WEIRD HABIT; SUKA BUKU TAPI TAK BACA 😅
DISCLAIMER: Sebelum saya mula cerita saya pada entri kali ni, saya nak cakap, apa yang saya kongsikan ni semuanya atas tujuan untuk bercerita semata-mata. Sekiranya anda semua tidak berasa selasa membaca entri ini dan entri2 yang lain, saya mohon maaf awal2 dan anda mungkin boleh tutup blog saya. Saya berkongsi segala cerita kehidupan saya atas tujuan untuk berkongsi pengalaman saya semoga anda, pembaca-pembaca, dapat inspirasi dan insight daripada kisah saya. Sekian~~ Selamat Membaca ☺️ ~~
Habis je SPM, seminggu jugaklaa rasa macam menyesalllllllll sangat sebab saya rasa saya tak buat yang terbaik for my SPM. Masa ni, dah tak target dan expect apa2 pun dengan result SPM.. Redha je laaa.. My wish masa tu adalah, mesti best kalau saya boleh naik pentas masa pengumuman result.. But... Alhamdulillah, I've managed to get 1A+ 1A 5A- 2B+ dan 1B. At this moment, saya rasa bersyukurrrr sangat2 sebab dapat naik pentas. Masa result announcement tu, memang rasa bangga dan syukurrrrrr sangat2 sebab my wish have come true 🥰. Waktu ni, saya memang rasa motivated untuk teruskan usaha despite your hardships and results. And I learned to appreciate apa2 jee yang kau dapat. Jangan pernah merungut. Selagi kau usaha, kau akan rasa manisnya kejayaan kau tu sendiri, and I believe and hold to that. Walaupun kadang tu, kita rasa tak manis, but it might inspire others. Jangan pernah rasa kau adalah yang paling susah, teruk, bodoh, hina sebab kau tak tau kat luar sana tu, masih ramai yang tak berpeluang untuk atleast, get what have you achieved...
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Actually, saya sememangnya seorang yang suka belajar tapi tak pernah serius. Pelik tak? That is why, I developed a habit to collect books. Disebabkan saya memang suka belajar, saya memang suka kumpul buku latihan. Saya memang pantang kalau pergi bookstore dan saya akan berusaha untuk beli satu set buku yang sama brand buku untuk semua subjek. Name it, SASBADI, PELANGI, OXFORD FAJAR.. Semua jenama buku saya memang dah arif and I can pinpoint buku apa yang bagus (mengikut standard saya laa.. HAHAHAHA). Bila beli buku latihan, saya memang memilih dan saya boleh habiskan 24 jam dalam hidup saya kat bookstore hanya dekat section school books, even now pun. Walaupun dah habis SPM, still suka pergi dekat section buku2 sekolah sebab suka tengok bentuk buku tu, isi buku tu. Hahahaha. But, saya tak pernah suka buku cerita. HAHAHAHA.. I really hate novel and any kind of storybooks. Dulu, saya ada almari tau (macam kat gambar sebelah ni). Believe or not, 6 daripada partition tu penuh dengan segala buku reference, buku teks, buku latihan. Dekat partition bawah sekali baru saya letak beg and barang sekolah lain. Usually after school, sebelum balik rumah, saya akan jalan kaki, pergi singgah bookstore dan beli segala buku yang saya nak dengan duit belanja mingguan yang parent bagi. Duit belanja saya memang banyak berabis dekat buku. Memang sanggup ikat perut tak makan masa rehat sebab nak simpan duit beli buku.
Maybe, bagi orang lain, nampak macam, "nerd nya budak ni.. Beli buku2 banyak." and bagi orang lain jugak, maybe orang akan kata ada simpanan buku banyak tu biasa laa kan. But still, saya rasa, tak pelik kalau ada banyak buku NOVEL or buku cerita, but buku study??? Pada usia 15, 16??? Kawan2 sebaya saya will definitely having a thought that I'm a nerd (saya rasa laa). The one thing yang saya rasa menyesal because of having this habit adalah.... buku2 yang saya beli tu, saya tak pernah buat pun. HAHAHAHAHAHA 🤣. Last2, lepas habis sekolah, I did sumbangkan almost sekotak buku latihan saya yang tak berusik, bersih lagi. Sebenarnya saya takdelaa suka belajar sangat, saya cepat terdistracted. Lama jugak laa lepas SPM tu tak boleh moveon sebab rasa macam membazirrrrrr sangat beli buku banyak2, end up, tak guna pun. Even nak dekat SPM pun, saya hanya fokus on buku sekolah and buku past year SPM.. Buku latihan dengan buku rujukan lain tu, tengok gitu2 je. Hmmmm.... Memang membazir.. It should be dengan unlimited resource yang saya ada, saya mesti boleh skor SPM dengan cemerlang. It's not that saya tak bersyukur dengan keputusan SPM yang saya dah dapat ni, tapi, it's like, kau diberi peluang untuk berjaya, tapi kau sia-siakan peluang tu. It's a waste kan 😞😞??
