CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 1 (PART 1)

Kali ni saya nak share tentang apa yang saya lalui sepanjang semester 1. Sebenarnya semester 1 kitorg terbahagi into 2 sections ataupun 2 sub-semester. Satu adalah masa interim (7 weeks) dan another section is the real semester 1 (14 weeks). Jadi waktu batch kami, sem 1 tu agak lama berbanding batch yang tak ada sesi interim. Sekarang ni, saya nak cerita tentang semua subjek yang saya ambil masa Interim dulu.


CTU101 - PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
Haa.. Subjek ni subjek teras di mana semua pelajar yang beragama Islam kena ambil subjek ni. Untuk non-muslims biasanya kena amik subjek yg berkod IDA. Basically, subjek ni akan ajar laa tentang asas Islam dari seluruh aspek iaitu akidah, akhlak, syariah, ibadah dan lain2. Sejujurnya masa belajar subjek ni laa saya dapat tau terms yang jarang kita dengar dalam kehidupan kita berkaitan agama kita contohnya prinsip2 Maqasid Syariah. Saya bersyukur sebab saya dapat pensyarah yang best mengajar sebab cara beliau terangkan satu2 topik itu beserta dalil memang menyedarkan kita tentang banyak perkara. Terima kasih Ustazah Sharipah πŸ˜„. 

Untuk subjek ni, ada hafazan tau. Kena hafal surah Yasin dari ayat 1 sampai ayat 20. Lepastu assignment dia semua senang2 je sebab ada banyak rujukan yg kita boleh dapat kat perpustakaan.. Cuma korang jangan copy paste je.. Baca dulu sebelum buat.. huhuhu.. takut tersalah fakta, nanti korang yang menyesal. Ada 2 assignment yang kena buat. Yang pertama, kena buat kertas kerja tajuk bebas yang bertemakan ibadah, akidah, akhlak dan syariah. Yang kedua pulak kena buat kertas kerja tentang analisa ayat yang juga berkaitan dengan empat aspek tadi. Kena cari beberapa potongan ayat Al-Quran dan analisa ayat tersebut. Bukan terjemahkan ayat tu sahaja tapi kena kaji tentang intipati ayat tersebut.

❤️.. Terima kasih pada ustazah yang mengajar kami..


ELC121 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS I
Subjek ni pulak adalah subjek english.. subjek teras jugak di mana semua pelajar kena ambil. Untuk semester 1, subjek ni cover tentang listening dan juga reading. Bukannya membaca bahasa inggeris, tapi reading comprehension. Ni adalah starter subject bagi student untuk prepare for MUET
Last class bersama Madam Laili ☹️
Untuk listening part, ada dua exam. Satu yang bertulis, satu lagi computer-based. Yang bertulis tu sama je macam kita amik exam PT3 listening tu. Dengar radio pastu tulis jawapan. Yang computer-based tu pun sama. Kena dengar audio dan klik2 je jawapan. Tapi cuak jugak laa sebab yang komputer punya exam tu masa dia sekejap. So, macam kecut2 je nak jawab sebab takut masa tak cukup.. ahahahaha.. Yang komputer tu dia ada 20 soalan je. Saya dapat 17 je masa tu. Bersyukur sangat. Classmates saya semua dapat 15 ke atas. So korang jangan risau nak amik test ni.. Untuk reading tu pulak, dalam final paper tu, dia ada dua petikan yang agak panjang. Pastu kena jawab laa soalan-soalan dalam tu. Ada soalan pasal synonym, vocabulary, true or false, opinion and fact dan macam-macam. Dua2 petikan tu bentuk soalan dia sama je. So make sure jawab dengan betul ok??

Alhamdulillah dan terima kasih kat dua pensyarah ELC saya iaitu Madam Zahrullaili dengan Madam Norlizawati. πŸ’œ





HBU111 - KESATRIA NEGARA I
Bersama team DHBU111A1 selepas tamat PERKAD
Ok.. Saya tak nak ulas panjang tentang subjek ni sebab subjek ni la yang membuatkan saya sengsara 😭.. HAHAHAHA.. sebabnya subjek ni adalah subjek kokurikulum di mana kami semua perlu berkawad dari minggu pertama sampai minggu ketujuh. Disebabkan subjek ni kena masa interim, jadi kami kena berkawad dua kali seminggu (hari khamis dan jumaat). Saya sejujurnya mana tau berkawad ni semua dan malas nak berjemur tengah panas.. Tapi Alhamdulillah, I managed to survive.. huahua.. Dahlaa waktu interim tu kena masa bulan puasa.. Lagi menguji keimanan kami berkawad tengah panas sambil berpuasa.. hahaha.. tapi nak buat macam mana, dah itu yang kami kena belajar, kami hadap jelee..

Yang seronoknya, waktu minggu ketujuh interim tu, semua kumpulan dan platun yang ada untuk koko ni, kena masuk Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD). Masa ni memang nebes laa jugak sebab orang2 yang master dalam kawad ni macam tentera semua datang nk tengok.. Masa ni laa baru ada rasa nak buat kawad yang terbaik demi teammate and demi cikgu yang ajar kami berkawad. TUKAR LANGKAH!!.. hahahaha.

Terima kasih Cikgu Bakar sebab ajar saya berkawad walaupun pada mulanya saya tak rela pun.. Huhuhu..πŸ’š

UED102 - STUDY SKILLS
Subjek ni pulak subjek yang macam tak berkait dengan study kita tapi berkait dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Waktu belajar subjek ni la, kita akan tau cara nak organize masa antara belajar dan perkara-perkara lain. Lepastu subjek ni jugak dia membuatkan kita lebih familiar dengan UiTM supaya kita dapat adapt dengan situasi kat tempat baru.

Untuk subjek ni takde gred pun. Cuma ada Lulus atau Gagal sahaja. Dalam subjek ni, kami kena sediakan fail peribadi. Dalam fail tu kena isi semua nota, ilmu yang kami dapat dengan subjek ni setiap minggu. Contohnya macam first week tema dia tentang Study Organization, jadi semua notes lecturer bagi untuk minggu tu kena compile sampai minggu yang terakhir untuk submit kat certain pensyarah. Pensyarah untuk subjek ni berbeza setiap kelas tapi pensyarah tu dari fakulti course kita, macam saya pensyarah2 dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) yang akan ajar kami subjek ni. Subjek ni akan ada satu assignment iaitu kerja kumpulan di mana kami kena hasilkan satu video berdurasi 10 minit tentang beberapa tempat di UiTM kami.

KLIK SINI! kalau nak tengok video kumpulan saya.. Naikkan lah views yee.. huhuhu.. 


Bergambar kat tengah2 jalan sambil buat assignment.. Hahahaha
Disebabkan ni subjek yang rileks dan santai, majoriti semua pelajar LULUS dengan jayanya dalam subjek ini.. YEAY!!

.

Untuk artikel seterusnya, saya akan share subject Semester 1 dalam Diploma Sains Matematik.. Sehingga ketemu lagii :).

Assalamualaikum and HAVE A NICE DAY!!

Comments

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM πŸ“š (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)