CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 4 (PART 3)

Assalamualaikum semua dan Selamat Sejahtera semua!!! Anda semua sihat?? Saya kat sini doakan pembaca-pembaca blog saya ni sihat2 semuanya. Lagi2 di waktu negara kita dilanda wabak COVID ni, haih.. Sungguh merisaukan. Apa2 pun, korang2 semua tolong tolong tolongggg jaga kesihatan dan kebersihan diri. Jangan lupa pakai hand sanitizer dan sentiasa utamakan hygiene, okay???!! Oh, lagi satu! Saya juga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua muslimin dan muslimat. Walaupun harini dah raya ke berapa tah (dah lost count dah. Hahahaha ðŸ˜…😅), tapi still dalam masa raya kannnn?? Jadi, takde laa lambat mana pun saya wish. Hahahaha.

Sebenarnya, saya bercita-cita nak sambung update blog saya bulan lepas. Tapi, masa memang tak mengizinkan... (ceh.. drama gila ayat. hahahahaha ðŸ¤£ðŸ¤£). Tapi seriess.. Memang tak sempat sebabnya bulan lepas, kitorg as student UiTM dah pun start online class. Jadi, memang busy nak sambung kejar due-date assignment semua, dengan nak study for quizzes and tests lagi. Hmm.. Now, ada masa sebelum cuti raya kami habis, saya sambunglaa update satu entri buat masa ni ye. Harap korang semua bersabar dan setia menunggu.. Cehh.. Fefeeling buat mcm ayat blogger terbaik. HAHAHAHAAH..

Baiklah. Dalam entri sebelum ni, saya dah pun share berkenaan tiga subjek core yang perlu korang ambil, tak kisah laa course outline baru ke, lama ke, ketiga-tiga subjek yang saya explain dalam entri ni >> [ CERITERA SUBJEK SEMESTER 4 (PART 2)], semua wajib ambil. Dalam entri kali ni pula, saya akan sambung cerita berkaitan satu subjek teras yang mana telah menjadi subjek elektif dalam course outline baru, iaitu subjek MGT162, dannnn, dua subjek elektif yang saya ambil masa sem 4 ni, iaitu subjek ITT270 dan MGT340.


MGT162 - FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT

Subjek ni basically ajar kita tentang cara2 pengurusan secara sistematik. Fokus dia like more to ke arah bidang keusahawanan laa. Sebab UiTM ni, dia tak nak student dia hanya pandai dalam akademik, tapi mampu juga survive dalam bidang perniagaan and kebolehpasaran ekonomi gituu. Jadi, subjek ni memang teramat baru untuk korang sebab silibus2 dalam subjek ni tidak pernah diajar langsung dalam silibus sekolah. Kalau ada pun, mungkin seberapa percent je. Okay, jom tengok chapter2 untuk subjek ni:

CHAPTER 1 - Introduction to Management (Definition / Manegerial Levels)
CHAPTER 2 - Planning (Definition / Types / Mission Statement / Operational Plan)
CHAPTER 3 - The Nature of Decision Making (Types / Condition / Group DM)
CHAPTER 4 - Organizing (Definition / Structure / Span / Authority / Delegation)
CHAPTER 5 - Motivation (Theories in Motivation;Maslow Theory of Needs)
CHAPTER 6 - Leading (Definition / Leadershup / Power)
CHAPTER 7 - Control (Definition / Process / Types / Barriers to Success)
CHAPTER 8 - Communication (Process / Formal & Informal / Barriers)
CHAPTER 9 - Quality (Defintion / Total Quality Management(TQM) / TQM's Tools)
CHAPTER 10 - Management from Islamic Perspective (Philosophers / Principles / Islamic Practice in Organization)


Salah satu buku teks / rujukan yang digunakan untuk
belajar subjek ni. So, kalau berminat nak ambil subjek elektif
ni, boleh laa cari dan beli buku ni awal2. Hahahaha
Disebabkan ni subjek membaca, memang tak dinafikan laa, subjek ni sedikit bosan. HAHAHAHA. Yelaa, kita kan student math, tetibe suruh belajar subjek macam ni, memamng susahlaa nak hadam cite dia ðŸ˜…. Tapi takpe, kalau korang tau cara nak handle dan trick subjek2 macam ni, mesti korang boleh score. Nanti saya akan share cara belajar yang saya apply sepanjang saya study kat UiTM ni, kayyy?