Lepastu, saya nak share, the way I study back then, during my school period sebabnya pattern dan cara belajar saya memang sama je. Tak kisah la result teruk ke, bagus ke, saya study cara sama je, sebab memang saya seorang yang tak serius kalau bab belajar2 ni (dulu laa). Saya rasa, korang semua pun buat je benda yang saya buat ni. Kita bukan tak nak study, sebab kadang2, kita dahpun bukak buku, atas katil ke, atas meja belajar ke, kat mana2 laah celah2 ruang rumah kita... Tapiiii.... Kita sekadar bukak je lah.. Lepastu tetibe terlayan IG, FB semua sampai laa petang, sampailaa kadang2 nak maghrib, sampai membawa ke malam. Last2, tak belajar pun. HAHAHAHAHAHA 🤣🤣🤣.. Korang mesti pernah an alami benda ni. I would say, this kind of distraction, normal la kan as student (nak sedapkan hati.... HAHAHAHA). Lepastu, dengan nak lepak dengan kawan2 lagi, sebab masa2 ni, entertainment and fun is all what we need. Sampailaa tiba result PT3 (anyway, saya batch first PT3, tahun 2014)... I've got 4A 5B 1C. Masa ni, moral agak down sebab I know that I didn't work hard enough but at the same time, I wanted a good result. Obviously, kita tak boleh salahkan sesiapa kan sebab itu keputusan exam kita, bukan keputusan orang lain. Masa ni jugak, saya rasa sedih sangat2 sebab fikir yang saya takkan dapat masuk kelas aliran Sains tulen sebab I really wanted to learn ADDMATH sebab saya memang minat math terokss.. Ada je aliran Akaun yang ada Addmath tapi memang taklaaaa saya nak belajar akaun sebab saya tak minat. Waktu cuti sekolah sebelum naik form 4, saya pun duk whatsapp laa cikgu math form 3 saya, Cikgu Siti Maryam, tanya pasal aliran2 yang ada. Then, my teacher said yang sebenarnya, saya memang dah dapat tempat kat kelas Sains tulen and she's the one yang akan ajar saya Addmath nanti. Masa ni legaaaaaaa rasanya. Rupanya2, batch saya peroleh keputusan PT3 yang tak berapa memeberangsangkan sebab ye lah, first batch PT3 kan.. And we don't know what to expect. So, no surprise.
Lepas naik je form 4, terus bersemangat, berazam nak buat yang terbaik for SPM. But, guess what??? Semuanya sekejap jeee.... My exam's result keeps getting low and low. Semangat makin lama, makin hilang especially dalam subjek pure science lagi2 subjek chemistry. Puncanya sebab saya makin main2 dalam study. Tak ambil peduli langsung pasal study. Contohnya, macam chemistry tu, i've really stucked dekat satu chapter masa form 4. Tak silap, tajuk pasal garam. Memang tak faham langsung tajuk tu. Lepas2 daripada tu, membawa sampai ke form 5, saya memang tak bersungguh langsung nak study kimia. For me, apa yang saya faham, I'm gonna use that in exam dan apa yang saya tak faham, I'll leave it there. Saya takkan do extra study untuk fahamkan apa yang saya tak faham. Saya ada, memang ada semangat nak berjaya, tapi cara saya nak lawan malas tu, memang sakit laa bagi saya. I've went through a lot of mental breakdown. Despite on fighting my laziness untuk belajar, Alhamdulillah, I've got 7A 2B and 1C for my SPM trial which obviously, that C is for Chemistry. Masa dalam kelas, bila cikgu panggil nama nak bagi balik kertas trial paper tu, bila tgk je result makin lama, makin rendah, masa ni, saya rasa tersentak sangat. At that point of time, saya memang rasa I need to do something. Bukannya sebab saya rasa saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada, its just that, you know, the feeling yang kau nak yang terbaik, dan kau dah set your target, but you can't never reached it because of yourself. Kalau sebab kita memang susah nak faham ke, takpe tau... Tapi ni sebab, you have been given a lot of opportunity, but every single of it, saya lepaskan macam tu jeee.. Sebab tu laa I went through these mental breakdown.
