTM.

    Jadi, CS247 tu course apa? Haaa... Nama panjang course ni adalah Computational Mathematics atau dalam bahasa Melayunya adalah Pengkomputeran Matematik. Kalau ikutkan, course ni adalah gabungan dua bidang which obviouslylah Matematik dan Komputer. Tapi, kalau korang tengok course outline (subjek) untuk course ni, dia macam, lebih banyak subjek math daripada subjek komputer.

    Based on apa yang saya faham laa kan, course ni ada kelebihan dia tersendiri, berbeza dengan course2 matematik yang lain macam CS249 (pure maths), CS241 (statistics) dan beberapa course lain di bawah bidang matematik FSKM. Sebabnya, kalau korang masuk bidang komputer, korang memang akan fokus dengan programming dan komputer sahaja. Kalau korang masuk bidang pure maths, korang akan fokus kat math je... Jadi dengan adanya course, dia menggabungkan kedua-dua kelebihan ni sebab memang terbukti lah, IT ni membangun kerana adanya matematik. So, untuk korang yang minat C++ atau JAVA, tapi dalam masa yang sama, minat jugak math sikit2 masa diploma dulu, memang sesuai laa korang amik CS247 nih. 


    Back to the story kenapa saya ambil course ni. Untuk permohonan penerapan UiTM ni, korang hanya boleh pilih 3 course je. Memula, saya consider untuk tukar fakulti. Saya nak pilih degree in education sebab yelahh, kita pun minat laa jugak nak jadi guru ke, lecturer semua tu.. Tapi masa tu, masih belum ada keyakinan sebab bila difikirkan, kalau betul lah nak jadi guru, better saya tunggu next UPU dan mohon UPSI kan. But to think again, kalau saya tunggu UPU, nanti saya kena start all over again dan actually agak membazir masa. Tak banyak pun, kalau membazir 1 sem, 6 bulan jugak membazir tuh. So, saya pun buat keputusan balik untuk letak laa jugak degree in math education as one of my choices just because becoming tenaga pengajar ni memang dah cita2 dari kecik.

    Degree untuk FSKM ni terbahagi kepada 2 bidang, which are mathematics and computer. Bawah bidang matematik ni pulak, ada 5 course which are:

  •  CS241 - Bachelor of Science (Hons) Statistics 

  •  CS242 - Bachelor of Science (Hons) Actuarial Science 

  •  CS247 - Bachelor of Science (Hons) Computational Mathematics 

  •  CS248 - Bachelor of Science (Hons) Management Mathematics  

  •  CS249 - Bachelor of Science (Hons) Mathematics  

    Disebabkan saya ni memang minat teruks dengan math, mesti korang akan expect yang orang2 seperti saya ni confirm akan amik CS249 (degree in maths). 

TAPI!!! A BIG TAPI!!!

    Kalau korang sendiri buat research pasal subjek ni, setiap sem korang akan belajar akaun sebab I think course ni, minor dia akaun.. Haa bila tengok gituh, memang terus batalkan niat nak sambung CS249... Lagipun, subjek akaun masa degree ni, bukannya macam ACC106 yang kita amik masa sem 2 diploma tuh. Yang tuh kira okay lagi laa sebab subjek tu ada kira2 dan teorinya tak banyak.. Tapi course ni, subjek account dia ada beberapa yang berkaitan teori sahaja yeeee (sebab saya ada tengok ramai member CS249 mengeluh pasal account... nasiblaa saya tak dapat course ni..😅)..

    Lepastu, kalau korang baca entri2 saya sebelum ni, ataupun kalau korang baca perenggan sebelum ni (🤣🤣), saya memang tak minat langsung bab2 akaun, kewangan semua ni. Jadi, sebabtu saya terus cancel CS242. Ye lah, sedangkan waktu diploma dulu, subjek actuary tu ditawarkan as subjek elektif pun saya tak ambil, rela amik JAVA, tak kan laa saya nak pursue degree dalam bidang actuary 😭...

