BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 2)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua!!
Dalam entri sebelum ni, saya dah pun share experience awal saya semasa menerima tawaran penerapan degree di UiTM. Saya jugak dah share beberapa tips yang boleh korang2, yang tengah menunggu keputusan penerapan ni untuk follow supaya korang boleh laa dapat sedikit insight untuk bersedia pada hari result penerapan keluar nanti 😉.
Oh! Sebelum tu, kepada student2 UiTM sekalian, tahniah saya ucapkan atas keputusan final examination korang yang keluar Jumaat lepas. I hope that apa2 sekali pun keputusan korang, korang mesti terima dengan hati yang terbuka because keputusan itu adalah usaha korang dan jangan sesekali rasa nak putus asa... Keep on doing your best till the very end of your journey, kayyyy? 🥰
Baiklah.. Kalau dalam entri yang lepas saya dah share tentang early stage masa terima tawaran penerapan, now, saya nak kongsikan berkaitan penempatan kolej n stuff. Untuk peringatan korang, disebabkan kita ni masih lagi dalam tempoh diserang Korona, jadi saya tak tahulah bagaimana prosesnya untuk pelajar2 batch intake ini. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, maybe korang boleh contact terus dengan HEA, HEP atau unit kolej kampus yang korang dapat... ataupun, korang boleh gunakan medium sosial media MPP kampus masing2 untuk dapatkan informasi dengan lebih lanjut 😊. Jadi, apa yang saya nak share ni basically my own experience, masa sebelum fasa Korona lah.. So, diharapkan korang faham lah yang cerita kita memang tak akan sama but saya akan kongsikan je lah pengalaman saya. Maybe akan ada certain part yang akan membantu korang 😅.
PENEMPATAN KOLEJ UNTUK STUDENT PENERAPAN
Tengok dekat bawah sekali ni. Besar2 dia tulis yang kolej kediaman memang tak akan disediakan.. Hahahahaha 😂... |
Jadi, kalau korang tengok surat tawaran saya kat atas ni, YUP!! Tiada penempatan kolej akan diberikan kepada student penerapan. Mungkin ikut kampus jugak lah kan, tapi from what I know daripada kawan2 kampus lain, memang kebanyakan, boleh kata semua kampus lah, memang dekat surat tawaran tu akan state yang kolej tak akan sediakan untuk student penerapan yang baru ni. I heard that one of the reason benda ni berlaku adalah sebab dorang anggap yang kita ni adalah bekas pelajar UiTM.. So, as someone yang memang dah biasa dengan UiTM, we need to be independent lah untuk cari tempat tinggal sendiri. Haa, something like that laa..
Kalau nak cerita tentang pengalaman saya, hal nak cari tempat tinggal ni memang paling mencabar lah kot.. Batch diploma (#ERUDITE) saya masih ada group Whatsapp bersama (even until now). So, kami memang banyak share maklumat dalam tu. Masa tu, memang ramai yang riuh sebab bayangkan lah, dalam masa 4 ke 5 hari tu, korang kena cari rumah sewa DAN terus menyewa yee... sebabnya memang lepas hari pendaftaran tu, korang dah kena pergi kelas macam biasa.. Like I said in my previous entry, 18hb keputusan penerapan keluar, 23hb dah kena daftar kat kampus masing2. So, korang memang diberi masa kurang daripada seminggu untuk settlekan benda2 ni 😌..
TAPI!! Jangan risau... Kalau korang google laman2 web kampus masing2 or media sosial MPP kampus korang, dorang akan provide senarai nombor telefon penyewa untuk non-resident macam kita2 ni. Jadi tak ada masalah punn.. Jangan takut2.. Apa yang penting, korang kena cepat bertindak sebab seriously, masa2 keputusan penerapan tu keluar, competition untuk dapatkan rumah2 sewa yang dekat dengan kampus semua, memang sengit laa.. Masa tu, saya memang dah tak fikir rumah tu selesa ke apa.. Yang penting dapat secure dulu tempat tinggal. Dahlaa ni first time saya nak experience menyewa tempat tinggal sendiri kan.. It took me dalam 2 hari untuk dapatkan rumah sewa yang betul2 dekat dengan kampus.
Oh! but before that, sebelum saya menyewa, saya mengambil inisiatif untuk terus contact pejabat kolej kampus Seremban untuk tanya pasal kolej, lepas tengok kat surat tawaran tu state yang kemudahan kolej tak disediakan.. Apa yang saya tanya adalah, "boleh ke student penerapan ni buat rayuan untuk mohon kolej?".. Jawapan daripada staff yang angkat call tu, memang untuk kampus Seremban (pada masa dan intake itu), kolej tak akan diberikan even buat rayuan...