Right after I've got my trial result, masa ni saya memang semangat. Oh! Untuk pengetahuan korang semua, I never went to any tuition or any seminar atau bengkel, unless seminar tu anjuran sekolah. It's just that my mom tak bagi. Katanya sebab nanti cepat penat dan takut sekolah terabai. Hmmm. Tak tuisyen pun, sama jee buuuu 😪😪~~~ Tapi betul la tuh, tak tuisyen pun saya dah macam tu, lagi kalau tuisyen. Sebab tu saya respect mereka2 yang pandai bahagi masa antara sekolah dengan tuisyen. Back to my story... Dengan baki masa yang ada, saya pun struggle gila2 untuk dapat yang terbaik untuk SPM. Setiap petang, lepas habis sekolah, saya akan jumpa dengan cikgu untuk catch-up balik apa yang saya tak faham. Tapi saya tak jumpa sorang. Saya ajak kawan2 sekelas yang lain, yang berminat nak join study group dengan saya, untuk study sekali lah. Sebab saya jenis mulut bising tau. So, memang tak suka and rasa cepat bosan kalau study sorang. And yahhhh.. Ini pun salah satu punca kenapa saya malas belajar dulu sebab saya cepat bosan study sorang kat rumah. Okay, kembali kepada cerita... Saya ingat lagi, saya akan sediakan soalan trial SPM dari negeri2 lain, saya sanggup fotostekan untuk kawan2 and untuk cikgu, then, set satu session untuk tutoring dengan cikgu tu. Masa ni, like two or three weeks before SPM. Masa ni jugaklaa, I realised that it's never too late to start something before the actual thing is happening.
Thennnnnn.... Minggu SPM pun datang~~ Malam sebelum paper, aktiviti setiap pelajar (jangan nak tipu eaaa~~~), akan pulunnnn study sampai ke tengah malam, kadang tu sampai tak tidur langsung laa sebab pulun study.. My last minute trick before sitting for the SPM paper adalah, malam sebelum paper tu, jangan lah korang randomly study any books. Set minda korang, buku or rujukan apa yang korang perlukan untuk korang rasa bersedia di esok hari. Adakah korang perlukan lebih bacaan (nota), adakah korang perlukan latihan untuk rasa bersedia, ataupun, adakah korang rasa korang perlu buat nota ringkas, seringkasnya untuk korang baca pagi esok, sementara nak tunggu masuk dewan. Macam saya, apa yang saya buat, saya hanya akan fokus dekat buku past year. Jangan pernah peduli, orang kata past year tak membantu laa apa laa, jangan pernah terganggu dengan statement tu. no no!! Tapi saya bukannya buat latihan past year sebab memang tak sempat laa kan. Saya mula dengan soalan objektif. Haa, soalan objektif saya buatlaa sebab just bulat-bulatkan... Lepas buat, saya tanda jawapan dengan pen merah dan cek markah paper objective saya. Bila saya buat semua set soalan objektif, saya perasan yang each year, my marks improved sebab I also noticed that soalan past year may redundant and repeated. Lepas siapkan semua set soalan objektif, then saya akan pergi ke soalan subjektif dan esei untuk baca jawapan sahaja. Tengok soalan, baca jawapan, tengok soalan, baca jawapan. And it keeps on going sampai laa saya berjaya covered semua set of past years.
Can't hide our happiness sebab dapat result yang ditarget. Dari kiri, my genius's friend, Irdina, my lovely librarian teacher, Cikgu Nik, my bff, Athirah and myself at the very right. |
Masa anugerah cemerlang, a few weeks after the result announcement. Dan masa ni, sadly, it's my last day dekat Cheras, sebelum pindah ke Johor.... |
My SPM 2016 result... 🥰 |
Sekian, sampai sini jelaa cerita saya. Macam panjang pulak. Asalnya nak cerita pasal habit saya, tetiba melalut jadi content kaunseling pulak 😅😅.. Apa2 pun, believe in yourself, jangan letakkan diri kita sendiri di tempat yang salah dan sentiasa teruskan usaha kalau kita nak berjaya. Berjaya tu tak semestinya kaya harta, kaya minda, tapi berjaya dalam mencapai apa2 yang kau impikan dari sekecil-kecil perkara, sampai lah sebesar-besar perkara. Byeeeee~~~ 🤗🤗
Comments
Post a Comment