CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 5 (PART 3)

 Assalamualaikum semua!!!

    Setelah sekian lama, sehari sehari duk pikir nak sambung blog ni. Tapi asyik malassss je~~ Maaf semua... Saya akan cuba untuk hidupkan blog saya ni dengan menyajikan anda semua dengan pelbagai informasi yang mungkin berguna untuk anda.

    Untuk entri kali ni, saya akan sambung dengan dua lagi subjek teras (masa batch saya) yang perlu diambil iaitu ENT300 dan FIN242. Untuk batch selepas kami (batch kemasukan 2018 dan ke atas), dalam course outline yang baru, korang dah tak perlu ambil subjek FIN242 ni sebab subjek ni dah diganti dengan subjek bawah bidang Stat iaitu STA220 iaitu Fundamentals of Research. Saya boleh kata yang subjek research ini adalah continuation daripada subjek STA110 yang korang ambil masa sem 1 cuma diperincikan dan ditambah dengan subtopik2 baru. Disebabkan saya tak ada basic dalam subjek ni, jadi, saya pun tak tahu la silibus bagi subjek ni dan saya pun tak berani nak terangkan, takut salah kan. Instead, saya akan explain je laa FIN242 ni.


FIN242 - FUNDAMENTALS OF FINANCE

    Korang yang baru melanjutkan pelajaran dalam CS143 ni memang beruntung sebab subjek ni jadi subjek elektif. Tapi sebenarnya, kalau saya la kan, saya memang sarankan korang untuk consider subjek ni sebagai salah satu subjek elektif sebab subjek ni memang senang nak skor. Tambahan pulak, sejak tahun lepas (waktu batch saya jawab final exam), 'FORMULA' telah diberikan dalam final, which buatkan korang nak jawab exam memang senang. Sebelum2 ni, kalau korang tengok soalan past year, formula memang tak diberi. 

    Beberapa minggu sebelum final, memang dengar rumour (Cehh..), katanya formula akan diberikan kali ni, tapi still tak percaya sebab ye lahh, tahun2 sebelum, formula x diberi, tiba2 katanya tahun ni diberi. Mestilah ada rasa cuak dan tak percaya sangat kan... So, masa tu memang pulun hafal formula. Sebelum masuk dewan exam pun, memang tak berhenti hafal formula weh. Last2, masuk je dewan, terus bukak last page senyap2, MEMANG ADA FORMULA!! Masa tu lega nokkkk. Tapi x semua formula la diberikan... Still, saya scan senarai formula tu senyap2, pastu tulis terus formula yang tak ada dalam list tu kat muka depan kertas soalan sebab takut lupa nanti.

Buku yang kami guna untuk FIN242 ni. 
Buku ni ada dalam 290 pages. 
Lengkap dengan soalan past year 
mengikut topik
.

 Haa, nak tau kenapa saya cakap paper ni senang???   Sebabnya paper ni saya boleh kata yang 90%   adalah calculation dan math. Selebihnya lagi 10% tu   teori. Memang korang akan belajar banyak pengiraan   and of course, dalam finance ni, memang ada terlalu   banyak formula yang korang kena hafal. Lebih   daripada 45 formula korang kena hafal. Cuba korang   bayangkan student2 sebelum ni yang tak diberi   formula. Memang berpeluh weh. Hahahahah. But   actually, formula2 ni sama je macam korang buat   differentiation sume tu. Kalau korang selalu practice,   korang memang akan tahu formula mana nak guna,   sekelip mata je sebab formula2 dia simple2 sahaja   dan penggunaan formula dalam finance ni agak   direct. Oklah, meh kita tengok silibus subjek ni:



CHAPTER 1 - Introduction to Financial Management and Planning 

  • Goals of the Firm
  • Financial Management Framework
  • Types of Risk and Return (Systematic and Unsystematic Risk)
CHAPTER 2 - Financial Analysis
  • Statement of Financial Position and Financial Performance
  • Sources and Uses of Fund (The Statement Sheet and Calculation)
  • Financial Ratios (Liquidity Ratio, Leverage Ratio, Efficiency Ratio, Profitability Ratio)
CHAPTER 3 - Financial Forecasting and Planning
  • Pro-Forma Balance Sheet
  • Cash Budget (Receipts, Disbursements, Net Cash Flow, Cash Reconciliation)
CHAPTER 4 - Working Capital Management
  • Current Assets Investment Policies (Relaxed Policy, Restricted Policy, Moderate Policy)
  • Working Capital Strategies (Hedging Approach, Aggressive Approach, Conservative Approach)

