CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 4 (PART 2)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua!! Korang semua
sihat? Saya doakan korang semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Baiklah. Dalam entri sebelum ni, saya dah pun terangkan
berkaitan course outline baru dan berikan sedikit penerangan tentang
subjek2 elektif. Dalam entri kali ni pula, saya akan terangkan berkaitan 3
subjek teras yang tidak berubah dalam course outline baru iaitu MAT272,
MAT263 dan ITS232. SELAMAT MEMBACA!! 😄
MAT272 – INTRODUCTION TO MECHANICS
Kepada sesiapa yang pernah ambil fizik masa sekolah, mungkin
korang tak akan ada masalah untuk subjek ni sebab sekurang-kurangnya, korang
ada asas. To those yang tak pernah ambil fizik pun, tak akan jadi
masalah untuk korang belajar dari asas sebab subjek ni memang akan ajar korang yang
basic2 dan simple2 jee. Untuk yang ambil fizik tu (tapi rasanya,
subjek sains biasa ada kottt), korang mesti familiar dengan Chapter 2
form 4 iaitu tajuk tentang Daya dan Gerakan. Bezanya dengan mechanics,
fizik kat sekolah tu, tu adalah subjek sains. Jadi, fizik memang fokus dengan
teori dan bahagian matematik, sikit je. Tapi dalam mechanics, semuanya
adalah pengiraan. Oh! Lagi satu, mechanics ni juga adalah gabungan
dengan tajuk vektor dan tajuk motion along straight line dalam Add
Math. Haa.. Moh kite lihat tajuk2 nya:
CHAPTER 1 – Vector Algebra
- Concepts of Vector in 2 Dimension <x, y> and 3 Dimension <x, y, z>
- Parallelogram Law of Addition
- Scalar Product and Cross Product
- Unit Vector
- Direction Angles and Direction Cosine
CHAPTER 2 – Velocity and Acceleration
- Motion in Straight Line / Horizontal Motion (v = u + at, s = ut + ½at2, etc.)
- Vertical Motion under Gravity
- Projectile (Combination of horizontal and vertical motion)
CHAPTER 3 – Newton’s Law of Motion
- Newton’s First Law of Motion (F = ma where a = 0 since objects is at rest or move with constant velocity)
- Newton’s Second Law of Motion (F = ma where a ≠ 0)
- Newton’s Third Law of Motion
- Pulley Systems
CHAPTER 4 – Vector Component and Vector Resultant
- Resultant of Two Forces and More
- Angles between Forces
- Resolving Force using Component
- Triangle of Forces
- Lami’s Theorem
- Equilibrium Forces
CHAPTER 5 – Friction
- Coefficient of Fraction
- Rough Inclined Plane
CHAPTER 6 – Moments
- Moment of a Force
- Parallel Forces in Equilibrium
CHAPTER 7 – Calculus in Mechanics
- Motion on i – j plane
- Velocity and Acceleration as a Function of Time (a = dv/dt)
- Velocity and Acceleration as a Function of Displacement
- Acceleration as a Function of Velocity
Susunan2 topik untuk subjek ni mungkin berbeza mengikut lecturer
sebab topik2 yang saya share ni adalah susunan daripada lecturer
saya sendiri. Tapi, content nya masih sama. Untuk subjek ni, korang tak
akan ada lab, experiment ke apa sebab korang basically
memang belajar pengiraan sahaja. Dalam final exam, tiada sebarang
formula akan diberikan.
