RESULT FINAL NAK KELUAR DAH!! (Road to 4 Rata)
Assalamualaikum dan Hi semua!!!!
Dengar cerita, result exam nak keluar dah. 18 September 2020. Fuhhh~~ Berpeluh n nebes ni nak tau result. Nak tengok laa jugak apa hasil ODL terhadap diriku ini supaya sem depan boleh prepare untuk improve gituh.. (hahahahha acohh jee 😂).. Pastu nak tau laa jugak, apa hasil first sem degree yang berdarah niiii.. Hahahahahaha.
Masa nak tunggu result exam ni, memang saat yang mendebarkan, sebab kita tak tahu kan apa yang kita dapat (obviously laa kann.. Duhhh hazwan ni punn 😅). Sebab dulu masa sekolah, kalau kita dapat keputusan periksa, kita macam tak berapa nak kisah sangat, sebab kita tahu, alah, tak pass pun, boleh je naik tingkatan, or, alah, boleh je aku improve untuk next2 exam (pastu end up resultnya sama jeee.... 😂😂). Kali ni, ni universiti kot. Kalau tak pass, kau kena keluar duit untuk REPEAT!!! Selagi tak pass, selagi tu laa kau repeat. Itu yang serommm. Kalau free, boleh laa macam tenang sedikit (kot..). So, disebabkan tak nak membazir dan nak GOT (Graduate On Time), kita kena laa struggle untuk buat yang terbaik.
Alhamdulillah, perjalanan diploma saya smooth je. Dapat kawan2, roommate, lecturers yang memahami, yang best dan segala-galanya bagi saya cukup sempurna lah. Plus, dengan sokongan parent n family yang percayakan anak jantan dia ni belajar jauh2 seriously helps me a lot to keep on doing my best. Rasa nak nangis, nak give up semua tu biasa laa kan, like, kita ni manusia kot, ada perasaan. Tapi, cuba laa untuk tak layankan perasaan tu sangat.. Hahahaha.
Saya bersyukur sangat2 sebab saya dianugerahkan dengan ANC (Anugerah Naib Canselor) untuk diploma ni dengan pointer 3.95. Who would have thought, even me myself tak pernah expect untuk dapatkan ANC ni. Cuma adalah mimpi nak dekan setiap sem kan sebab ye lah, tak salah mempunyai angan2 yang tinggi walaupun bila dah nak hujung2 sem, tetibe impian tu bertukar kepada "harap pass je laa" real quick 😂. But seriously, saya amat bersyukur kepada-Nya kerana mengurniakan rezeki sebegini bukan untuk saya sorang, tapi untuk keluarga saya....
Ni snippet conversation dalam group kami 😆. Hahahahaha. Masing2 koyak dengan result. Tengok laa, gigih tengah2 pagi discuss what went wrong with our result. Masing2 sampai pukul 3 pagi duk mengenang nasib duka lara ni. HAHAHAHAHA. So, disebabkan rupa-rupanya satu kelas saya menghadapi benda yang sama, jadi, end up kami buat keputusan untuk bagitau sir yang mengajar kami dan itu kerja saya lah sebab saya classrep. Pukul 7 pagi lebih2 saya dah whatsapp sir tanya pasal result dan dia pun macam terkejut. Memang result tu ada mistake sebab sir sendiri cakap yang kelas saya sebenarnya takde sorang pun yang fail. Lepas bagitahu berita tu kat semua orang, everyone like macam apaa je happy dia tu including me.. Alhamdulillah, semuanya berlalu lancar je laa.
So, u guys, kalau ever hadap perkara macam ni, korang boleh laporkan dulu kat lect korang untuk kepastian. Apa2 pun pastikan berbincang dulu dengan lecturer sebab mereka yang ajar kita dan yang tahu keputusan kita. Lepastu, make sure korang ada bukti yang kukuh la. Pastikan sekukuh-kukuhnya sebelum korang report. Kumpulkan masalah, maklumat yang korang hadapi tu selengkap-lengkapnya sebab mudah kalau lecturer tu nak request apa2 bukti untuk dia bantu ubah keputusan kita. Jangan laa pulak korang terus serang HEA ke, HQ UiTM ke apa. Kang tak pasal2 daripada result boleh baiki, terus tak dilayan. Untung tak dilayan, kalau kena tindakan disiplin ke apa, haa kan lagi keruh keadaan. Apa2 pun, nak senang kata, jangan buat keputusan tak matang dan terburu-buru. Tenang jee. Selesaikan ikut tahap dan jangan cepat panik 😄. Bukan nak doakan, tapi, ni janganlaa kau sorang je yang fail, yang lain semua okay, kau nak buat aduan 😅.. You guys sebenarnya boleh expect, dengan usaha you yang banyak mana, resultnya apa... Huhuhu. Kalau kes ni, ini dipanggil sebagai 'semak semula peperiksaan' sebab sorang je kan and kalau tak silap, untuk semak semula, dikenakan bayaran, sama macam kita nak semak semula paper SPM ke PT3 semua tu.
Oh! Anyways, masa ni, dah tak pandang dah result HR yang B+ tu walaupun rasa agak sedih gak sebab ingatkan boleh kekalkan prestasi. Lagipun, saya ni lemah subjek membaca. Dah tau lemah, pastu tak nak fokus kat subjek ni. Yahh.. My own mistake... Can't blame anyone sebab masa final exam tu, saya tinggalkan banyak gak soalan tak berjawab. Redha je laa kan. Yang penting kita dah buat yang terbaik.. Hmmm..
