Lama Tak Post!!

Hahahahaha... Kita mula dengan gelak dulu. Baru bagi salam.

Assalamualaikum semua!!! Sihat ke idok tu?? Saje laa teman tanya khabor, sebab kita kat blog ni sendu sangat. Last haritu pun update pasal ceritera sem 3. Maaflaa, hujung tahun lepas memang agak hectic bagi saya sebab tengah struggle untuk last semester diploma. So, banyak benda nak fokus, dengan assignmentnya lagi, dengan presentation semua. So masa tu kurang and terhad sikit.. Huhuhuhu..

But now, saya dah FREEE!!!! sebab Alhamdulillah, saya dah pun menamatkan diploma saya di UiTM Kampus Arau, Perlis pada tahun 2019!!! Lepas result final exam keluar pada 14/2, hari Jumaat, maka, secara official saya habiskan diploma saya.. WOOHOOO!! Seronok tak terkata. Semua sebab result exam saya yang agak memberangsangkan. 

Sepanjang sem 5 tu, saya agak risau sebab saya rasa saya belum bagi yang terbaik dekat carrymark semua, tapi tulah orang kata, lepas kita dah usaha, kita kena tawakal n redha kan. Kita serahkan je semua tu dekat di Atas sana. Yang penting kita dah usaha. Walaupun kita rasa kita tak buat yang terbaik, kita tak boleh buat apa2 pun sebab past is past kan. Apa yang boleh kita buat adalah untuk baiki usaha kita di masa-masa sekarang dan akan datang.. Apa-apa pun, alhamdulillah, saya sangat gembira sebab saya dapat habiskan diploma saya dengan ANC (Anugerah Naib Cancelor)!!




Apa yang saya dapat ni, terselit juga usaha parent saya yang banyak habiskan duit untuk saya sambung belajar kat Arau, walaupun saya duduk dekat Johor.. Setiap kali cuti sanggup travel utara-selatan, 8 jam dalam ETS, sampai kebas2 pinggul semua.. Hahaha.. But it's worth it cause finally, i can give this as their rewards sebab percayakan anak dia ni belajar jauh dari dorang.. Hahahaha.. To all of my lecturers, my teachers yang dari dulu smpai sekarang tak pernah jemu layan saya.. Nampak je mcm ni, tapi saya ni sangatlah jenis bising ye dalam kelas.. Sejenis yang tak reti duduk diam and cepat hilang fokus.. Nak ajak sembang je.. Hahahaha.. kalau member tak nak layan, sembang dengan lecturer pun jadi laa.. hahahaha.. 

Dan tak lupa juga kat kawan2 assignment yang selalu dengar kata saya untuk siapkan semua kerja. Sebab saya ni jenis kalau dapat groupwork, saya rela buat sorang-sorang ataupun saya akan offer diri sendiri untuk buat semua kerja kalau boleh lagi2 kalau ada presentation. Saya agak cerewet bila orang lain yang buatkan slide presentation. Sebab tu saya rela untuk buat semuanya.. Tapi sejak dah masuk uni ni, habit tu berubah sikit.. Saya akan agihkan kerja kat ahli kumpulan dan saya pun akan amik part saya jugak, then saya akan tolong compilekan kerja-kerja dorg menjadi satu slide ke, report ke... Hahahahaha.. Tolong compile pun kadang2 susah yee sebab kalau dapat member yang nak buat formal report ikut format pun tak reti, susah gak nak adjust balik font, nak justify balik semua.. Hahahahaha..

Tapi nak bagitau, saya bukan jenis orang yg dominan pun. Saya bukanlah gila kuasa.. Ni sebab untuk buat groupwork dalam kelompok kawan2 yang first time kenal (especially waktu sem 1), semua mesti awkward kan? Jadi, saya ni jenis yang tak reti duk diam and most of the time, saya laa yang akan mulakan conversation, pastu saya pun slow2 laa pass2 kerja.. Dan semua orang ikut je. Jadi saya pun apa lagi, teruskan je laa jadi leader dorang walaupun saya tunggu je orang lain untuk volunteerkan diri dia jadi ketua. Tapi semua diam je.. Hahahaha.. Diam tanda setuju, tak gitu?? Huhuhu. Lepas tu, bila dah naik sem2 seterusnya, semua pun dah kenal cara kerja saya, so, saya pun amik alternatif untuk pilih kawan2 saya yang saya tahu boleh buat kerja untuk jadi groupmate saya dan dorang pun okay je.. Dorang sangat faham bila datang nya sifat royan saya ni bila kerja yg saya agihkan kat dorg, dorg tak bagi ikut deadline saya.. Hahahahaha.. But most of the time, kami tak ada masalah untuk buat group assigment sebab semua sangat membantu each other.

[Sem 4] Masa kena pergi PKENPS untuk jumpa pegawai Human Resources untuk assignment MGT.

[Sem 4] Dekat Unit Kesihatan UITM Arau sebab nak collect information untuk assignment Database.

[Sem 5] Sebelum presentation depan panel untuk projek inovatif bagi subjek Entrepreneurship
[Sem 4] Ni gambar waktu sem 4 tapi dorang dua ni la groupmate saya untuk semua subjek sem 1 dengan sem 2. Tanpa bantuan dua orang yang bijaksana situ sini, saya pun tah ke mana.. Hahahaha.. Miss both of them.. ❤️❤️
[Sem 5] Sebelum keluar untuk shooting, siapkan video untuk subjek Multimedia. Kalau nak tengok kenapa saya buang tebiat pakai tudung and nak tau video apa saya buat, tengok video saya.. Tekan ni > KLIK SINI!!

Hahahahaha.. sebabtu saya kata saya ni bukan jenis dominan sangat pun, sebab kalau tengok kawan2 groupmate saya pun muka2 asyik sama jee.. So dorang dah faham sangat perangai saya... Hahahaha..

Berbalik kepada kesinambungan keputusan saya.. Sekarang ni, saya tengah tunggu keputusan untuk penerapan degree. Result akan kluar 18/2, selasa esok, jam 3 petang. Nebes sebab harap sangat dapat UITM yg dekat2 dengan rumah. Hahahaha. Doakan semua berjalan lancar ye. Terima kasih.. 😃😃😃

Apa2 pun ceritera saya sepanjang 2 dan setengah tahun saya dekat UiTM Arau ni, ni cuma untuk simpanan saya. Untuk anda2 pembaca(cewahh) di luar sana, saya doakan kalian juga berjaya dalam kehidupan anda di masa akan datang. I know all of you can do it and you can do and be better than me! Apa yang saya dapat ni, bukan tujuan untuk show off tapi untuk bagi anda semangat untuk teruskan perjuangan anda.. Berusaha selagi mampu dan jangan pernah sekali rasa nak give up lagi2 bila anda dah mulakan langkah anda.. It's okay to quit untuk beralih ke arah yang lebih tepat but it's really not okay for us to quit dan berhenti selamanya tanpa usaha untuk bangkit semula..

Semoga berjumpa di entries berikutnya.. Byee!!!

Comments

  1. Congrats and good luck ☺️ Best baca diary ni hihihi saya baru nak masuk sem 2 dekat uitm arau jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi.. terima kasih banyak2 sebab sudi singgah baca blog saya.. Anyway, goodluck kat awak!! Semoga awak terus berjaya di masa akan datang 🥰

      Delete
  2. Please sambung cerita pasal subjects sampai habis sem 5... sbb interested dgn course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay awak.. inshaAllah dalam minggu ni, saya akan sambung post yg tergendala haritu... Huhuhu 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)