Snippet soalan final exam waktu sesi saya. Happy bila soalan ni keluar sebab sempat revised betul2 sebelum masuk dewan exam soalan no. 5 tuh. Sebab soalan tu jarang keluar final. |
Lupa untuk saya ingatkan yang subjek ni juga ada pre-requisite
subjek ye iaitu subjek Calculus I sebab kemahiran calculus ni akan digunakan
dalam tajuk akhir subjek ni iaitu Calculus in Mechanic. Basically,
topik ni memang sebijik dengan topik Add Math yang Motion along
Straight Line tu. Proses dari displacement ke velocity ke acceleration
kena differentiate, semua sama. Tapi, apa yang korang belajar di sekolah
tu pun hanya basic differentiation dan integration. Kalau korang baca
entri yang ni [CERITERA SUBJEK SEMESTER 3 (PART 3)], mesti korang akan tahu kenapa pre-requisite untuk
subjek ni adalah calculus. Sebab bila masuk uni, korang akan belajar pelbagai
cara integration, terutama yang paling basic, bagi kami as
student math adalah teknik integration by substitution. Teknik integrate
ni bukannya teknik jalan mudah macam korang selalu buat dalam equation, simbol
tolak kalau pindah kanan jadi tambah semua tu. Bukan yee. Ataupun jalan mudah
untuk darab nombor dengan dua digit, pakai teknik darab kotak2 silang semua tu.
Bukan, bukan. Teknik2 yang korang belajar dalam calculus ni adalah teknik yang
memang perlu digunakan untuk solve satu2 expression yang rumit
dan tidak boleh dikamirkan dengan cara paling asas. Contohnya, korang tak akan
boleh kamirkan expression yang macam ni, ∫
x / (4x2 + 16) dx sebabnya satu, korang dah tak boleh simplify
to the simplest form lagi (kecuali factorise denominator jadi 4(x2
+ 4). Lepas tu korang still tak boleh buat apa2). Sebab kedua, term yang
berada sebagai denominator tu adalah bukan dalam bentuk constant
(whole number la kalau nak senang faham) tetapi dalam bentuk expression
dengan kehadiran unknown. So, salah satu cara nak integrate dia,
korang kena guna kaedah integration by trigonometric substitution dan
jawapan akhir kepada kamiran contoh tu adalah -1/4 ln (2 / √(x2 + 4)) + c. Haa, jadi
faham kan yang teknik2 korang belajar ni bukan jalan pintas tetapi sebaliknya
adalah step atau cara korang nak solve satu2 integral.
Jadi, expression2 macam ni, korang akan jumpa kat chapter last
subjek mechanics ni. Jadi, itulah dia…
Minum air
jap… 🥤
OHHH!! Dari entri pertama tentang subjek2, ni saya tak
pernah mention pasal satu perkara ni. FINAL EXAM UNTUK SUBJEK2
CS143, DURASI EXAMNYA ADALAH 3 JAM. Yaa! Korang tak salah baca. Semua paper
memang 3 jam. Calculus, economy, account, programming semua
tu memang 3 jam ye gaiss (kecuali Calculus II sebab saya pernah sembang2 dengan
lecturer yang pernah ajar saya Calculus, dia kata mulai sesi Mac
2018, paper Calculus II, durasinya 2 jam sebab pemberat assesment
berubah kepada 60% continuous dan 40% final. Waktu batch
saya, masih lagi 3 jam. Tapi jangan risau. Calculus II 2 jam tu, soalan dah
dikurangkan. Jadi, beruntunglah korang2 yang merasa Calculus II 2 jam nii.
Jeles sebentar 😑. Hehehehe). Jadi, setakat korang kata
Sejarah Kertas 3 SPM tu penat menulis laah, banyak sangat soalan lah, apa lah…
Dekat universiti ni, benda2 tu adalah biasa jee. At least Sejarah Kertas
3 tu boleh refer buku semua. Kat UiTM, SUBJEK MATEMATIK 3 JAM WOII!! 🤣🤣
Ahahahahah. Memang penat dan menggelebah lagi2 kalau sem tu soalan dia susah.