Maka dengan itu, tamatlah sudah perjalan diploma saya sepanjang 5 semester (2 tahun setengah) di UiTM Kampus Arau, Perlis yang terchenta nii. Tempat ni banyak ajar saya untuk jadi lebih matang dan benda2 lain yang inshAllah berguna untuk saya di masa depan. Terima kasih UITM sebab bagi peluang kat saya untuk sambung pelajaran kat sana! Now, I'm currently continuing my studies dekat UiTM Kampus Seremban 3 for my degree, and I hope that I can continue the momentum yang saya dah ada ni untuk terus dan terus berjaya. I really don't know what to expect dengan result first sem (sem 3) yang akan keluar Jumaat next week (18/9/2020). Lagi2 yelah, like I mentioned earlier, lagi2 sem ni memang mencabar dengan ODLnya.. Lagi laa tak tau nak expect apa kan. Tapi, apa2 pun, saya dah prepare mental untuk bersyukur je kan..
Whatever it is, my vision in life is to give back what I know, every knowledge that were being shared with me, to the next generation pulak supaya mereka boleh kongsikan kepada orang lain, jadi, menimba ilmu itu tak akan pudar atau hilang 😄.
Dengan Madam Sharifah (Lecturer Calculus kami untuk 2 sem, sem 2 dengan sem 3), madam kesayangan kami semua (Yang sorg lagi tu laa Muiz). Ni kami bergambar beberapa hari sebelum last paper dan sebelum meninggalkan UiTM Arau untuk kali terakhir... Masa ni tengah belajar subjek ODE dengan Madam Ku Azlina sebelum paper la sebab saya ni memang jenis nak final je, memang akan jumpa lecturer, consult secara private untuk ulang kaji. Lepas je, habis belajar ODE n sembang2 sesi nasihat sikit dengan Madam Ku, terus singgah p bilik Madam Sharifah, saja sembang2 sebab rasa macam lama tak tanya khabar and jarang terserempak kat kampus tu.. Haihh... Rindu semua pensyarah masa diploma 😭😭 |
Nilaaa dia roomate kesayangan 💓. Dari kiri: Alip, Me, Naim, Daus Thanks for being my roommate, friends, foes and everything sepanjang 5 sem ni, Daus jadi roommate saya dari sem 2 sampai 5. Naim pulak, start dari sem 3 and Alip pulak jadi roommate masa last sem ni tapi tah macam mana, boleh rapat and dia memang one of my friends yang selalu give me support jugak masa2 aku tengah down dengan beberapa perkara. They're so precious to me in terms of friends laaa.. Dahlaa aku ni dulu agak skeptikal pasal kolej and all, sebab aku takut kena buli, but suprisingly, aku yang buli dorang adalah laah.. HAHAHAHA. Sampai kenkadang, dorang yang rimas dengan aku yang clingy ni 😂. Hahahaha. |
Eh! Semua tidur pulak. HAHAHAHAHA Yang dua orag ni pulak adalah kawan susah senang, kawan gosip, makcik bawang, classmates musuh sejati, teman pergi CMART, kawan shopping, besties, team assignment, dan macam2 lagi lah. I just don't know how to describe them in one sentence sebab dorang antara kawan saya yang paling precious sangat2. Knowing me, saya ni memang dari dulu, dari kecik lagi memang ramai kawan perempuan, until one point, saya rasa kurang selesa untuk ada kawan lelaki. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, baru laa ada ramai kawan lelaki sebab satunya pun, dorang ramai tak selesa dengan saya jugak just because my appearance yang nampak cem lembut kan.. And knowing me jugak, I've never give a dam* pasal how people look at me sebab ni adalah saya as long as saya tahu saya tak langgar batas. These two girls (Laila dan Mariam), has been my friends sejak dari interim okayyy! Lagilaa macam apa kan sayang as kawan 💓. Memang kalau nak pergi mana2, memang dua orang ni yang saya akan ajak dulu. Dorang ni la supporter saya paling kuat and paling supportive masa saya ada masalah. Without them yang bagi semangat kat saya, I think I would be someone that is not me right now. They did contribute something to my life, so they're part of my story. Kitorang bertiga ni, kalau korang nak tahu, group kitorg dipanggil ROYAN sebab kitorg selalu meroyan tah pape even until now 😂.. HAHAHAHA.. |
So yah!! Itulah sedikit-sebanyak perjalanan diploma saya. Terima kasih kat korang2 yang sudi baca blog saya dan tahu kewujudan blog ni. HAHAHAHAHA. Segala apa yang saya share kat sini, saya memang x de tujuan nak menunjuk but to, first, keep it as my diary, second, I wish I can inspire everyone out there dengan segala apa yang saya share kat blog ni untuk kotang terus maju. Masa depan kita, terletak kat usaha kita. Walaupun perjalanan hidup kita ni, Allah dah susun elok, tapi kalau kita sendiri takde usaha nak capai kemajuan, susah juga kan. Apa2 pun, dalam hidup ni, just do your best to strive forward dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Jangan biarkan mimpi tu sekadar mimpi, tapi jadikanlah ia sebagai suatu realiti 💗.
JUMPA LAGI DI ENTRI BERIKUTNYA! BYE!!!~~~
Hi! Congratulations, you had such great results for every semester.
ReplyDeleteThank you so muchh :) I hope u will get a successful result too in whatever u do in the future :)
Deletehye , skrg buat degree apa eh? congratz btw !
ReplyDeleteHai :)
DeleteSekarang saya belajar Computational Mathematics dekat kampus Seremban 3 untuk degree dan saya sekarang pelajar semester 6 :)
Terima kasih awak :)
congrat !!! sy masih dlm perjalanan menuntut ilmu yang kdg2 mental boleh koyak kihkih... mmg hebat laa..result gempaq... :-)
ReplyDelete