Untuk subjek ni, final exam akan tetap ada. Soalan dia semuanya subjektif yee dan bertulis yee. Takde nya nak bulat2 jawapan. Hahahahaha. Itu lah membuatkan subjek ni lagi menyakitkan diri saya. Hahahaha. Subjek ni juga ada satu jee assessment. Korang kena acah2 macam bina sebuah syarikat dan korang kena apply segala apa yang korang belajar dari CHAPTER 1 sampai CHAPTER 10 untuk bina syarikat korang. Tapi jangan risau.... Semuanya on paper je. Korang tak perlu pun buat produk betul2 sebab subjek ni mengajar korang cara organisasi dan latar belakang syarikat je.  Lepastu, korang kena buat jugak iklan syarikat, dan present semua benda depan pensyarah. Kalau korang berminat nak tengok my group powerpoint presentation, dekat bawah ni, saya ada sertakan link ðŸ¤—.

(Click "Skip Ads" to access to the content)


MGT340 - HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

Buku teks yang digunakan untuk subjek ni,
korang boleh laa cari buku ni jugak kalau
 dah awal2 plan nak ambil elektif subjek ni.
Hihihihihihi.

Okay.. Sekarang ni dah masuk subjek elektif pertama kita iaitu Human Resource Management. Selalunya, kalau korang selalu pergi mana2 syarikat ke, mana2 kedai ke, mesti korang pernah dengar satu jawatan, nama dia Human Resource Manager. Haaa... Dalam subjek ni, kita akan fokus kepada tugas2 seorang HR manager dan juga apa fungsi department HR ni. Subjek ni jugak bukan ajar kita berkaitan HR semata-mata, subjek ni juga ajar kita beberapa ilmu pengetahuan am supaya kita aware bila kita tempuh alam pekerjaan nanti. Sebab sekurang-kurangnya, kita tahu basic law, pengetahuan2 asas laa supaya kita ni nanti kerja, takdelaa senang2 kena buli dengan majikan ke, kena tipu contract kerja ke dan juga supaya kita tahu, we as a worker in a particular company, apa do's and don't kita. Sekarang, mari kita lihat topik2 yang akan dipelajari:



CHAPTER 1 - Introduction to Human Resource Management
  • Definition
  • Importance of Human Resource Management
  • Structure of Human Resource Functions in Small and Big Organizations
  • Function within the Scope of Human Resource Management

CHAPTER 2 - Recruitment and Selection
  • Recruitment and Selection Process
  • Importance
  • Techniques for Collection Information on Applicants
  • Importance of the Contract of Employment

CHAPTER 3 - Orientation, Training and Development
  • Purpose
  • Formal Induction Programme
  • Concept and Benefit of Training
  • Steps in Training

CHAPTER 4 - Performance Appraisal
  • Main Components in Performance Appraisal
  • Factors Influencing Employee Performance
  • Designing an Appraisal System
  • Problems in Performance Appraisal
  • Parties Involved in Performance Appraisal

CHAPTER 5 - Employee Compensation and Benefits
  • Types of Payment Structure
  • Remunerating Benefits
  • Wage Systems (Time-related and Piece-related Systems)
  • Reasons Employers Offer Benefits
  • Employment Act 1955 (Working hours, public holiday, rest day)
  • Statutory and Non-Statutory Benefits

CHAPTER 6 - Safety and Health at Work
  • Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA)
  • Importance
  • Programmes and Activities which can Improve Employees' Health and Wellness (Reduce Drug and Alcohol, Wellness Programme)

CHAPTER 7 - Disciplinary Systems and Termination of Service
  • Penalties in a Disciplinary Systems
  • Dealing with Employees Problem
  • Handling Employee Grievances
  • Absenteeism
  • Types of Termination (Resignation, Expiry of fixed term contract, Retirement, Retrenchment)

CHAPTER 8 - Industrial Relations (IR)
  • Definition
  • IR Systems in Malaysia
  • Ministry of Human Resources in IR
  • Trade Unions
  • Industrial Actions (Picket, Strike, Lockout)
  • Settlement of Industrial Disputes
  • Direct Negotiation, Conciliation and Arbitration

Kami bergambar dengan Encik Azizan, Human Resource Manager dekat
PKENPs ni, selepas selesai sesi soal jawab berkaitan HR lah.

