CS247 Dah Tak Ada??!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!
Dah berapa bulan rasanya tinggalkan blog ni. Sampai dah berhabuk lah π . Katanya nak rajin update entri.. Hahahahaha.. Rajin jadahhhhh~~~ Maaf sangat2 π’. Atas beberapa urusan yang tak dapat dielakkan, saya pun terpaksalaa abaikan blog ni untuk sementara waktu. Now, I'm back!! Untuk entri mengejut harini, saya nak share tentang status kursus CS247 ni.
Sejujurnya, saya pun tak berapa pasti sejak bila CS247 ni dah dihapuskan, if that makes sense. Saya perasan pun sebabnya ada lah beberapa junior saya waktu diploma tanya2 pasal permohonan penerapan diorang. Dalam masa dorang tanya2 tu, sempat laa saya promote kan suruh daftar CS247 ni π Tapi, rupa-rupanya, dalam senarai kursus yang diorang nak pilih tu, memang dah tak ada CS247 ni. Sedih rasa hati masa tu sebab sebenarnya ada banyak notes, buku2 nak diletgo kat junior2 ni sebenarnya π. Selang beberapa hari, masa dalam kelas Data Structures, my lecturer pun cakap pasal ni. Like masa tu dia membebel pasal kitorang kena fokus subjek CSC tu, al-kisahnya sebab markah test kitorang teruk HAHAHAHAHA (abaikan part ni π€£π€£). Lepastu my lecturer pun cakap, kalau kitorang fail subjek CSC tu, sem depan kitorang akan ambil sorang2 sebab kod CSC438 (Data Structures) dah jadi kod lupus dekat kampus Seremban. Maksudnya, dah tak akan ada student penerapan CS247 lagi selepas batch saya. Kiranya, batch saya adalah batch penerapan terakhir untuk CS247... Haaaa.... Jadi gitulah ceritanyaaa..
So, boleh kata yang kami (saya), adalah batch terakhir di kampus Seremban bagi kursus CS247 - Sarjana Muda Sains Kepujian Matematik Pengkomputeran. Tapi, secara alasan yang kukuhnya, saya tak tau laa kenapa kan CS247 ni dah tak dijadikan sebagai salah satu kursus di UiTM. Yang saya tahu, CS247 ni memang dah tak ada (setakat yang saya tahu).. Kenapa saya duk ulang2 benda ni?? Haa, sebabnya lepas ni dah tak relevan laa saya untuk buat content ceritera untuk every semester... Sebab tak de siapa boleh relate dah dengan cerita saya lepas2 ni π..
But no worries, guys!! I still gonna share my experience n journey throughout my degree, tapi mungkin formatnya berbeza sedikit. Maybe saya akan share tentang subjek2 yang saya ambil masa degree ni kan. Sebab walaupun korang belajar dalam course yang lain, ada jugak beberapa subjek yang sama antara course. So, yahhh. I'm going to share bout that π.
Jadi itu lah dia apa yang saya nak update dekat pembaca2 sekalian :) Semoga lepas2 ni, saya rajinlah nak post lebih banyak entry, lebih2 lagi untuk korang2 yang berminat dengan kursus2 Matematik dekat UiTM ni, atau dekat mana2 uni pilihan korang π₯°...
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di komen atau boleh ajukan di media sosial saya:
π Instagram : @hazwaniesta
π Whatsapp : 017-7074073
(Jangan risau, nombor telefon tu bukan nombor personal saya yee.. huhuhu)
Yang mana saya tahu, saya cuba jawabkan. Kalau saya tak tahu tu, maaf yee. Apa2 pun, terima kasih semua ❤️.
Comments
Post a Comment