TIPS BUAT PILIHAN LEPAS SPM!


Assalamualaikum semua! Dalam entri sebelum ni, saya dah pun ceritakan pengalaman saya, macam mana saya lepas SPM, buat pilihan untuk sambung belajar. Now, saya nak share kat korang, beberapa tips atau info yang korang boleh jadikan sebagai rujukan untuk korang2 di luar sana dalam membuat pilihan demi future korang. By the way, apa yang saya share ni adalah daripada pandangan saya semata-mata yee. Tak semestinya korang perlu ikut atau percaya bulat2. Apa2 pun, semuanya bergantung kepada diri korang sendiri untuk membuat penilaian yang relevan dan rasional. Saya di sini hanya cuma memberi pendapat saya sahaja. Okay?? 😉 Oh, lupa saya nak bagitahu. Pengetahuan saya hanya limit untuk info berkaitan matrikulasi, STPM dan diploma (especially UiTM lah sebab saya dah menuntut di situ..) sahaja yee. Maaf, tapi kalau korang perlukan informasi lanjut, korang boleh tanya saya dan saya akan cuba bantu anda. Ataupun, you guys can make your own findings sebab jawapan yang korang cari sendiri mungkin lebih memuaskan hati korang daripada tanya random people macam saya 😊.  Plus, saya takut kalau saya tersalah bagi info. Huhuhuhu. Apa2 pun, SELAMAT MEMBACA!


TIPS 1: Tanya sendiri soalan ni, “Apa yang aku minat?”

Saya rasa lah kan, sebenarnya kita belajar banyak2 subjek di sekolah, sebab untuk beri kita semua peluang untuk discover apa yang kita minat. Kat sekolah ada banyak aliran kan, akaun laa, sains tulen laa. Jadi, korang perlu tahu subjek apa yang korang minat. Kalau korang semua minat belajar sains, jadi aliran sains tulen memang sesuai untuk korang. Lepastu, senang laa korang nak buat pilihan untuk pilih sambung belajar dalam bidang apa nanti. Tapi, korang bukan hanya boleh tahu sahaja korang minat apa. Korang kena tahu dengan lebih mendalam. Let say la kan, korang minat subjek kimia dan tajuk spesifik yang korang minat dalam subjek tu adalah topik ‘Bahan Kimia Dalam Industri’. Haa, korang boleh laa cari nanti korang nak sambung apa dengan mudah sebab korang ada clear view tentang apa yang korang minat. Dekat luar sana, banyak je institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang2 yang macam contoh saya bagi tu, seperti program Sains Kimia dan Sains Bioperubatan. Dekat UiTM sendiri, ada program Sains Polimer, Sains Gunaan dan macam2 lagi lah. Program2 dekat universiti ni memang terlalu lah banyak. Sebab tu saya sarankan korang untuk ada matlamat dan minat yang jelas supaya korang tak membuang masa dan tak salah untuk buat piihan nanti.

Ada jugak yang minat subjek keusasteraan seperti bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jadi, korang boleh mula buat research berkaitan institusi tinggi yang menawarkan bidang linguistik. Kalau dekat UiTM, ada satu unit dipanggil Akademi Pengajian Bahasa (APB). Haa, ada je banyak course bahasa dekat UiTM, lagi2 untuk bahasa Inggeris seperti TESL dan Diploma in English Communication. Bahasa Melayu pun ada jugak tau. Jadi, sebab tu korang kena tahu, subjek apa yang korang minat supaya menjadi satu langkah permulaan untuk korang buat research tentang institusi yang sesuai dengan korang.

Minat ni, bukan minat terhadap subjek jugak. Dalam kokurikulum pun, korang boleh discover minat korang. Kalau korang minat dalam bidang fotografi ke, bidang masakan ke, haa boleh jugak untuk korang cari maklumat berkaitan institusi yang menawarkan program2 sebegitu. Memang banyak. Ada je program digital, fotografi, journalism, kewartawanan, kulinari, hospitaliti dan macam2 lagi lah. Tetapi, minat2 yang saya gelarkan sebagai ‘non-academic interest’ ni agak berisiko untuk korang, sebab most of the students akan mengabaikan akademik teras kat sekolah sebab bagi mereka, “alaahhh. Gagal pun tak apa. Aku nak belajar fotografi dan skill editing bila masuk uni, bukannya nak belajar matematik.”. Haa, itu lah silapnya 😔. Pemikiran begitu salah yee. Walau apa pun sekali minat korang, pendidikan kat sekolah tu jangan korang abaikan. Sebab tu korang kena buat research. For example, kalau korang nak sambung dalam bidang hospitaliti dan kulinari, korang boleh je cari perkataan ‘course outline’ supaya korang boleh tengok, subjek apa yang korang akan belajar di uni tu. Jangan ingat korang tak kena belajar matematik apa semua ye sebab kebanyak course, memang ada subjek statistik (data management related) tau. Subjek bahasa pun boleh saya kata compulsory untuk kebanyakan course. Jadi, nak tak nak, minat korang tu ke arah akademik atau bukan, sekolah tu mesti kena habiskan dengan jayanya. Buat dengan bersungguh-sungguh. Result SPM tu penting untuk permohonan ke IPT. You might not know yang subjek2 awak belajar kat sekolah tu might help you someday.