Menariknya subjek ni, korang kena pergi interview dengan real HR manager untuk buat assignment. Assessment ni perlukan korang untuk pergi ke mana2 kedai ataupun mana2 syarikat yang ada HR department dan korang perlu interview pihak mereka untuk dapatkan info berkaitan assignment korang. Macam saya, group saya pergi buat interview dekat 'Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)'. Assignment ni takde tajuk khas, tapi it's just korang kena tanya department syarikat yang korang pilih tu, macam mana mereka uruskan pekerja-pekerja dorg mengikut elemen2 yang korang belajar dari Chapter 1 sampai Chapter 8. Mencabarnya assignment ni, untuk korang2 yang jenis pemalu, jenis takut nak berhadapan dengan orang, mesti rasa tugasan ni agak menakutkan tapi jangan risau. It's a groupwork. Apa yang penting, korang perlu ada high manners and great teamwork sebab korang kena ingat ye, walaupun korang student, kalau korang nak interview syarikat yang korang pilih, korang kena buat appointment dulu. Kena call or email syarikat tu dulu, confirmkan tarikh, dan sebagainya. Jangan korang main redah je ea pergi syarikat tu. Nanti tak pasal2 kena halau. HAHAHAHAHA 
🤣🤣. Sama jugak macam subjek kat atas, di bawah ni, saya share my powerpoint presentation berkenaan assignment group saya:
(Click "Skip Ads" to access to the content)


ITT270 - Digital Electronics
Ini pula adalah subjek elektif kedua yang ditawarkan kepada kami masa semester 4 ni. The reason why saya ambil dua-dua subjek ni sebab like I said dalam entri sebelum2 ni, kami hanya ditawarkan 3 subjek masa semester 4 ni, iaitu, HR, DE dan juga actuary. Obviously, saya akan ambil DE sebab subjek ni atleast related dengan sains, fizik dan math. Sekarang, conflict kat saya, sama ada nak ambil HR atau insurance sebab dua2 ni subjek membaca. Tapi, disebabkan insurance ni dia macam berat kepada account and economy semua, yang saya memang memang memang tak minat, jadi, sebab tu lah saya ambil HR instead of insurance. Itulah kisah dia.....

Lecturer kami, Sir Rosyam, memang sporting. Masa ni, sir buat macam
quiz, lawan setiap group, untuk dapatkan markah quiz.
Siapa siapkan cepat, group dia menang. Hahaha. Sir bagi
Boolean expression kat papan, lepastu, kami kena express
dalam bentuk electrical board tu. Saya dan rakan saya, Aiman kat
belakang tu nampak macam tak buat kerja sebab tugas kami
permudahkan ekspresi Boolean dekat kertas je. Jadi, dorang kena
tunggu jawapan saya, baru boleh buat dekat electrical board tu. ðŸ˜‚
Okay, berbalik kepada subjek DE ni, tengok nama subjek pun electronics, so, memang related laa dengan bidang2 kejuruteraan dan fizik. Subjek ni akan ada lab which korang akan belajar pasang2 electrical component dekat satu board (ntahlaa 
😪.. sepanjang saya explain subjek ni, akan ada banyak engineering terms yang mungkin salah sebab saya memang dah lupa pasal subjek ni. Hahahahaha ðŸ˜‚😂). Kalau korang student pure science (macam saya) masa SPM dulu, korang mesti ingat satu topik dalam subjek PHYSICS iaitu logic gate yang ada gate AND, OR, NOT. Haa, tapi sekarang, korang akan belajar lebih banyak lagi jenis logic gate dan beberapa application logic gatePlus, korang akan belajar beberapa lagi komponen elektronik yang baru. Kalau korang pernah ambil subjek kemahiran kejuruteraan masa SPM, mesti korang takkan ada masalah untuk belajar subjek ni sebab subjek ni adalah subjek yang paling senang dan mudah rasanya, bagi saya laa. Compare dengan subjek math, memang DE ni senang sangat sebabnya subjek ni hanya fokus dekat basic concept and theory sahaja. Lepas tu, disebabkan subjek ni related dengan digital, jadi korang akan belajar laa nombor binary semya2 tuh. Dalam modern math masa SPM pun korang belajar kan dalam tajuk asas nombor. Sama jee.  Now, let's take a look at the syllabus:

CHAPTER 1 - Number Systems
  • Binary (Base 2)
  • Octal (Base 8)
  • Hexadecimal (Base 16)
  • Binary Coded Decimal (BCD)

CHAPTER 2 - Logic Gates
  • Gate OR, AND, NOT, NOR, NAND, XOR, XNOR
  • Truth Table for Each Logic Gates
  • Logic Gates Combination

CHAPTER 3 - Boolean Algebra
  • Laws of Boolean Algebra (Commutative, Distributive, Associative)
  • DeMorgan's Theorem
  • Simplify and Evaluate Boolean Expressions
  • Sum-of-Product (SOP) and Product-of-Sum (POS)
  • Design Combinational Logic Circuits

CHAPTER 4 - Karnaugh Map
  • 2, 3 and 4-variables K-Map
  • Simplification of K-Map
  • Solving Combinational Logic Circuits using K-Map

CHAPTER 5 - Arithmetic Circuits
  • Half-Adder and Full-Adder
  • Sign-Magnitude Number
  • 1's and 2's Complement Number
  • Subtractor Circuit
  • Adder-Subtractor Circuit
CHAPTER 6 - Code Converter
  • Code Converter Circuit
  • Encoder (Decimal-to-BCD Encoder, Decimal-to-BCD Priority Encoder)
  • Decoder (BCD-to-Decimal Decoder, BCD-to-7-Segment Decoder)

CHAPTER 7 - Latches and Flip-Flops
  • Latch (SR Latch, D Latch)
  • Flip-Flops (SR Flip-Flop, D Flip-Flop, JK Flip-Flop)

CHAPTER 8 - Counter
  • Asynchronous (Ripple) Counter
  • Synchronous Counter

CHAPTER 9 - Memory
  • Memory Components
  • Memory Diagram
  • Expandable Memory Diagram

Silibus2 ni semua sememang mudah, jangan risau kalau korang memang tak minat bidang elektrik
ni (macam saya.. huhuhuhu), yang tak ada asas, korang masih boleh score subjek ni sebab apa yang korang belajar sememangnya asas sahaja. Untuk final exam, soalan2 dia memang mudah lagi2 soalan bahagian A sebab jawapan dia more to calculation and simple simplifacation with some simple evaluation. Dalam final korang akan diberi satu lampiran appendix macam dalam gambar kat sebelah kanan ni. Appendix ini macam formula laaa.. Kalau korang lupa2, boleh laa refer appendix tu. Tapi appendix dia satu page je.. So, tak laa banyak yang dapat diberikan dalam final paper ni tapi series boleh membantu.




.

Jadi, itulah dia kesemua subjek2 yang saya ambil masa semester 4. Mulai selepas batch kami, subjek2 semester 4 akan mula berbeza sebab macam saya dah explain dekat entri2 sebelum ni, course outline telahpun berubah. Apa-apa pun, apa-apa subjek yang korang belajar pun, just please do your best dalam achieve the best results out of yourself, okayyyy!!?? GOOD LUCK!!!! ðŸ’ª Sekian, Assalamualaikum dan Terima kasih sebab sudi membaca ðŸ¥°ðŸ¥°.









Comments

  1. Salam, nak tanya. Saya bakal melanjutkan course sains matematik kat uitm arau mcm awak. Perlukah saya ambil MUET secara persendirian atau pihak uitm akan sediakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, sebelum tu saya nak ucapkan tahniah 🤩!! Untuk MUET, nak masuk diploma ni tak perlu pun keputusan MUET. MUET ni hanya diambil kalau nak masuk ke peringkat degree dan setaraf. Macam saya, saya ambil MUET masa semester 4, tapi kebanyakkan student akan prefer ambil MUET masa sem 3. Terpulang dekat awak nak ambil MUET tu bila. Ikut tahap bersedia awak but make sure ambil sebelum tamat diploma lah kalau nak senang. Untuk pendaftaran, UiTM HANYA sediakan dewan peperiksaan. Awak still kena pergi ke laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan daftar di sana secara online. Nanti, waktu nak daftar online tu, awak boleh pilih pusat ujian and make sure pilih UiTM Arau as pusat ujian awak. Option dia banyak, ada UiTM Arau A, UiTM Arau B. Pilih je A ke, B ke, sebab tempat2 tu sama je actually cuma dewan je berbeza. Harap dapat membantu 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)