    Next, saya tak amik statistik sebab actually most of my senior masa diploma yang amik degree stat ni, dicampak ke Kelantan. I'm not trying to be racist ke apa, tapi saya tak nak belajar kat Kelantan. Sebab jauhh... Dah tak sanggup lagi nak belajar jauh2. Cukuplaa Arau.. Hahahaha.. Walaupun mungkin korang akan dicampak ke Seremban ke, Shah Alam ke, tapi ramai yang dapat sambung course ni dekat kampus di Kelantan. Jadi, sebabtu laa saya tak mau amik CS241.

    CS248 pun sama. Ramai yang amik math management ni dicampak ke Arau balik.. Hahahaha. Tak mahuuuuuuu 😭. Jadi itulah dia.. CS241 tak nak, CS242 tak nak, CS248 tak nak, CS249 tak nak, dahtu aku patut belajar apa je niiii!!??? Oh! Kalau ikutkan, CS247 pun saya tak nak amik sebabnya kalau korang research subjek2 CS247, ADA SUBJEK FIZIK GAISSS!!!

    Masa ni dah mula stress. Saya even consider nak amik course fizik bawah fakulti sains... Tapi, macam yakin je kan nak amik fizik balik. Masa sekolah pun tercungap-cungap, lagi nak belajar fizik yang advance masa degree. Jadi, setelah sekian lama bergaduh dengan sendiri, I've come to a conclusion....

Hahahaha.. Macam yakinnn je aku amik fizik tu 😂. Alhamdulillah... Syukur sangat2 sebab dapat jugak pilihan 1 tu...

    Jadi itulah dia kisah saya, kenapa saya gigihkan juga amik CS247 ni.. Huhuhuhu. Masa ni, susah ke senang ke, tolak tepi dulu. Dalam dunia ni, takde benda yang mudah. Apa2 course yang kita amik tu ada mudahnya, ada susahnya. Yang membezakan tahap kesukaran tu terletak pada usaha diri sendiri ✌️.

    Untuk next2 entri, saya akan share CERITERA SUBJEK CS247 pulakkkk!!!! Tapi macam biasa laa, mungkin saya dah habis degree baru entrinya lengkap.. HAHAHAHAHA.

    Maaf2.. Untuk degree ni, saya cuba update sekerap mungkin yeee.. Sekian... BYEEEEE!!!! 

Stay Safe Everyone! 😘



Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di komen atau boleh ajukan di media sosial saya:

📌 Instagram : @hazwaniesta

📌 Whatsapp : 017-7074073

(Jangan risau, nombor telefon tu bukan nombor personal saya yee.. huhuhu)

Yang mana saya tahu, saya cuba jawabkan. Kalau saya tak tahu tu, maaf yee. Apa2 pun, terima kasih semua ❤️.

Comments

  1. Hi! Bagus kongsian awak ni, semoga berterusan!
    Saya pun pelajar UiTM https://farawrbella.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kena isi result cgpa sem 4 ke sem 5 time nk isi penerapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak isi permohonan penerapan ni, keputusan cgpa atau gpa tak akan ditanya pun. Hanya keputusan SPM dan MUET sahaja yang perlu diisi :)

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete
  3. assalamualaikum n hi! saya ambik cs249, now dah final year. just nak share, minor acc tu takde la susah sangat.. n fyi, kita just kena study subj acc sem satu jer, tu pun yang basic form4 dulu.. n actually course ni nak kata pure math tu taklah jugak since sem3 kitaorang kena pilih aliran (macam form4 dulu; nak masuk kelas pure science ke acc ke) which is either big data analytics or account (saya pilih big data since saya ada basic sci comp time matrik dulu, tapi tulah THE STRUGGLE ahahahaa).. untuk account track, kawan acc saya cakap mostly study theory n takdelah susah sangat (idk, setiap orang penerimaan lain2 en). anw, sambunglah cs249 if berminat nak belajar matematik + sci comp / acc :) #p/s: actually dulu pun ingat course ni pure math, tapi bila masuk sem3 je results asyik down sebabkan subj under big data :((

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)