Pengalaman kat UiTM Perlis : Hari Pendaftaran (Part 1)
Haa sebelum saya cerita apa yang saya belajar itu ini, saya nak cerita sikit pengalaman masa sesi pendaftaran haritu.. Tu pun kalau saya ingat.. hihihi.
.
Lepas je bagitahu ibu yang saya dapat sambung belajar di UiTM Perlis, parent saya semua kelam kabut. Yelaa, sebab result UPU keluar hari Isnin, tapi kena daftar masuk UiTM hari ahad tu. Mana tak kelam kabut kan.. Memula risau jugak sebab tak tau nak buat apa lepas dah dapat keputusan an. Tapi jangan risau.. Nanti UiTM akan sediakan downloadable file untuk korang. Dalam tu siap list item yang korang kena bawak masa pendaftaran and segala jenis borang yang perlu dicetak.. So lepas dah tengok detail apa yang diperlukan, saya pun get ready sepanjang minggu untuk siapkan semua item yang ada dalam list. Saya tak ingat sangat apa yang perlu tapi yang saya boleh bagitahu kat korang is, nnti akan ada borang untuk medical checkup untuk korang print. So korang kenala buat medical checkup kat mana2 tempat yang buat perkhidmatan tu sebelum pendaftaran n bawa segala dokumen uitm sekali just in case kalau anything happened.. Jangan masa hari pendaftaran lupa nak buat checkup tu.. Lepastu korang jugak kena prepare salinan ic diri sendiri, ic parent, slip gaji parent, slip keputusan SPM.. N then, pergi mintak pengesahan salinan ni dekat pejabat sekolah korg.. Itu lebih mudah sebenarnya daripada nak pergi mintak kat ketua kampung and all semua tu.. huuhuhu.. Itu je yang saya ingat setakat ni... Dah siap semua item yang diperlukan dalam list tu, it's time to prepare barang lain pulok.. Ok.. korang jangan lupa bawak pakaian korang masa pendaftaran.. sebabnya korang akan stay kat situ for one week untuk program Minggu Destini Siswa (MDS).. n then, kornag jugak jangan lupa bawak bantal and cadar sekali sebab kat kolej tu, hanya katil tak bercadar je yang disediakan.. Lepastu, barang macam water heater, seterika and makanan ringan tu ikut korg la nak bawak ke tak sebab akan ada jenis roommate korg yang akan pinjam je orang punya sebab jimat.. Al-kisahnya sebab barang elektrik tu nanti akan dicas kat sana nnti. Satu barang elektrik kena cas RM10 untuk sepanjang sem.. So kalau korang bawak charger, laptop, seterika bagai sume tu, lagi banyak la korg kena bayar.. SO make sure discuss dengan roommate untuk tong-tong bayar barang elektrik tu (tu pun kalau korang nak berjimat).. Macam saya, saya bawak lima barang elektrik. So every sem, I need to pay RM50..
.
Masa Pendaftaran
Kitorg gerak dari Cheras ke Perlis dalam pukul 6 pagi macam tu hari Sabtu. Sampai kat Kangar dalam pukul 2 petang.. Lama an.. hahahaha.. Pastu kitorg stay kat homestay.. Esoknya tu, my parent insist untuk datang awal dalam pukul 6 pagi macam tu sebab ibu saya cakap, waktu akak2 saya pergi medaftar di UiTM dulu2, orang mesti ramai and sesak. TAPI.. berbeza dengan UiTM Perlis.. sistem dorg mudah gila. Sampai2 je gate uitm, pastu akan ada satu khemah tepi jalan, dorg akan bagi satu plastik. Dalam plastik tu ada kunci, borang check in bilik dengan borang pendaftaran barang elektrik... Dorang buat sistem drive-thru je.. hahahahaha. lagi mudah. Lepastu, korang pun bolehlah check in bilik kat kolej masing-masing, punggah barang ke dalam bilik, kemas2 bilik, n isi borang dalam plastik tu. Masa saya dekat kolej tu, ada Orientation Committee (OC) (alaa, OC tu dia macam fasilitator.. OC ni student senior kt Arau tu) cakap yang semua student perlu ada dalam bilik sebelum pukul 3 petang. So siapa nak p keluar boleh p mana2 dulu.. Disebabkan saya datang awal n lepas punggah barang, jam masih menunjukkan pukul 10 pagi, so saya pun keluarlah dengan family saya.. Eh tapi terlupa satu benda. MAKE SURE sebelum korang keluar bilik tu, check semua peralatan dalam bilik tu berfungsi dengan sempurna. Contohnya, korang check laa plug dalam bilik tu ok ke tak, lampu kipas berfungsi ke tak, katil macam nak roboh ke.. hahahaha.. sebab benda ni jadi kat saya di mana semua plug dlam bilik tak leh berfungsi. Nak report kat siapa? Korang boleh je report kat OC yang bertugas kat kolej korang..
.
Smapai sini dulu la saya cerita.. Panjang dah ni.. Nanti korang bosan pulak.. (Ntah2 korang memang bosan dari awal.. hahahaha 🤣)
Sekian,
💙💜💚
Comments
Post a Comment