CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 4 (PART 1)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Memandangkan minggu2 PKP ni saya tak de buat apa2, jadi memang kerap saya post entri2 saya. Huhuhuhu ðŸ˜„. Baiklah, untuk entri kali ni, saya nak sambung perkongsian saya berkaitan ‘Ceritera Subjek’ ni. Saya dah pun share info sampai semester 3 dalam entri sebelum2 ni. Jadi kali ni, saya akan sambung dengan subjek2 semester 4. Selamat Membaca!! ☺️

.

Okay, mulai Mac 2018, course outline sudah pun berubah untuk subjek2 sem 4 dan sem 5 (subjek2 sem 1 sehingga sem 3 masih sama). Kiranya, batch yang guna course outline baru ni adalah student yang waktu kami sem 3, junior2 sem 1 baru nak masuk. Haa.. Dak2 junior ni laa yang akan ambil subjek2 baru. Waktu tu sesi September 2018 – Januari 2019. Tapi, course outline yang baru ni berbeza sikit je. Okay, untuk sem 4, korang akan belajar 6 subjek. Oh! Lupa untuk saya bagitahu dalam entri sebelum2 ni. Tak semua subjek yang korang belajar setiap semester tu, akan ada final exam. Untuk sem 1 dan sem 3, korang hanya akan jawab 3 sahaja paper final exam (Paper final sem 1: Pre-calculus, Geometry, Statistics / sem 3: Math Logic, Calculus II, Probability). Untuk sem 2 pulak, korang akan jawab 4 final paper iaitu account, economy, programming C++ and Calculus I. Untuk sem 4 pulak… sem 4 pulak… huhuhuhu…

Untuk sem 4, keenam-enam subjek yang korang bakal ambil, semua ada final exam yee. Hahahahaha. Waktu semester ni laa semua orang akan double the stress, double the effort (kata omputeh) sebabnya jadual korang untuk free time agak packed sebab dah laa enam2 subjek ni ada final. Lepastu, assignment, project tu semua mesti ada jugak. Hahahahaha. But it’s okay. Lama kelamaan, korang akan biasakan diri. Sem ni laa baru nak rasa pengalaman sebenar jadi ‘budak uni’. Hahahaha 😂. Benda2 stress tu adalah biasa. So, masa ni jugaklah adalah peluang untuk korang belajar kawal stress dan emosi korang. Apa2 pun, kalau korang dah dapat tugasan dengan awal, buat dulu tugasan tu. Jangan pernah bertangguh sebab itu pun salah satu punca stress sebabnya bila buat last minute, mesti fikiran serabut sebab nak mengejar deadline.

Tetibe buat entri bagi nasihat pulak.. 🤣🤣 Meh saya sambung berkaitan course outline tu. Sebelum tu, korang kena tau yang untuk sem 4 dan sem 5, korang perlu ambil 2 subjek elektif (kiranya total 4 subjek elektif la). Sebab requirement untuk korang graduate daripada diploma adalah korang perlu lengkapkan minimum 90 jam kredit. Apa tu jam kredit? (Sila rujuk entri sebelum ni). Kalau korang tak cukup 90 jam kredit, korang perlu cukupkan jugak, sama ada terpaksa extend sem atau ambil lebih subjek elektif waktu last semester (ni kalau korang nak Graduate On Time. Orang panggil GOT). Untuk course CS143, credit hour memang 90 tepat. Jadi, let say laa korang tak nak ambil subjek elektif, korang hanya ada 78 jam kredit sahaja (78 kredit ni memang untuk semua subjek teras untuk CS143). Masih tak cukup 90. So, sebab tu korang kena ambil 4 subjek elektif sebab setiap subjek elektif yang ditawarkan, jam kreditnya adalah 3. Jadi, 4 subjek darab 3 jam kredit, sama dengan 12 jam kredit.

