CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 2 (PART 2)


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ni!! Semoga kalian berada dalam keadaan sihat :) Untuk article kali ni, saya nak sambung lagi 2 subjek yang saya ambil masa sem 2 ni iaitu MAT183 dan CSC128.. Mari kita rungkaikan bersama-sama.. Ececeh. hahahaha lol..


MAT183 - CALCULUS I
Okay guysssss!! Lepas kami bertungkus-lumus untuk lulus dalam subjek Precalculus, akhirnya, kami masuk ke alam calculus yang baru... 😭... Sebab sekiranya korang gagal dalam subjek Precalculus waktu sem 1 tu, korang tak boleh ambil Calculus I sebaliknya korang perlu repeat subjek Precalculus sampailaa korang lulus.. Dua subjek ni berkait, sebab tu leee.. Okayy.. Untuk subjek ni, dia cuma ada 5 chapter je pun.. Hahahaha lima?? PUIHHHHH!! Anak-anak dia tu yang banyak dan susah.. Hahahahaha.. Tapi sebenarnya, kalau korang minat dan belajar bersungguh-sungguh, korang mesti boleh perform.. Buktinya, kelas kami ramai yang lulus dengan jayanya dalam subjek ni.. Tapi sebelum tu, jom tengok topik2 dalam subjek ni...

CHAPTER 1 - Functions, Limit and Continuity
Functions / Limits / Computing Limits with Different Types (Indeterminate Forms and Determinate Forms) / Continuity at a Point / Limit of Trigonometric Functions

CHAPTER 2 - Differentiation
First Principle of Derivative / Techniques of Differentiation / Derivative of Functions (Trigonometric, Exponential, Logarithmic) / Chain Rule / Implicit Differentiation / Linear Approximations and Differentials

CHAPTER 3 - Application of Differentiation
Rates / Analysis of Functions (Concavity, Intervals, Relative Maxima and Minima) / Maximum and Minimum Value / Rolle's Theorem / Mean Value Theorem

CHAPTER 4 - Integration
Antiderivative / Indefinite Integrals / Integration by Substitution / Definite Integrals / Fundamental Theorem of Calculus (First and Second)

CHAPTER 5 - Application of Integration
Area between Two Curves / Volume (Washer, Shell, Disk Method)

Haaa.. Waktu form 4 dengan form 5 dulu, mesti korang dah belajar kan differentiation and integration dalam Addmath? Jadi, asasnya sama jeee.. Cuma masa diploma ni, apa yang kita akan pelajari, lebih terperinci dengan tambahan ilmu baru.. Kalau korang perasan, calculus ni dia memfokuskan tentang dua elemen penting iaitu pembezaan dan kamiran sebab kedua-duanya ini adalah hati dan jiwa calculus.. Make sure asas korang dalam topik2 ni kukuh, lagi2 sebagai pelajar matematik sebab kita akan guna apa yang kita belajar dalam kalkulus ni almost dalam semua subjek sampailaa kita habis belajar..

Yang mencabarnya untuk subjek ni, takde sebarang formula akan disediakan dalam final exam.. Jadi, kaedah untuk differentiate pelbagai jenis fungsi korang kena hafal dan faham konsepnya.. Tapi jangan risau, sebab kami pada mulanya pun risau jugak.. Duk fikir macam mana laa nak survive hafal banyak2 formula.. Tapi lama-kelamaan, secara automatik kita akan terhafal semua formula tu.. Mcam kalau buat latihan je, terus tau nak pakai formula yang mana.. Sebab lecturer kami memang mengajar anak muridnya untuk sentiasa buat latihan..even dalam kelas, kami selalu diberi latihan supaya kami dapat biasakan diri dengan formula2 yang banyak..

❤️ Terima kasih madam :)


CSC128 - FUNDAMENTALS OF COMPUTER PROBLEM AND SOLVING
Walaupun nama je diploma Sains Matematik, tapi kami juga kena daftar subjek komputer ni sebab ni subjek wajib sem 2.. Mula2 fikir yang Sains Matematik ni belajar matematik je.. Rupa-rupanya kena ambil jugak subjek yang mengelirukan ni 😭😭.. Tapi takpee.. Sekurang-kurangnya, boleh tambah ilmu pengetahuan kan..