TIPS 2: Fikir dengan teliti setiap pilihan yang ada SELEPAS tahu minat

Selepas korang dah discover minat korang, sekarang, masanya untuk korang pilih pulak laluan institusi korang. Macam dalam entri sebelum ni, saya ada cerita yang saya telah mohon lebih daripada satu pengajian tinggi yang dibuka masa tu. Saya mohon matikulasi, IPG dan juga UPU. Okay, untuk tips ni, saya akan bantu anda semua bezakan, mana satu yang sesuai bagi korang.

Sebenarnya, isu yang hangat berkaitan tempat2 institusi ni adalah berkaitan pengiktirafan sijil2 di institusi berbeza. Sejujurnya, saya sendiri kurang arif berkaitan pengiktirafan sijil2 ni dalam dunia pekerjaan. Whatever it is, bagi saya, apa yang penting adalah tahap pendidikan yang sekurang-kurangnya saya perlu capai. Pasal kebolehpasaran, pasal masa, saya tolak ke tepi dahulu (bukan tak fikir langsung, tapi put aside for a while). For me, saya memang dah aim untuk ada sijil degree (sekurang-kurangnya. Kalau ada rezeki nak sambung master dan PhD, why not kan?).  Dulu, yeee, saya risau pasal masa sebab saya rasa macam malas nak belajar lama2. Tapi, bila dah experience sendiri belajar di peringkat diploma dan degree ni, saya rasa macam tak perlu pun untuk rush sebab kita sendiri tak dapat predict masa depan kerjaya kita. Jadi, lebih baik saya take time untuk pertimbangkan balik segala keputusan. But don’t worry. Biar saya tolong bagi anda pertimbangan pasal pilihan2 yang korang akan pilih ni daripada pandangan saya. Saya ulang sekali lagi, ini Cuma pandangan saya sahaja. It’s up to you guys nak buat pertimbangan semula secara rasional. Kayyy??


PERTIMBANGAN 1: Berkaitan Tempoh Pengajian

Baiklah, ada orang kata, lebih baik lepas SPM tu masuk matrikulasi atau form 6 sebab jimat masa (roughly 1 tahun setengah je). Tempoh pengajian memang pendek sebab kalau matrikulasi, cuma ada 2 semester dan STPM pulak ada 3 semester. Kalau sambung diploma pulak, orang kata lambat nak habis sebab biasanya, diploma ada lima atau enam semester (Setiap course ada tempoh pengajian yang berbeza). Tempoh diploma roughly dalam 2 tahun setengah dan ke atas. Tapi kalau korang rajin untuk cari info, sebenarnya, tempoh pengajian tu lebih kurang sama je. Kalau ada laluan yg habis awal pun, beza dalam satu atau dua semester sahaja. Mari saya bagi contoh perbezaan mereka yang pilih matrikulasi dan diploma, kemudiannya nak sambung degree.

Katakan laa si A ni masuk matrikulasi. So, A ni akan belajar selama satu tahun (2 semester). Sekarang, si B ni pulak masuk diploma, diploma sains matematik dekat UiTM macam saya. Tempoh pengajian untuk course ni adalah 2 tahun setengah (5 semester). Lepas A dengan B habis belajar, dua2 bercadang nak sambung degree. Haa, dekat sini laa yang nak menentukan sama ada pemikiran orang ramai itu adalah betul, atau tidak. By the way, saya nak bagi disclaimer dulu, ni saya cerita untuk institusi UiTM sahaja yee sebab saya ada pengalaman kat UiTM jee 😅.. huhuhuhuh. Okay, sambung balik. Katakan lagi, si A dan si B ni nak sambung degree di UiTM dalam course yang sama, which course tu, tempoh pengajian dia adalah selama 3 tahun setengah (7 semester). Untuk pelajar lepasan matriks dan setaraf (cth: STPM), macam si A tu, dia kena mulakan degree pada semester 1. Untuk pelajar lepasan diploma UiTM pula, macam si B ni, dia akan mulakan degree dia pada semester 2 atau 3 (ni orang kata lompat semester) sebabnya ada certain subjek degree, boleh dibuat pengecualian subjek (lebih tepat, pengecualian kredit, yang saya akan share dalam masa terdekat). Jadi, itu kelebihan pelajar diploma. Tetapi, tak semua pelajar diploma lepasan UiTM boleh buat pengecualian kredit sebab dia kena ikut course jugak. Contohnya, pelajar lepasan diploma UiTM dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, mereka tidak boleh buat pengecualian kredit sekiranya mereka sambung degree dalam Fakulti Pendidikan (boleh buat pengecualian, tetapi untuk subjek teras seperti koko, CTU dan ELC sahaja). Itu pula kelemahan diploma. But the main point yang saya cuba nak sampaikan di sini, kalaulah si B tu dapat buat pengecualian kredit, maka, ketika pelajar A sedang berada di semester 4, pelajar B boleh memohon penerapan degree UiTM dan terus lompat ke semester 3 atau semester 2. So basically, nak kata orang2 di luar sana yang mempertikaikan tentang tempoh pengajian ni sebenarnya tak perlu jadi masalah pun, sebabnya beza tempoh pengajian tak jauh pun. Tak kisahlah masuk matriks dulu ke, masuk diploma dulu ke atau masuk form 6 dulu ke, semuanya sama sahaja. Apa2 pun, info yang saya bagi ni sikit je. Kalau korang betul2 berminat untuk sambung belajar, korang mesti kena buat research secara menyeluruh tau supaya korang lebih faham tentang struktur masa pengajian di semua IPT sama ada dalam atau luar negara.