Jadi, berusaha lah untuk belajar manage masa yee sebab kat uni, masa
adalah segala-galanya. Gituuuu~~
MAT263 – LINEAR ALGEBRA I
Jujur saya katakan, subjek ni adalah antara subjek math
yang mudah untuk sem 4 (sebab subjek math untuk sem 4 hanyalah mechanics
dan linear). Kenapa nama dia algebra I? Sebabnya, linear algebra II,
korang akan jumpa kalau korang sambung degree nanti. Huhuhuhu. Okay… Dalam
subjek ni, apa yang korang belajar adalah basic berkaitan matriks dan
set. Alaaa~ Matriks yang korang belajar dalam Matematik Moden tuu. Haa, tapi
yang korang belajar tu hanya berkaitan cara tulis matriks, operasi aritmetik
melibatkan matriks (tambah, tolak dan darab sahaja. Sebab matriks tak boleh
dibahagi yee), matriks songsangan, matriks identiti dan penyelesaian sistem
linear menggunakan matriks. Jadi, apa yang korang belajar kat sekolah tu cuma merangkumi
dalam Chapter 1 dan Chapter 2 je dalam linear algebra ni. Nak
tau apa lagi chapter2 yang lain?? Moh saya tunjuk:
CHAPTER 1 – Matrices
- Introduction to Matrices (Row, Column, Notation 'm x n’)
- Types of Matrices (Identity Matrix, Square Matrix, Diagonal Matrix, Triangular Matrix, etc.)
- Basic Operations on Matrices (Addition, Subtraction, Multiplication, Transpose)
- Properties of Matrix Operation (AB ≠ BA, (AT)T = A, etc.)
CHAPTER 2 – Systems of Linear Equation
- Elementary Row Operations, ERO Method (unique
solution, infinitely many solutions, no solution)
- Row Echelon Form, REF and Reduced Row Echelon
Form, RREF
- Gauss-Elimination Method and Gauss-Jordan
Elimination Method
- Terms (Homogeneous, Non-homogeneous, Trivial
Solution, Non-trivial Solution)
- Inverse Matrix (By Definition [only for 2 x 2
matrix only], Using ERO)
- Elementary Matrix (EkEk-1Ek-2…E1A
= I, etc.)
CHAPTER 3 – Determinants
- Introduction to Determinants (|A|)
- Cofactor Expansion
- Adjoint Method (to find inverse matrix)
- Cramer’s Rule
- Properties of Determinants
- Application of Determinants
CHAPTER 4 – Vector Spaces
- Vector in Rn
- Real Vector Spaces
- Subspaces
- Spanning Set and Linear Independence
- Basis and Dimension
- Row Space, Column Space and Nullspace
- Rank and Nullity
CHAPTER 5 – Linear Transformation
- Introduction
- Kernel and Range
- One to One Transformations and Onto Transformations
- Inverse of Linear Transformation
CHAPTER 6 – Eigenvalues and Eigenvectors
- Introduction
- Finding Eigenvalues and Eigenvectors
- Diagonalization
Snippet soalan final exam waktu sesi saya jugak. Soalan sesi June 2019 |
Bagi saya, start je belajar Chapter 4, agak
pening sikit sebab benda2 tu memang sangat baru dan kalau korang miss
sekali (like tak datang kelas sekali or kalau tak faham, just senyap
jee), memang susah nak catch up balik sebab dia berkait-kait. Walaupun
jalan kerja dia mudah2 je, tapi, kalau korang tak faham dan tertinggal any
important key, memang korang kena struggle. So tips dia,
korang kena terus bertanya dengan pensyarah kalau korang tak faham mana2
bahagian sebab memang jujur saya cakap, saya memang blur ketiga-tiga chapter
last tu sebab ayat dia memang berbelit belit dan banyak theorem, terms
yang perlu dihafal. Untuk subjek ni, tiada sebarang formula akan diberikan
dalam final exam sebab basically subjek ni bukannya kepada
pengiraan sangat, tetapi lebih kepada teori.
