CERITERA SUBJEK CS143 SEMESTER 5 (PART 1)

Assalamualaikum semua!! Di masa2 sukar ni, diharapkan anda semua dalam keadaan yang sentiasa sihat dan please please please STAY AT HOME ye gaiss. Kalau tak ada benda penting, tolong jangan keluar okay?? Semoga dunia kita ni cepat bebas daripada sebarang penyakit berjangkit ðŸ˜‰...

    Akhirnya, my story is coming near to an end. Dah sem 5 dah pun. YEAYYY ðŸ¤©!!!! Kepada yang sudi membaca entri2 saya dari sem 1 tu, terima kasihlaaah sebab korang memilih untuk membaca blog ni. Lepas entri pada sem 5 ni habis, maybe, saya akan mula menulis the real blog, cerita pasal my degree journey pulak kann.. Apa2 pun, harapan saya, semoga segala apa yang saya kongsikan, dapat memberi anda semua sedikit insight about how my study life is and what actually this course is about.

    Baiklah... Kalau sebelum ni dalam sem 4, saya dah pun ceritakan berkenaan 6 subjek yang akan diambil dan 2 daripadanya adalah subjek elektif which are ITT270 (Digital Electronics) dan MGT340 (Human Resource Management). But remember! Yang course outline baru dan yang lama, ada sedikit perubahan. Kalau korang baca dekat entri yang ni >> [CERITERA SUBJEK SEMESTER 4 (PART 1)], saya hanya cuma sertakan course outline baru dan lama untuk sem 4 sahaja. Dalam entri yang ni, saya akan sambung dengan course outline untuk sem 5 pula.

Course Outline Lama (Yang saya ambil)

Course Outline Baru

MAT300

Ordinary Differential Equation

MAT300

Ordinary Differential Equation

QMT341

Introduction to Operations Research

QMT341

Introduction to Operations Research

ENT300

Fundamentals of Entrepreneurship

ENT300

Fundamentals of Entrepreneurship

FIN242

Fundamentals of Finance

STA220

Fundamentals of Research

CSC238

Object-Oriented Programming (JAVA)

MGT340

Human Resource Management

CSC253

Interactive Multimedia

FIN242

Fundamentals of Finance

ASC302

Introduction to Actuarial Science

ITT270

Digital Electronics


*Kotak yang berwarna hijau tu adalah subjek2 elektif yang ditawarkan. Korang kena pilih 2 je.

*Course outline lama tu adalah course outline yang digunapakai untuk kampus saya, Arau, Perlis. Macam utk batch kami, subjek CSC253 tu adalah elektif yang diwajibkan. Jadi, kami hanya boleh pilih sama ada nak ambil CSC238 ataupun ASC302. Ni semua keputusan pihak fakulti ye. Kiranya, korang tak boleh suka2 daftar any subjek elektif sebab mereka perlu consider kekosongan kelas dan availability of the lecturer.

*Course outline baru tu adalah course outline yang saya jumpa di laman web UITM. Subjek elektif yang ditawarkan masa sem 5, tak semestinya WAJIB diambil masa sem 5 je. Kalau korang perasan, ada kampus yang baru nak tawarkan subjek ITT270 masa sem 5 sedangkan saya dah ambil masa sem 4. Haa, jadi sebenarnya subjek elektif ni tak kisah ambil bila2 MENGIKUT kekosongan dan availability lecturer yang mengajar untuk satu2 semester tu. Tapi apa2 pun, semua keputusan tu ikut KPP dan Koordinator Kursus masing2 untuk menentukan subjek elektif mana yang perlu korang ambil.


    Jadi, berdasarkan table kat atas ni, kalau korang perasan, persamaan antara kedua-dua course outline adalah subjek MAT300, QMT341 dan ENT300. Jadi, ketiga-tiga ni memang subjek teras wajib untuk sem 5. Kalau korang nak tau, ENT300 adalah SUBJEK WAJIB untuk SEMUA PELAJAR DIPLOMA tak kira faculty dan course. Ada course yang tetapkan subjek ni diambil masa sem 4 dan ada juga yang macam course kita, ditetapkan untuk ambil masa sem 5. Then, untuk subjek FIN242, waktu kami, subjek tu still part of core subject, tapi untuk course outline yang baru, subjek finance telah menjadi subjek elektif which beruntunglaa dekat korang yang student baru ni, tak bersusah payah nak study dan hafal teori formula finance yang banyakkkkkk gila tu ðŸ™„🙄. Hahahahaha. So, subek finance ni, diganti dengan subjek baru iaitu STA220. Basically, from what I've read, subjek ni adalah continuation daripada subjek STA110 yang korang ambil masa sem 1 dulu. Jadi sebab tu adik2 dan anda2 sekalian, jangan sekali-kali berani yee untuk buang semua buku dan nota bila satu-satu semester tu habis. Korang takkan tau bila korang akan gunakan balik. Even saya yang dah degree ni pun, still simpan semua nota dan buku masa diploma sebab sebenarnya memang korang akan guna balik. Kisahnya, sebab, kita kan manusia, kadang2 tu jenis pelupa. Macam sekolah dulu la.. Habis je form 4, terus buang semua buku tingkatan 4, pastu nanti naik form 5 nak refer nota dulu, dah tak ada.. Haa macam tu laa persamaannyaa..... HAHAHAHA ðŸ˜‚

    Untuk subjek elektif pulak, like I state kat bawah kotak tu, kami memang diwajibkan untuk ambil multimedia dan kami hanya diberi pilihan sama ada nak ambil JAVA atau actuary. Based on my previous entry, rasanya, korang pun memang boleh agak dah saya akan ambil subjek apa. YESSS!! Saya ambil JAVA laa awakkkk.. Kalau ambil actuary tu, tak ke menangis air mata berdarah saya hari2 sebab duk baca notes panjang2. Hahahahaha ðŸ¤£ðŸ¤£. Jadi sebabkan saya memang tak suka subjek membaca, sebab tu saya ambil JAVA which will be explained further in the next entry. Oh! Lupa untuk saya beritahu, untuk sem 5 ni, korang hanya akan menduduki 5 final paper sahaja walaupun korang ada 6 subjek. 1 subjek akan tiada final exam iaitu subjek ENT300 sebab subjek ni adalah 100% continuous assessment.


    Jadi, itu sahajalah cerita dalam entri saya pada kali ini. InshaAllah, esok, saya akan cuba share berkaitan 2 subjek core iaitu MAT300 dan QMT341. Semoga berjumpa lagi!! BYEEEE~~



Comments

Popular posts from this blog

AKADEMIK DI UiTM 📚 (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 1)

BackStory Penerapan UiTM for My Degree (PART 3)