CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 2 (PART 3)

Haiiiiiii!!! Kerap2 saya post artikel minggu ni.. Hahahahaha.. Sebabnya saya nak habiskan cerita2 yg tergendala sebab saya tengah menunggu untuk masuk sem 4 pulak.. So, daripada tak buat apa2 cuti sem ni, moleklaaa saya share sedikit informasi.. Terluang sikit masa sayaa cuti2 ni.. Okayy... Untuk part yang last ni, saya nak kongsi 2 lagi subjek yang akan dipelajari masa sem 2 ni iaitu ECO120 dan ACC106.. Selamat membaca :)


ECO120 - PRINCIPLES OF ECONOMICS
Buku rujukan untuk subjek ECO120
Subjek ni merupakan subjek yang paling saya tak suka sebab dia benda yang melibatkan elemen membaca.. Huhuhuhu... Lagipun saya ni time SPM dulu dahlaa ambil aliran Sains sebab tak minat langsung akaun.. Tiba2 masuk course ni, jumpaa jugaakkkk subjek ekonomi... Haihh.. nak buat macam mana.. Belajar je laa nakk.. Hahahaha... Saya ni dah laa tak suka subjek2 membaca ni.. Malass.. Sebabtu ambil Sains Matematik (yang saya ingat just ada subjek kira2 je).. Rupa2nya hambikk.. Hahahahaha.. 

Tapi Alhamdulillah, saya telah berjaya mendapat keputusan dengan apa yang saya target.. sebabnya untuk final exam, kalau korang rajin buat analisis past year, bentuk soalan dia lebih kurang sama je.. Jadi, itu laaa trick nya untuk score paper ni.. Lepastu, hanya study topik yang pernah keluar past year.. Jadi, tak perlu laa nak hafal satu buku 200+ muka surat tuh.. Sebab ekonomi ni banyak tau topik yang dicover..



CHAPTER 1 - Introduction to Microeconomics
CHAPTER 2 - Demand and Supply
CHAPTER 3 - Market Equilibrium
CHAPTER 4 - Theory of Production
CHAPTER 5 - Cost of Production
CHAPTER 6 - Market Structure 1 : Perfect Competition and Monopoly
CHAPTER 7 - Market Structure 2 : Monopolistic Competition and Oligopoly
CHAPTER 8 - Introduction to Macroeconomics
CHAPTER 9 - National Income Accounting
CHAPTER 10 - National Income Equilibrium
CHAPTER 11 - Macroeconomics Problem
CHAPTER 12 - International Economics

Haa tengok banyak tak banyak.. Sebab kita berbeza dengan pelajar yang ambil course accounting.. Subjek ekonomi mereka akan terbahagi kepada dua iaitu mikro dan makroekonomi.. Tapi kita sebagai pelajar matematik, kita kena belajar dua2 jenis ekonomi tu dalam satu subjek.. Tapi, apa yang kita belajar tidaklah begitu terperinci.. Kita hanya belajar asas dan teori sahaja.. Jadi tak perlu risau.. Banyakkan latihan, InshaAllah boleh score.. :)


ACC106 - INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING
Last class bersama Madam Kartini
SEKALI LAGI!! Subjek akaun........... Seingat saya, kali terakhir belajar akaun dulu, waktu form 3.. Tu pun sebab amik aliran Perdagangan dalam subjek Kemahiran Hidup.. Dahlaa waktu form 3 tu, belajar yang simple2 pun tercungap-cungap, ni apatah lagi.. Hahahaha.. Tapi, alhamdulillah, dengan bantuan lecturer, Madam Kartini, kitorg semua perform dalam subjek accounting ni.. Saya memang tak akan lupa jasa beliau dalam mendidik saya.. Sebabnya saya masih ingat lagi, sehari sebelum paper final exam akaun ni, saya whatsapp madam sebab nak belajar last minute dengan dia.. Sebab bayangkan laa awak semua, esok dah final, tapi banyak benda yang masih tak faham dan tak reti nak buat.. Nak buat latihan pun tak reti.. Dahlaa dengan tak ada skema jawapannya. Nanti bila dah buat2 latihan, tak tahu betul ke tak sebab takde rujukan.. Tapi, lepas je jumpa face-to-face dengan madam untuk belajar apa yang ketinggalan, saya berjaya jugak akhirnya.. Setidak-tidaknya hidup saya bahagia laa jugak lepas keluar dewan exam sebab nilai duit tu balance.. Hahahahaahaha. Jadi, its better late than never guys!! Selagi ada masa, kejar kejayaan tu.. Jangan putus asa dan jangan hanya menyerah tanpa usaha 😼 Mari laa kita tengok dalam subjek ni, apoo yang kita nak belajar..


Buku rujukan untuk subjek ACC106
CHAPTER 1 - Introduction to Accouting
Def. of Accounting / Functions of Financial Statement / Accounting Cycle / Types of Business

CHAPTER 2 - Introduction to Concepts and Conventions of Accounting
Business Entity / Going Concern / Monetary / Materiality Concept / Accruals Concept / Neutrality Concept

CHAPTER 3 - Accounting Equation and Accounting Classification
Statement of Financial Position (SOFP) / Basic Accounting Equation / Effects of Transaction

CHAPTER 4 - Double Entry Principles and Trial Balance
Double Entry Rules / Ledger Entries / Trial Balance / Final Accounts before Adjustments

CHAPTER 5 - Preparation of Final Accounts and Balance Day Adjustment
Accruals and Prepayments / Bad Debts and Bad Debts Recovered / Doubtful Debts and Allowance for Doubtful Debts / Capital and Revenue Expenditure / Depreciation of Non-current Assets / Final Accounts after Adjustments

CHAPTER 6 - Bank Reconciliation Statement
Use of Banking Facilities / Update Cash Book / Reconciling the Bank Account with the Bank Statement

CHAPTER 7 - Financial Statement Analysis
Objectives of Financial Statements / Types of Ratio Analysis (Profitably, Efficiency, Liquidity Ratio) / Preparation and Interpretation

Kepada korang2 yang dah pernah ambil subjek Prinsip Perakaunan waktu SPM dulu, memang subjek ni akan jadi semudah kacang je bagi korang.. Untuk yang takde asas, terutama pelajar aliran Sains Tulen macam saya ni, korang kena fokus dan gandakan usaha korang untuk fahamkan subjek ni... Sebab dalam final exam nanti akan ada laa soalan buat Statement of Financial Position, Statement of Profit Loss semua tu.. Alaa, yang penyata untung rugi semua tu.. Untuk mengelakkan korang2 daripada tak tahu nak buat apa2 dalam final nnti, belajar laa dari awal subjek ni sebab kebanyakan student yang takde asas akan rasa subjek ni terlalu sukar, lepastu nanti dah malas nak tumpukan perhatian kat subjek ni.. Jangan sesekali ada rasa begitu.. Subjek apa sekali pun, sesukar mana sekali pun, sentiasa cuba!!! 

.

Habis sudah semester 2!!! Korang akan menduduki 4 paper untuk final exam semester 2 ni.. Sikit jee.. Jadi korang kena lebih fokus untuk score semua paper sebab korang akan ada banyak masa untuk study... Jadi, saya nak ucapkan Selamat Maju Jaya kepada anda2 yang bakal menduduki subjek2 ni ataupun yang bakal menyambung pelajaran dalam Diploma Sains Matematik ni.. Assalamualaikum dan Selamat Malam gaissss 😉

Comments

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)