ITS232 – INTRODUCTION TO DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS
Kepada sesiapa yang belajar subjek Asas Sains Komputer waktu
sekolah menengah dulu, mesti familiar dengan subjek ni. Bagi saya, saya
iktiraf subjek ni as subject killer sebab saya memang kurang
minat subjek ni 😪. Satu sebab dia subjek
membaca. Kedua sebab subjek ni memang berbeza dengan programming yang
saya minat. Walaupun dia ada hint2 macam programming sebab kena enter
certain command untuk run satu2 permintaan/soalan, tapi subjek ni
memang berbeza bagi saya. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk faham
subjek ni. Kepada korang2 yang tak tahu database ni pasal apa, saya
boleh analogi kan macam ni. Selalunya, kita selalu simpan data2 privacy
dalam buku log, contohnya dalam tu ada nama, no. ID, no. kad pengenalan dan
macam2 lagi info. Jadi, untuk transfer data2 bertulis dalam buku ke
dalam bentuk digital bukanlah satu kerja yang mudah. Sebab tu kita kena belajar
database supaya data2 yang kita masukkan semua tu tidak redundant
dan macam2 lagi lah sebabnya. Nanti, bila kita dah ada satu sistem data, cara
kita nak acquire data2 tu pun ada command tertentu mengikut software
apa yang kita guna. Untuk silibus kita, korang memang akan guna software
IBM DB2 dan Microsoft Visio. Jom kita tengok topik2 dalam subjek ni:
CHAPTER 1 – Database Concepts
- Introducing Database
- The Importance of Database Design
- Evolution of File System Data Processing
- Problems with File System Data Processing
- Database Systems
CHAPTER 2 – Data Models
- Data Modelling and Data Models
- The Importance of Data Models
- Data Model Basic Building Blocks
- Business Rules
- The Evolution of Data Models
- Degrees of Data Abstraction
CHAPTER 3 – The Relational Database Model
- Logical View of Data
- Keys (Primary Key, Foreign Key)
- Integrity Rules
- The Data Dictionary and the System Catalogue
- Relationships within the Relational Database
- Database Redundancy
- Indexes
CHAPTER 4 – Entity Relationship (E-R) Modelling
- Basic Modelling Concept
- ER Diagram, ERD
- The Challenge of Database Design
- Extend ERM up to Disjoint and Overlapping Constraint
CHAPTER 5 – Normalization of Database Table
- The Need for Normalization
- Normalization up to 3NF
- Denormalization
CHAPTER 6 – Database Design
- Changing Data into Information
- The Systems Development Life Cycle (SDLC)
- The Database Life Cycle (DBLC)
- DBMS Software Selection
- Database Design Strategies
CHAPTER 7 – Structured Query Language (SQL)
- Introduction
- Data Definition Commands
- Data Manipulation Commands
- Queries
- Advanced Data Definition Commands
- Advanced Select Queries
Group member untuk project |
For this subject, korang akan ada lab session.
Sepanjang 14 minggu korang belajar, kelas lecture dan tutorial,
korang akan belajar laa teori Chapter 1 sampai Chapter 6. Tapi, throughout
14 minggu tu jugak, special dalam kelas lab, korang akan belajar Chapter
7 sebab nanti, korang kena buat satu group project (assignment) berkaitan SQL tuh.
Assignment kitorg, kitorang perlu pergi mana2 department dalam UiTM
yang offer dan ada simpanan data supaya korang boleh create satu system
data untuk department tu. Macam kumpulan saya, kitorang pilih Unit
Kesihatan (UK) as kitorang punya tempat assignment la. Jadi, kami
kena pergi interview staf2 dekat UK dan tanya macam mana data seorang
pelajar diambil, macam mana dia disimpan, senarai ubat-ubatan dan macam mana
ubat-ubatan yang mereka terima, direkodkan dalam sistem diorang. Jadi, dari
situ, kami kenalah set up satu database dan kami juga kena
sediakan 10 SQL sendiri berdasarkan data2 kami.
Lepas dah siap data semua, kitorg kena create 10 SQL sendiri beserta penyelesaiannya. Lagi complex SQL tu, lagi banyak markah akan korang dapat. huhuhuhuhu. |
Untuk final exam jangan risau, sebab ada soalan
objektif ye. Hahahahaha 🤣. Tapi ada 20 soalan je.
Bahagian2 yang lain semuanya subjektif ye. Jadi apa2 pun, do your best
dan pastikan korang buat yang terbaik.
Jadi, sampai di sini sahaja lah perkongsian saya untuk
subjek2 core dalam semester 4 (tapi ada stau lagi subjek core.. Saya
explain kat next entry yee.. 😚). Sehingga berjumpa
lagi dalam entri seterusnya.. BYEE!!!! 🥰
Menarik infonyaa, terima kasih sudi berkongsii
ReplyDeleteTerima kasih juga sebab sudi singgah dekat blog saya :)
Delete