CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 1 (PART 2)

Haaa.. Assalamualaikum semua!! Agak lama saya tak update cerita kat blog ni.. Lepas tengok balik post yang sebelum ni, saya stop cerita sampai kehidupan saya semasa interim je.. Jadi, content update pada kali ini adalah subjek2 yang saya ambil selama 14 minggu di UiTM Arau sebagai student Diploma Sains Matematik... Selamat membaca :)


MAT123 - FOUNDATIONS OF GEOMETRY
Tengok tajuk subjek je pun rasanya dah tau dah nak belajar pasal apa.. Kan kan?? Jadi, untuk subjek ni, saya belajar lebih banyak perkara berkaitan geometri. Basically, kalau korang faham teras geometri waktu form 4 and form 5, korang mesti boleh score subject ni.. Sebabnya, apa yang kita akan belajar adalah benda yang lebih kurang sama.. Kat bawah ni adalah topik2 yang saya belajar untuk subjek ni...

CHAPTER 1 - Introduction 
Def. of Geometry / Euclid elements / Euclid's Postulates and Theorem / Proof

CHAPTER 2 - Lines, Angles and Planes
Types of Angle / Centroid / Orthocentre / Parallel lines / Elevation and Depression Angles

CHAPTER 3 - Polygons
Names of Polygon / Theorem of Polygon / Congruence and Similarity / Perimeter and Area

CHAPTER 4 - Triangles
Types of Triangle / Medians and Altitudes / Pythagoras Theorem with proof / Sine and Cosine Rule / Heron Formulae / Perimeter and Area / Types of congruent triangle by 6 forms such as SAS, SSS and so on...

CHAPTER 5 - Quadrilaterals
Types of Quadrilaterals / Perimeter and Area / Angle

CHAPTER 6 - Circles
Theorem for Circle with proof / Area of Circle and Sector / Inscribed and Circumscribed

CHAPTER 7 - Solid Geometry
Def. of Polyhedron / Types of Basic Solid / Platonic Solids / Surface Area and Volume / Angle between a Line and Plane

Kalau korang perasan, kebanyakan subtopik dalam subjek ni mcm familiar je dgn korg.. So utk sesiapa yang bakal ambil course Science Math atau mana2 student yang bakal ambil subjek ni, korang boleh laa buat2 research pasal tajuk2 ni sebelum belajar di dalam kelas.. Ataupun lebih baik kalau korang tajamkan skill geometri form 4 and form 5 korang sebab bendanya lebih kurang sama sajee πŸ˜ƒπŸ˜ƒ.. So, good luck laa korang untuk subjek ni.. Jangan risau, insyaAllah boleh score dengan jayanya!. TETAPI!! ADA SATU TIPS DAN PERINGATAN! Dalam final exam untuk subjek ini, formula tidak akan disediakan yee.. Jadi, korang terpaksa hafal dan ingat formula2 geometri ini.. Tapi jangan lah terlalu menghafal, yang penting, fahamkan prinsip dan teori terdahulu.. Good Luck sekali lagi!!

Alhamdulillah :) Terima kasih Madam Suzanawati sebab mengajar saya banyak ilmu tentang geometri :)


MAT133 - PRECALCULUS
Haaaa.. Bila kitorg semua nampak je tajuk subjek ni, terus ternganga kitorg sebab kitorg fikir macam, "WOW! CALCULUS KOT!".. hahahaha. Tapi jangan risau.. subjek ni seriously senang sangat lagi2 kalau waktu SPM dulu, Addmath perform.. Bawah ni saya tuliskan tajuk2 yang korang akan pelajari dalam subjek ni...