CHAPTER 5 - Cash & Marketable Securities Management

  • Reasons for Holding Cash
  • Cash Management Activity (Operating Cycle, Cash Cycle, Cash Turnover)
  • Marketable Securities Management (Alternative Investment [Treasury Bills, Treasury Notes, Banker's Acceptance, etc.] / Factors Influencing Choice of Securities)
CHAPTER 6 - Accounts Receivable Management
  • 5 Credit Policy, 5C's (Character, Capacity, Capital, Collateral, Conditions)
  • Credit Terms (Ex: 2/10 net 30, Net 10 EOM)
  • Collection Policy (Reminder, Follow Up, Drastic Action)
CHAPTER 7 - Inventory Management
  • Economic Order Quantinty Model, EOQ (Order Cost, Carrying Cost, Total Inventory Cost, Average Inventory, Reorder Point)
CHAPTER 8 - Time Value of Money
  • Future Values (FV, FVIF)
  • Present Values (PV, PVIF)
  • Multiple Cash Flows
  • Annuities (PVIFA, FVIFA, Ordinary Annuity, Annuity Due)
  • Different Compounding Periods (Adjustments - Annually, Semi-Anually, Quarterlu, Monthly, Daily)
CHAPTER 9 - Capital Budgeting
  • Types of Project (Independent Projects, Mutually Exclusive Projects)
  • Capital Budgeting Techniques (Discounted Cash Flow Method, Non-Discounted Method)
  • Calculation (Payback Period, Net Present Value, Internal Rate of Return)
CHAPTER 10 - Short-Term Financing
  • Discounted Loan with Compensating Balance
  • Revolving Line of Credit
  • Trade Credit
  • Commercial Paper
CHAPTER 11 - Long-Term Financing
  • Cost of Long Term Debt / Bond
  • Cost of Common Stock
  • Cost of Preferred Stock

Snippet soalan final yang saya jawab. Haa ni, soalan
untuk Chapter 2. Korang kena kira lapan2 ratio bagi
syarikat ni dan kena comapre setiap satu ratio dengan
  Industry Average yang diberi tu.. Soalan ni ada dua pecahan,
a) dengan b) tapi total marks dia adalah 20 markah.
Pecahan markah untuk paper FIN ni memang besar2.

    Dekat silibus ni, korang boleh tengok yang subtopik warna biru tu adalah teori. Teori dia memang tak susah sebab explanation nya mudah dan ada teori yang korang kena hafal or interpret graph sahaja. Untuk paper ni, selain korang diberi formula, korang juga akan diberi empat jadual nombor (macam jadual nombor yang banyak masa korang jawab paper addmath untuk soalan Taburan Normal tu). Empat jadual ni digunakan untuk topik Chapter 8. Walaupun dia bagi 4 table, tu tak bermaksud soalan bab 8 tu kluar banyak. Soalan ni biasanya keluar dalam 4 ke 5 soalan je. 

Ni soalan short-term financing yang memang korang 
kena guna formula je. Untuk setiap situasi tu, korang just 
perlu keluarkan maklumat penting, dan tengok, formula 
mana yang ada maklumat2 tu. Soalan2 FIN ni memang 
direct cuma korang kena tau je formula mana korang 
nak guna sbb formula dia ada banyak.

    Format
 paper ni, ada dua bahagian. Bahagian A ada dua soalan dan Bahagian B ada lima soalan, tapi pilih 3 je untuk dijawab. Subject ni jugak ada beberapa assessment yang lain macam kena buat video, ada juga simulationSimulation ni kiranya korang akan diberi detail financing bagi satu2 syarikat, dan korang kena apply semua apa yang korang belajar untuk kira dia punya profit, kena analisis syarikat tu punya ratio, kena sediakan pro-forma, dan macam-macam lagi.. Jadi apa2 pun, just do your best untuk selesaikan semua assessment yang diberi.