But, ini untuk kampus Seremban. Kawan2 saya from different campuses pun buat benda yang sama dan share dekat dalam group Whatsapp diploma tu... From what I remember, my classmate yang dapat kampus Alor Gajah, Melaka, kampus dorang benarkan untuk buat rayuan... Kiranya, kolej dekat kampus tu masih available dan ada kekosongan lah. Jadi, student penerapan boleh mohon.. So, dekat sini nak cakap yang pasal kolej ni pun, ikut kampus mana yang korang dapat. But first, korang kena lah contact dulu pejabat kolej kampus masing2 untuk bertanyakan tentang availability kolej kat kampus tu. Kalau ada rezeki, yup, boleh la korang duduk kolej.. Tapi kena bersedia jugak ye sebab for degree ni, agak susah untuk diberikan kolej sampai korang graduate berbanding dengan pelajar diploma..
ABOUT MY RUMAH SEWA
Tempat yang saya sewa bukanlah rumah but a hostel.. It's like rumah kedai dua tingkat, tapi tingkat atas tu yang dijadikan tempat sewa.. Yang bestnya, my place ni memang betul2 sebelah UiTM.. Kalau jalan kaki pun, boleh kata tak sempat berpeluh laa 😂.. Hahahahaha.. Plus, hostel saya ni, turun2 je tangga, bawah tu kedai makan. Dekat area2 rumah kedai tu pun, ada mamak, 7-11, kedai printing yang sangat banyak.. So, memang mudah dan best laa..
Hostel yang saya duduk ni, dia sewa ikut bilik. Ada yang bilik untuk sorang, dua orang and empat orang. Macam saya, saya sewa bilik untuk dua orang.. And yah, masa degree ni, memang saya menyewa sorang je laa.. Hahahahaha.. Nak ajak kawan2 pun, ramai yang dah terpisah kan.. Plus, yang ada kemudahan transport memang prefer untuk sewa rumah sebab itu lagi better. Macam saya ni, sebab tak nak susahkan member2 dan saya memang tak ada any transportation sendiri, so, that's why lah saya pilih this hostel sebab tempat ni memang antara yang terdekat dekat dengan kampus. Jadi, boleh jalan kaki je ulang alik dari kampus ke hostel.
Jadi, sampai sini dululah entri kali ni. Next entry, saya akan kongsikan pasal bab akademik pulak iaitu tentang pengecualian kredit. Yang orang selalu duk sebut2 pasal lompat sem semua tu.. Haaa yang tu..
Diharapkan segala perkongsian saya dalam blog ni dapat memberi sedikit info untuk kebaikan anda2 yang sanggup membaca entri saya ni. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog ini 😉.
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di komen atau boleh ajukan di media sosial saya:
📌 Instagram : @hazwaniesta
📌 Whatsapp : 017-7074073
(Jangan risau, nombor telefon tu bukan nombor personal saya yee.. huhuhu)
Yang mana saya tahu, saya cuba jawabkan. Kalau saya tak tahu tu, maaf yee. Apa2 pun, terima kasih semua ❤️.
i really enjoy reading ur blog :) thank u for providing us w all these infos we might need when entering the same course as urs. therefore may i ask how does the credit transfer works n why didnt u get ur degree time to be shortened?
ReplyDeleteThanks for spending your time here, reading my blog :)
DeleteI supposedly share about the credit transfer on my next entry, but I don't have much time right now. I'm too busy with my study lately T.T
I'll try to post about the credit transfer process and stuff, probably next week :) Anyway, my course have 7 semesters in total, but then, since I am a 'penerapan' student, I did start my degree on the 3rd semester (which means I skip 2 sem and my degree period is shortened to 2 years and a half, just like diploma. Supposedly, it tooks 3 years and a half to finish the degree with 7 semesters). I hope this answer your question :)
hi hazwan, boleh saya tahu sebelum awak diterima masuk penerapan, cgpa awak (diploma) 3.5 ke atas ke? kalau cgpa 3.3 ke atas masih boleh diterima masuk ke penerapan atau tidak?
ReplyDeleteHi :) Maaf sangat2 sebab saya lambat reply T.T
ReplyDeleteYa syukur, cgpa saya atas 3.5. Awak boleh tekan link kat bawah ni kalau nak baca cerita tentang cgpa diploma saya :)
https://studydiaryofhazwan.blogspot.com/2020/09/keputusan-peperiksaan-nak-keluar-dah.html
Untuk penerapan, kelayakan untuk penerapan ni kebiasaanya kena peroleh sekurang-kurangnya cgpa atas 2.75 (kalau tak silap saya). Untuk maklumat lanjut, awak boleh terus pergi ke portal kemasukan UiTM dan semak kelayakan setiap course degree yang ada. Boleh tengok dekat bahagian 'lepasan diploma UiTM', syarat minimum untuk mohon course2 tersebut. Harap menjawab soalan awak :)