CHAPTER 1 - Coordinates, Graphs and Lines
Real Number System / Inequalities / Absolute Value / Complex Number / Coordinate Geometry / Completing the Square / Circle and Parabola on a Graph

CHAPTER 2 - Functions
Domain and Range / Symmetry Test / Even and Odd Functions / Composite and Inverse Function / Solution of Equations / Logarithmic and Exponential Functions / Transformation of Graphs

CHAPTER 3 - System of Equations and Inequalities
System of Equation (2 and 3 variables) / System of Inequalites (Straight line, Parabola and Circle)

CHAPTER 4 - Trigonometry
Circular Measures / Trigonometry Ratios / Trigonometric Identities / Trigonometric Graph / Solution of Triangles

Haaaa... Sekali lagi!! Kalau korang tengok subtopik subjek ni, most of the subtopic korang dah belajar dalam Addmath dan Modern Math.. Apa yang korang nak buat kalau waktu SPM dulu, ada certain topic yang korang kurang mahir? TAK MENGAPA GAIS!! Ruang untuk perbaiki diri setiasa terbuka luas dan masa diploma inilah, korang kena kejar balik cita2 korang utk berjaya dalam bidang Matematik ni dengan belajar bersungguh-sungguh. Untuk subjek ni, korang tak perlu risau masa final exam sebab formula disediakan.. Fuhh.. Hahahahaha..

Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh A+ untuk subjek ni :) Terima kasih Madam Izleen kerana banyak mengajar saya ilmu matematik :)


STA110 - BASIC STATISTICS
Ehem.. ehem.. Kalau korang nak tau.. Subjek ni merupakan killer subjek untuk pelajar2 part 1!! Kebanyakan pelajar akan cakap yang subjek ni susah sebab setiap kali quiz atau test, markah susah nak perform.. Takpe takpe.. sebelum saya rungkaikan kenapa subjek ni susah, meh saya kongsi tajuk2 yang saya pelajari untuk subjek ni..

CHAPTER 1 - Introduction
Def. of Statistics / Types of Statistics / Basic Terms (Population, Census, Parameter)

CHAPTER 2 - Data
Def. of Data / Types and Sources of Data / Types of Variable (Quantitative and Qualitative) / Measurement Scale (Nominal, Ordinal, Interval, Ratio) / Types of Survey / Sampling Techniques (Probability and Non-Probability Sampling Techniques)

CHAPTER 3 - Describing Data
Organizing Qualitative Data (Pie Chart, Simple, Cluster and Stacked Bar Chart) / Organizing Quantitative Data (Stem-and-Leaf Plot, Histogram, Frequency Polygon, Ogive)

CHAPTER 4 - Numerical Descriptive Statistics
Measures of Central Tendency (Mean, Mode, Median) / Measures of Dispersion (Range, Variance, Standard Deviation) / Measures of Position (Quartiles) / Measures of Skewness / Coefficient of Variation / Box and Whisker Plot / Dot Plot 

CHAPTER 5 - Correlation
Scatter Diagram / Pearson's Product Moment Coefficient of Correlation / Spearman's Coefficient of Rank Correlation

CHAPTER 6 - Index Number
Unweighted Index (Simple Relative Index, Average Relative Index, Simple Aggregate Index) / Weighted Index (Weighted Aggregate Index, Laspeyres Index, Paasche Index)


Buku STA yang saya guna untuk rujukan
Kalau korang tengok subtopik2 utk subjek ni, banyak benda baru yang akan korang pelajari. Tapi secara kasarnya, Chapter 3, Chapter 4 dan Chapter 6 sudah kita belajar waktu form 4 subjek Addmath, topik statistik. Dalam matematik moden pun ada jugak. So, korang tak perlu risau. 

Tetapi! Cuba tengok subtopik yang saya taip dengan warna merah tu.. Haaa.. Bahagian tu saya rasa yang paling susah.. Nampak je dia mcm ada dua jenis sampling techniques which are probability S.T and non-probability S.T. Tapi dalam dua jenis ni, ada lagi anak2 dia.. 🀣🀣.. Sebagai contoh, untuk Probability Sampling Techniques, there are 5 types of it which are Simple Random Sampling (SRS), Systematic Sampling, Stratified Sampling, Cluster Sampling and Multistage Sampling. For Non-probability Sampling Techniques, there are 4 types of it which are Quota Sampling, Snowball Sampling, Convenience Sampling and Judgemental Sampling. Saya asyik bebel2 pasal sampling techniques.. Sebenarnya apa kejadah nya binatang tu?? Hahahaha.. Kalau kita melayukan ayat tu, sampling techniques adalah kaedah2 saintifik untuk kita pilih kelompok ujikaji daripada satu2 populasi yang besar.. Contohnya, kita nak buat survey untuk penduduk2 kat suatu taman yang ada 5 blok bangunan.. Jadi, populasi kita adalah semua penduduk taman tu.. Lepas tu, kita kena tentukan target ataupun bilangan peserta survey kita, sama ada nak buat eksperimen kat blok A je kee, kat semua blok kecuali blok D kee.. Haa, cara nak tentukan bilangan ataupun target tu laa kita kena apply sampling techniques ni.. Faham tak?? Kalau tak faham korang buatlaa research sendiri ataupun tunggu je laa belajar dalam kelas nanti.. Hahahahaha.. (Tapi kalau rajin, saya akan perlahan2 masukkan notes yg berguna utk kegunaan pelajar Dip Sains Matematik yee.. huhuhu)