ENT300 - FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP

    Untuk pengetahuan korang, subjek ni adalah subjek wajib bagi semua pelajar UiTM. Tak kisahlah korang dari fakulti sukan ke, fakulti pengurusan ke, ENT300 ni memang perlu diambil. Cuma berbeza masa je. Ada yang ambil subjek ni masa sem 4. Ada masa sem 5. Macam kami student CS143, kami kena ambil masa sem 5.. Untuk subjek ni, end goal dia adalah 'BUSINESS PLAN PRESENTATION''. Untuk subjek ni, korang memang tak akan ada quiz, test or ujian ke apa. Sebab semua assessment untuk subjek ni adalah report, report dan report.. Itu maksudnya yang subjek ni adalah 100% continuous assessment. Yaaa. Tak ada final exam untuk subjek ni.

    Itu juga membuatkan korang tak akan belajar sangat pun dalam kelas sebab apa yang korang kena buat dalam kelas adalah siapkan report2, case studies yang bertimbun. Setiap lecturer ada cara berbeza untuk handle students kelas mereka untuk explain cara untuk execute every assessments. Okay, so let me tell perjalanan assignment ni.

    Mula2, korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu group dalam 5 ke 7 orang. Macam saya, group saya ada 7 orang. Then, lepas dah ada group, korang mesti berbincang untuk bukak satu perniagaan dan perlu menjual satu produk. Produk tu mestilah produk yang BELUM PERNAH ada kat pasaran which means, korang kena fikir satu produk yang inovatif. FYI, ni bukannya korang kena berniaga betul2 tau. Korang hanya perlu tubuhkan syarikat imaginasi korang dan korang kena buat business plan untuk syarikat korang. Business plan tu macam proposal korang sebelum bukak syarikat. So, dalam business plan ni, ada pasal sejarah syarikat korang, lokasi syarikat korang, bila syarikat korang mula beoperasi, financial flow syarikat korang, dan macam-macam lagi. Haaaaaa... Bila dah ada detail2 ni, tu maksudnya PERANAN korang adalah sebagai CEO ataupun lembaga pengarah syarikat gitu laah. Jadi nanti, ada yang jadi ketua, yang dipanggil sebagai General Manager.  Ahli-ahli kumpulan yang lain akan dipecahkan kepada 4 peranan utama lain iaitu Administration Manager, Operational Manager, Marketing Manager dan Financing Manager. Jadi, secara umumnya, satu group minimum 5 orang untuk memenuhi peranan2 wajib tu. Kalau lebih daripada 5 orang, nanti akan ada yang jadi assistant macam Assistant Operational Manager, Assistant Marketing atau Assistant Financing Manager.

    Bila korang dah ada peranan masing2, haa, korang kena act like one. Nanti, dalam business plan korang, korang kena guna no. IC tipu, alamat tipu, untuk menampakkan business plan korang ni logik. Sebab takkan laa IC korang start dengan 99, 00, tetibe boleh jadi GM kan... Membongak sangat tu.. Hahahahaha. Korang memang betul2 kena fefeeling as someone yang own syarikat tu. Oh! Lupa nak bagitau. step mula2 tadi tu, korang bukan sahaja kena fikir produk je, but you guys kena come out with nama produk dan nama syarikat korang sendiri.

    Jadi, lepas je pensyarah korang approved syarikat dan produk korang, assessment pertama adalah report 'Group Assignment' yang mana, dalam report ni,, korang kena cerita secara ringkas pasal industri yang korang pilih. Contohnya korang buat produk inovasi 'kopi segera'. So, korang kena kaji latar belakang industri pembuatan kopi secara menyeluruh. Like sejarah pembuatan kopi, negara mana yang giat meniaga kopi tu. And then dalam report tu jugak, korang kena cerita, kenapa korang pilih produk tu untuk dijual dan apa target korang untuk jangka masa pendek dan panjang tentang perniagaan korang nih. Report ni pendek je. Like dalam 8 ke 10+ pages jee... But everything in this report, korang kena explain secara detail.