Saya bukan nak doakan, tapi katakan lah ada yang gagal dalam satu subjek elektif masa sem 4, apa yang korang perlu buat? Repeat subjek elektif tu ke? Itu terpulang atas diri korang dan budi bicara KPP kampus masing2. Kalau ikut pengalaman yang saya lihat dari kawan2 saya, KPP sarankan mereka untuk tidak repeat paper elektif tu, sebaliknya, mereka terpaksa ambil tiga subjek elektif masa sem 5. Mungkin korang rasa macam, “apahal pulak kena belajar benda baru? Repeat kan senang. At least dah pernah belajar.”. Sebab tu saya cakap, korang kena berbincang dengan KPP atau KK kampus masing2 sebab korang kena fikir jugak, adakah kelas untuk paper yang fail tu dibuka sem depannya? Macam apa yang berlaku kat kampus kami, mereka terpaksa ambil tiga subjek elektif waktu last sem sebabnya tiada lecturer dan tiada kelas yang dibuka untuk subjek yang mereka gagal. Jadi, apa2 pun, buat yang terbaik ye walaupun itu subjek elektif. Mereka yang gagal ni, saya tahu mereka boleh, cuma rezeki mereka bukan di situ ketika itu. Tapi Alhamdulillah, rakan2 saya ramai yang GOT walaupun terkandas di paper elektif. Oh! Lagi satu. Pasal result, subjek yang gagal tu still akan ada pada transkrip korang walaupun korang ganti elektif yang gagal tu, dengan elektif yang baru. Kiranya, total credit hour korang akan menjadi 93 dan bukan 90.

Sekarang, cuba perhatikan perbezaan subjek2 kat bawah ni:

Course Outline Lama (Yang saya ambil)
Course Outline Baru
MAT273
Introduction to Mechanics
MAT272
Introduction to Mechanics
MAT263
Linear Algebra I
MAT263
Linear Algebra I
ITS232
Introduction to Database Management System
ITS232
Introduction to Database Management System
MGT162
Fundamentals of Management
STA210
Statistical Method
ITT270
Digital Electronic
CSC253
Introduction to Interactive Multimedia
ASC172
Principle of Risk Management and Insurance
CSC138
Structured Programming
MGT340
Human Resource Management
ASC172
Principle of Risk Management and Insurance


MGT162
Fundamentals of Management

*Kotak yang berwarna hijau tu adalah subjek2 elektif yang ditawarkan. Korang kena pilih 2 je.

*Course outline lama tu adalah course outline yang digunapakai untuk kampus saya, Arau, Perlis. Macam utk batch kami, subjek MGT340 tu adalah elektif yang diwajibkan. Jadi, kami hanya boleh pilih sama ada nak ambil ITT270 ataupun ASC172. Ni semua keputusan pihak fakulti ye. Kiranya, korang tak boleh suka2 daftar any subjek elektif sebab mereka perlu consider kekosongan kelas dan availability of the lecturer.

*Course outline baru tu adalah course outline yang saya jumpa di laman web FSKM UITM. Subjek elektif yang ditawarkan masa sem 4, tak semestinya WAJIB diambil masa sem 4 je. Boleh je subjek2 elektif dalam jadual kat atas ni, korang ambil masa sem 5. Tapi apa2 pun, semua keputusan tu ikut KPP dan Koordinator Kursus masing2 untuk menentukan subjek elektif yang perlu korang ambil.


Okay!! Done untuk subjek elektif. Kalau korang perasan dalam jadual tu, subjek core tu masih sama je kecuali untuk subjek MGT162 (dalam outline lama) tu dah dijadikan sebagai subjek elektif dan digantikan dengan subjek baru iaitu STA210. So, dalam entri selepas2 ni, saya tak akan explain secara mendalam berkaitan subjek2 yang saya tak pernah ambil but instead, saya akan cuba beri sedikit overview berkaitan subjek2 teras yang baru ni. Untuk subjek elektif pulak, saya memang akan explain tentang subjek elektif yang memang saya ambil. Subjek2 elektif yang saya tak pernah ambil, saya tak akan explain sebabnya saya tak tahu sangat berkaitan subjek2 tu. Huhuhuhu 😅. Maaf sangat2. Tapi, korang boleh je tinggalkan persoalan korang kat bawah kalau korang nak tahu pasal subjek2 yang saya tak pernah ambil ni jugak. Nanti saya akan cuba carikan jawapan untuk korang. Atau mungkin saya akan share overview subjek2 yang tak pernah saya ambil ni daripada soalan2 past year. Saya tak boleh laah nak share macam mana korang nak access paper2 final UiTM ni sebab nanti integriti dan amanah saya sebagai seorang pelajar akan dipersoalkan pulak. Huhuhuhu. Tapi saya akan cuba bantu korang. Biar saya tolong korang carikan jawapan, kay??? 😊

.

Baiklah, sampai di sini sahaja my sharing pasal intro semester 4. In the next entry, saya akan mula share berkaitan subjek2 teras dahulu diikuti dengan subjek2 elektif, okay?? Jumpa di entri berikutnya. BYEE!!! 😊😊

Comments

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)