Untuk subjek ni, boleh disimpulkan yang kita akan belajar cara2 untuk buat programming dengan menggunakan software C++ sahaja.. Pensyarah kami tak menggunakan bahan rujukan.. Sebaliknya beliau lebih memfokuskan mengajar dengan cara beliau yang tersendiri.. Disebabkan subjek ni merupakan subjek programming, jadi kami akan belajar dalam makmal komputer.. Dan beliau mengajar dengan cara menunjukkan cara2 untuk melakukan programming menggunakan projector dalam makmal tu.. Lepas dah cover satu2 chapter tu, Sir Jiwa (Pensyarah CSC kitorg), akan suruh kitorg buat past year final exam, pastu cari soalan2 berkaitan programming dan cuba buat dalam C++. Nanti tetibe je dia panggil nama student randomly suruh buat kat depan. Hahahahahaha.. Saat paling mendebarkan, tapi nasib lecturer kitorg sporting and kuat melawak.. Hahahaha.. Kat bawah ni saya tunjukkan jugak antara topik2 yang kami belajar daripada syllabus content yang kami dapat...

CHAPTER 1 - Introduction
Def. of Computer Program / Importance of Programming / Characteristics of Good Program / Relationship between Compilers, Interpreters and Programs / Program Errors (Syntax, Run-Time, Logic Error) / Algorithm Design (Pseudocode, Flowchart)

CHAPTER 2 - Basic Elements of Computer Program
Basic Program Components / Identifier / Variable / Constant / Statement / Use of Standard data type (int, float, double, char, char[], const) / Use of Mathematical Predefined Function / Arithmetic Operator / Control Structure (Sequential, Selection and Repetition Structure)

CHAPTER 3 - Selection Control Structure
Relational operator (> , >= , <= , == , !=) / Logic Operator / Boolean Expression / Design Pseudocode and Flowchart for Selection Structure / One-way, Two-way and Multiple-way of Selection (if, if...else, switch...case)

CHAPTER 4 - Repetition Control Structure
Loop Control Variable / Increment and Decrements Operator / Nested Loop / (while, for, do...while) / Design Pseudocode and Flowchart for Repetition Structure

CHAPTER 5 - Function
Pre-Defined Functions / Function Prototype Declaration / Function with Parameter (Value and References)

Haaa.. Korang yang takde basic programming macam saya memang ternganga kalau tengok tajuk2 ni sebab subjek ni memang satu benda yang terlalu baru utk saya.. Selalu dok fikir macam manaa laa nak belajar benda ni.. Boleh kee saya survive? Alhamdulillah, Saya berjaya capai target saya dalam final exam.

Untuk subjek ni, akan ada tugasan berkumpulan dan individu yang mana kita kena create satu program yang melibatkan masalah seharian manusia.. Mcam buat coding untuk order makanan ke, untuk bayar bil ke dan macam2 lagi tajuk.. 
Ni contoh application untuk mini project kitorg. Team saya buat pasal printing service.. LETOPZ tu acah2 nama syarikat. Gedik jee.. hahahahaha
Ni baru berapa percent dari keseluruhan line untuk projek ni. Team saya buat sampai 378 lines.. Hahahahaha.. memang biasa project atau application yang kompleks, lebih banyak coding yang kena buat. Ada team yang sampai 1000 lines.. Tu memang pro ah tu.. Hahahahaha

Jadi untuk anda2 yang bakal ambil subjek ni, GOOD LUCK SAYA UCAPKAN.. :)

.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ni.. Untuk next article, ada 2 lagi subjek yang saya akan kongsikan kepada anda semua.. Nantikan yee semua :) HAVE A NICE DAY GUYSS!!

Comments

  1. assalamualaikum, saya nak tanya. kalau student lepasan spm yang tak ambil add math boleh tak utk ambil course dip in sains and matematik ni? btw i've read your first blog abt your journey to uitm arau until your story to sem 2 and I am curious abt that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau ikut syarat khas kemasukan UiTM untuk course CS143 ni, awak kena mendapat kepujian dalam subjek2 ni:
      1. Matematik
      2. Matematik Tambahan
      3. Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan (mana-mana satu)
      4. Bahasa Inggeris

      Maksudnya, hanya pelajar yang ambil subjek2 aliran di atas masa SPM sahaja yang boleh mohon course CS143 ni. So, kalau student tu tak ambil add math, tidak boleh lah mohon course ni :)

      Untuk maklumat lanjut, awak boleh tengok dekat laman web kemasukan UiTM kat bawah ni:
      https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2019

      Delete
  2. nak tanya, klu addmath time spm tak brape elok, bole amik ker bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak tak perlu risau tentang keputusan addmath awak. As long as ada subjek AddMath dalam slip SPM awak dan awak betul2 minat dengan matematik, awak cuba je mohon mana-mana kursus dalam bidang matematik ni :)

      Delete
  3. tolong ajar saya topik limit boleh? tak faham habuk lect ajar, saya tak amek addmath time sekolah T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kalau saya reply lambat T.T

      Kalau nak mintak tolong ajar tu, boleh je. Awak boleh contact saya melalui dua medium kat bawah ni:
      Instagram: @hazwaniesta
      Contact number: 017-7074073

      Harap menjawab persoalan awak :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM πŸ“š (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)