Lagi satu, subjek ni agak sukar jugak sebabnya soalan kira2 untuk subjek ni, jawapan dia akan panjang2 and kalaulah masa exam korang tak ada kalkulator, seriously, takkan mampu korang survive sebab korang kena kira banyak benda and nombor dia kadang2 besar (melainkan kalau korang ada keupayaan otak macam kalkulator.. ahahahha).. Tapi dalam final exam, korang tak perlu risau sebab formula disediakan.. :)

Oh lupa lagi satu perkara.. Subjek ni akan ada satu assignment berkumpulan. Kami punya tugasan adalah kami kena buat survey on any topics.. Kami kena sediakan 40 questionnaire dan edarkan kepada sample kami (40 orang). Igt lagi masa nak siapkan questionnaire tu, sampai kena reject dengan madam 8 kali, sebab questionnaire tu tak menarik dan tak mencapai objektif.. Hahahahahaha.. Lepastu kami kena bebel dengan madam sebab satu kelas pakai sampling techniques yang sama.. Kesimpulannya rakan2, kita dalam melaksanakan satu2 kerja, kita kena kreatif dan berani untuk jadi lain daripada yang lain.. huhuhuhu.. Bukannya buat kerja nak kena suap ataupun just ikut bulat2 je apa yg diajar.. Ingat tau!! Dah masuk uni ni kena rajin sikit buat research sendiri. Dah tak boleh nak harapkan lecturer jee..

:) Terima kasih yang tak terhingga kepada dua pensyarah saya iaitu Madam Nadrah dan Madam Shazelin sebab banyak tunjuk ajar dalam subjek ni ❤️❤️

.

Akhir kata...... TAMATLAH CERITERA SUBJEK SEMESTER 1!!!!!! 🎊🎊🎊
Diharapkan sedikit sebanyak, bolehlah memberi input kepada adik2 atau anda2 yang tengah bersedia ataupun yang masih lagi membuat keputusan untuk meneruskan pengajian.. Tak rugi pun kalau korang ambil Diploma Sains Matematik sebabnya inshaAllah, boleh senang score punya lahh!!

P/S: Kebarangkalian untuk penambahbaikan silibus dan pertukaran kod subjek atau subjek itu sentiasa ada. Jadi, apa yang saya kongsi ini adalah pengalaman saya sendiri.. Jadi, kalau waktu sesi korang, silibus ditukar, maaf yee.. Hahahahha.. Tapi, doa-doalah tidak yee.. hahahahaha

Comments

  1. wow ur blog very² func thankie cuz sharing ur experience πŸ€— keep learning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for the compliment :)
      Really appreciate it >.<

      Delete
  2. diploma sains matematik ni nanti bila nak sambung degree boleh sambung degree apa? can you share apa sebenarnya arah tujuan diploma math ni di masa depan? btw katakanlah sy amik diploma sains math ni, bila degree nanti sy amik kos lain yang tak ada kaitan dengan math. boleh ke? haha sorry banyak tanya 😹
    sebenarnya sy dalam dilema, nak amik kos diploma sains matematik ke atau diploma reka fesyen. sy tengok syarat kelayakan untuk degree nanti, kalau diploma sains matematik kita boleh mintak kos yg lebih byk waktu ijazah. kalau diploma reka fesyen pulak agak terhad sikit nak sambung degree yg mana. sedihlah sikit kat situ. so sekarang sedang berkira-kira nak study yg mana. mohon sesiapa explain sikit dekat sy 😒

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM πŸ“š (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)