PERTIMBANGAN 2: Course and Subject

Lepas korang tahu minat, korang kena tengok juga, IPT2 ni menawarkan subjek atau course yang bagaimana. Bagi saya, saya memang dah give up nak belajar sains sebab for me, bio, phy and chemistry tu, saya hanya boleh belajar masa SPM sahaja. Sebab keputusan SPM saya dalam subjek2 sains tu pun tidak memberangsangkan. Jadi sebab tu, saya menolak tawaran matrikulasi dan tak buat permohonan rayuan form 6. Lagipun, pakej2 program atau modul di matrikulasi dan form 6 adalah masih rawak. Maknanya, korang still kena belajar banyak bidang sama seperti sekolah. Subjek2 nya juga sama seperti di sekolah. Bezanya dengan diploma, konsep diploma ni dia ikut course di mana lebih spesifik dan pilihannya lebih banyak dan meluas. Kalau kita minat fotografi, ada diploma fotografi. Kalau minat matematik SAHAJA, ada banyak course yang math-related macam diploma statistik, diploma sains matematik dan diploma aktuari. Macam2 lagi sebenarnya. (saya bukan nak promote diploma ye 😅.. Saya cuma bagi pandangan saya, apa yang saya pernah lalui waktu buat pilihan untuk sambung belajar). Tapi macam saya pernah cakap sebelum ni, walaupun course diploma itu lebih spesifik, subjek2 dalam course tu meluas jugak, contohnya walaupun korang ambil diploma math, still kena belajar account, programming, even physics, but the weight tu berat kepada bidang spesifik yang kita minta la. Kita kena belajar subjek dalam bidang lain tu sebagai sampingan jee supaya anda boleh explore minat baru sepanjang pengajian dan memberi anda lebih banyak pilihan bidang bila nak sambung ke peringkat degree dan seterusnya.

Kepada mereka yang masih mencari cari minat tu, saya rasa, anda boleh consider untuk mohon matrikulasi dan tingkatan enam. Supaya korang boleh analyze bidang subjek mana yang korang minat. Kalau dulu di sekolah, mungkin tak berapa minat biologi, fizik, kimia semua tu sebab ye lah, zaman sekolah kan, masih darah muda. Tapi bila masuk matriks, baru ada kesedaran dan minat ketiga-tiga subjek sains tu. Haa, kan untung macam tu. Nanti degree, dahh senang nak buat pilihan course. Mana tau ada rezeki, korang akan lebih minat atau fokus ke satu jurusan bidang sewaktu di matrikulasi dan form 6 😊.

.

Baiklah, sampai di sini sahaja entri saya kali ni. Ni pun dah cukup panjang dah. Huhuhuhu. Kalau korang ada apa2 persoalan, korang boleh utarakan di ruangan komen di bawah. Yang bukan lepasan SPM pun takpe kalau nak tanya sebab kita kena ingat ea, pendidikan tu tiada batasan umur. Sesiapa sahaja layak dan berhak untuk menimba ilmu 😉. Whatever it is, saya doakan agar semua pembaca di luar sana sentiasa berjaya dalam setiap langkah positif yang anda lalui. BYEE!!

Comments

  1. youtube.com/videosl/betting_in-2021-gadget-free_video
    https://youtu.be/QQ5QL9km - download youtube to mp3 YouTube Search / youtube.com/videosl/betting_in-2021-gadget-free_video.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

TAHNIAH!!!! (Saya di sini boleh membantu 😉)