ILMU TU PENTING GAIS~~~

 ASSALAMUALAIKUM dan Hi semua!!!

Lepas ceritera subjek saya dah habis, akhirnya, diploma pun dah habis... Pada mulanya, memang tak sangka saya akan habiskan belajar kat Arau ni. Selalu dok pikir, "Boleh ke aku survive ni???". Tapi, Alhamdulillah. Sepanjang 2 tahun setengah, berperang, bertungkus lumus, naik turun, sedih gembira, dapat juga saya habiskan diploma di UiTM Arau terchentaaa (gituhhhπŸ˜‚)

    Menjadi seorang student maths, apatah lagi kita ni masih di peringkat diploma, yang baru nak belajar benda2 baru ni, really gives me a whole new exposure tentang dunia ilmu ni. The most important thing that I learned throughout my journey kat Arau ni, is that, it is never too late to do something. Setiap hari, setiap minit, setiap saat, sebenarnya kita diberi peluang untuk terus berubah ATAU mulakan sesuatu benda yang baru. Lagi2 hidup belajar kau hanya fokus kat bidang math (yang mostly manusia di muka bumi ni akan cakap math ni susah), yahh, actually memang susah πŸ˜†. There is one point yang rasa memang nak give up sebab ye laah, penat wehh... Tapi bila fikir balik, dalam dunia ni, apa je yang senang kan. Jadi sebab tulah tiap2 hari memang takde chance nak rasa give up. Lagipun, kita dah mula kan perjalanan, tak kan nak berhenti tengah jalan, rasa rugi pulak. Pastu, nak belajar ni, bukan pakai air liur, semua benda free je kan. Duit makan, duit transport, duit buku, duit nak belanja benda bukan2 lagi (ehem ehem πŸ˜…). Plus, kalau jenis parent yang tanggung, macam saya ni, kita dah laa pakai duit dorang. Kalau duit sendiri, maybe tu lain cerita lah. Even kalau pinjam PTPTN ke, biasiswa ke, it's still, kita berhutang dan perlu bayar balik duit yang kita guna (unless kita ni seorang yang memang berusaha untuk dapat pointer yang bagus so that pinjaman tu boleh laa bertukar kepada biasiswa penuh kan).. So, kepada anda2 di luar sana, selagi ada peluang nak belajar, even korang2 belajar kat sekolah yang FREEE tu, tolonglah hargai peluang tu dengan belajar bersungguh-sungguh.

    I always pegang kat one of my fav lecturers punya ayat, "Dalam banyak2 bidang, (from an economic punya view) bidang pendidikan dan ilmu je yang takkan pernah down.". Lepas fikir2 balik, ada betul logiknya di situ. Ye lah, kita ni, walau macam mana sekali pun keadaan, sekolah tu wajib, penting. Dan belajar ni pun, takde penghujungnya sebab ilmu tu luas. Jadi, tak salah pun kalau kita put an effort lebih sikit kat pelajaran ni sebab it is proven penting untuk kehidupan kita. 

    Kita ni jangan cepat sangat terpedaya dengan kata-kata "alah, orang takde SPM, boleh je berjaya." ataupun "SPM tu bukan penentu masa depan pun.". Yaaa, saya tak nafikan benda ni ada betulnya. In fact dalam dunia ni ada berbilion manusia. Jadi, kebarangkalian untuk perkara2 yang nampak mustahil ni untuk berlaku, sentiasa ada. Tapi persoalannya kat sini, itu rezeki MEREKA. Adakah kita rasa kita akan jadi seperti mereka? Can you even predict your own future? Setiap orang ada impian, tapi sebenarnya, kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi pada masa depan sebabnya kita kenalah berpijak di bumi yang nyata. Setakat impian, tapi x ada ilmu, tak ada usaha untuk menuju ke impian tu, tak guna juga kan. Percayalaa cakap saya, mereka2 yang takde SPM tapi berjaya semua ni, semua ni impikan untuk ada pendidikan sempurna DAN mereka sebenarnya menimba ilmu sepanjang mereka mendaki untuk berjaya. Kalau tak, tak de laa mereka tau selok belok perniagaan, mereka tau pasal pengurusan kewangan and all. Mereka juga belajar, cuma berbeza masa. Itu tak jadi masalah sebab ilmu ni tak pernah terbatas pada had umur dan masa. Kita umur 90 pun, kita perlu menimba ilmu sebab ilmu dunia ni luas.

    Bak kata Aristotle (sebab saya belajar philosophy of Science),

    "The more you know, the more you don't know." (something like that laa)

Maksudnya, lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita belajar, sebenarnya, kita lebih banyak discover benda yang kita tak tahu. Kalau tak, takde laa proses menimba ilmu tu kan. Ye lah, kita belajar ABC, kita tahu ABC, tapi banyak lagi yang ktia tak tahu pasal ABC, macam siapa yang cipta, kenapa ditulis sebegitu rupa.. Dan bila kita belajar pasal sejarah ABC, tak semena-mena, kita akan belajar pasal tokohnya, latar belakangnya. 

    So, menimba ilmu ni memang never-ending process. Jadi sebab tu, kita ni selagi ada peluang, jangan sia-siakan peluang yang ada. Kita tak tahu masa depan kita ni jadi apa. Jadi, untuk persediaan, just belajar je lah bersungguh-sungguh di peringkat apa sekali pun. Jangan pernah berputus-asa. Berhenti rehat tu takpe, tapi jangan terlalu selesa dan berehat terlalu lama. Takut apa yang nak dikecapi tu, makin jauh dari diri. Jangan sampai one day, bila kita dah besar, dah matang, dah boleh fikir masak2, haa masa tu baru kita nak menyesal sebab tak gunakan peluang yang diberi sebaiknya (which saya rasa, most of us yang umur 20+ ke atas baru nak sedar pasal benda2 ni).

FIGHTING GUYS!!! πŸ’ͺπŸ’ͺ

LET'S BE A BETTER PERSON, SO THAT WE CAN CONTRIBUTE 'SOMETHING' TO OUR NATION! (wahhh gituhhh πŸ˜…)








Comments

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM πŸ“š (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)