    Siap jee report pertama korang, now, it's time for torture which is BUSINESS PLAN. Buat ni, seiously stress gila sebab korang macam takkan tau pun, korang kena buat apa sebenarnya. HAHAHAHAHA. You guys imagine yang tempoh belajar kita untuk satu sem adalah 14 minggu. This assignment akan mengambil masa selama 10 ke 11 minggu sebab minggu ke-13 atau 14 tu dah kena present business plan ni. 

    Macam pensyarah kami, mula2, untuk first week, dia akan panggil dulu semua GM bagi setiap kumpulan untuk dia brief, apa tugas GM dalam business plan tu. Kerja sebagai GM memang senang sebab biasanya, GM akan handle bahagian introduction SAHAJA. Cumanya, dia kena alert dan tahu SEMUA flow kerja anak2 buah dia. Then, untuk minggu seterusnya, pensyarah kami akan brief semua Admin pulak. Kerja Admin pun mudah jee. Admin ni kena sediakan satu jadual kos ofis syarikat. Macam dalam syarikat tu, nak pasang aircond berapa biji, nak meja ofis berapa, alat2 tulis ofis tu, semua kena detail je walaupun sekecil-kecil perkara. Memang like literally korang betul2 nak bukak syarikat ni... Lepas admin dah senaraikan semua barang2 keperluan ofis, dia kena sediakan laa financial punya budget, like satu aircond tu berapa ringgit apa semua. So, semua angka duit yang digunakan memang kena logik dan mengikut harga pasaran sebenar. Setiap department kena sediakan list finance tu mengikut keperluan department. Kiranya, kenapa admin kena kira harga aircond, meja semua tu, sebab usually, admin kan bekerja dalam ofis. Jadi, mereka memang akan guna semua barang2 tu. That's why diorang kena sertakan keperluan ofis dalam admin punya financial budget.

    Next, untuk marketing, korang kena buat logo syarikat, kena design prototype dan ada kira2 jugak. Kira2 tu sebab korang kena tahu yang produk korang tu, bahan yang digunakan apa, berapa harga barang2 tu, berapa kuantiti yang korang nak keluarkan, dekat mana korang nak pasarkan, kena cerita jugk kaedah dengan harga pengiklanan korang, kena tahu berapa peratusan share korang dalam industri, siapa pesaing syarikat korang dan macam2 lagi. Dipendekkan cerita, kalau korang pegang role sebagai marketing manager, memang sakit. HAHAHAHAHA. Marketing punya bahagian selalunya memang amik masa lebih dari 5 minggu untuk finalize semua benda. Sebabnya, kalau korang tukar satu je angka dalam mana-mana bahagian, marketing kena rombak balik SEMUA nilai2 yang dorang buat even korang tukar satu sen sekalipun. 

    Jadi nasihat saya untuk korang, SENTIASA tanya pensyarah korang dan SENTIASA mintak approval dari pensyarah supaya korang tak perlu nak ubah banyak2 kali. Jangan korang dah siap SEMUA bahagian, baru nak pergi cek. Assignment ni memang tak kan korang boleh buat last minute, sebab assignment ni, seriously cakap, memang mencabar. The only assignment masa diploma yang mencapai sampai 90+, even ada group yang buat sampai 100+ pages adalah subjek ENT ni.

    "alahhhh. Buat panjang2 buat apa. Chill buat simple2 dah ahhh..."

    Ehem..... Gais.... Template / format business plan ni pun sampai 50+ muka surat, so, korang expect apa? Tu template kosong tau, tak berisi maklumat, pun dah 50 lebih m/s. Kalau dah berisi, memang double double laa jawapan diaaaa..

    Saya nak sambung cerita pasal Operational dengan Financial Manager, tapi nanti entri ni jadi panjang sangat. So, kalau korang nak tau lebih2 lagi, boleh la komen kat bawah yee.. Huhuhuhuhu.. Anyway, dekat bawah ni saya sertakan link untuk korang tengok contoh business plan kumpulan saya:

CONTOH BUSINESS PLAN 'maQcase'

P/S: Business plan ni adalah sebagai contoh dan first draft complete business plan. Jadi, angka2 dalam ni memang banyak silap. So, saya share ni just untuk bagi anda overview on what does business plan actually look like.


    But on a serious note, bukan nak takutkan korang or nak suruh korang berfikiran negatif ke apa, tapi, sesiapa yang pegang role sebagai marketing, operational dan financing, mental korang kena kuat sebab korang kena ingat yang korang bukan amik ENT je masa sem 5 ni. Ada 5 subjek lain lagi korang kena fokus. So, apa2 pun, korang memang kena bekerjasama. Kalau korang baca blog ni, and korang ada sleeping partner tiap2 kali nak buat kerja, rasa korang pun boleh tahu kot apa nak buat mulai sekarang. Ingat yee! Jangan menyusahkan orang lain sebab SEMUA ahli kumpulan ni bergantung kepada SATU HASIL. Jadi, kalau sorang dah spoil, konfem2 team member yang lain akan terkesan sekali.

    Oh! One more thing. Ingat tak saya cakap yang business plan ni kena present ?? Yup! Untuk pengetahuan korang, presentation ni bukannya korang kena present dekat pensyarah masing2, yang korang boleh kawtim dengan lecturer ke apa. No no! Korang kena present business plan korang depan DUA ORANG LECTURER DARI FAKULTI YANG BERBEZA. Contohnya macam kita FSKM ni, maybe panel pensyarah kita adalah pensyarah daripada fakulti bisnes (yang lagi arif pasal business plan ni. So jaga2.. Hihihihi). Kalau tak dengan lecturer fakulti lain pun, mungkin lecturer yang mengajar subjek ENT cuma dari kelas lain. Yang penting, panel pensyarah ni memang bukan lecturer ENT korang sendiri. Itu je dah double the kenervousan kann... HAHAHAHAHA. So, bersedialah mental dan fizikal korang sebab biasanya, panel ni, kalau yang strict, memang akan attack korang dengan macam2 soalan dan diorang memang akan teliti dengan setiap detail yang korang buat dekat business plan and presentation slide korang. Jadi, good luck lah yee

Team member saya yang awesome!! Ni bergambar sebelum masuk bilik presentation. Hilangkan nervous duluu~~ Hahahahaha (Maaf laa gambar tak berapa elok. Susah nak ada gambar yang elok kalau ada semua manusia2 tak behave ni. HAHAHAHAHAHA >.<)
Dari kiri: Alif (Assistant Marketing), Jihah (Financing), Muiz (Marketing)Meee (GM), Naim (Operational), Firdaus (Assistant Operational), Tasnim (Admin)


Memang macam betul2 korang buat syarikat. Lanyard dan pemakaian blazer ni just untuk tunjukkan profesionalism untuk presentation. Digalakkan untuk korang buat laa. But kalau korang x de masa nak buat pun takpe but by doing that extra thing, might helps you guys untuk dapatkan extra marks. And that's our prototype. Kitorang buat ala2 portable rack yang boleh cabut2. Strip biru tu actually magnet. Gambar next, ada tunjuk yang benda tu boleh cabut2. So, actually, maQcase ni gabungan dua perkataan which are magnet (amik 'mag' je yang mana huruf g tu, ganti dengan q) and case. Kesimpulannya, produk kami adalah magnetic wardrobe/magnetic case. Sebabtu amat penting korang plan betul2 produk apa yang korang nak buat sebab lagi kompleks design product korang, lagi susah laa nak buat prototaip lagi2 yang involve electricity, But kalau korang punya prototaip gempak, korang memang ada high chances untuk markah tinggi tu ofc la kann, but maybe lecturer akan bagi korang peluang masuk pertandingan innovation. Who knows kan??


Actually nak tunjuk benda tu boleh cabut je, tapi gambar acah2 ni je ada. Hiks hiks....


Comments

  1. hmm tahu benda ni dh lama but sambung cerita pasal Operational dengan Financial Manager🥺

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)